Tamat sudah drama ILYS! Dan kini, slot Akasia diteruskan dengan Drama yang lebih menarik berkonsepkan Islamik yang menarik. Nina dah tonton 2 episod dan sukakan jalan cerita yang diketengahkan dalam drama CINTA BERSEMI DI WADI SAFIYYAH ini. Lakonan hebat Rita Nadira bergandingan Aniq Suhair.
Rita Nadira dan Aniq Suhair pernah bergandingan dalam Drama Tak Sempurna Mencintaimu . Best drama ni, hero nya Redza Rosli dan heroin nya Intan Najuwa. Masa tu Rita Nadira jadi Mak tiri Redza Rosli dan Aniq Suhair watak Safuan adek kepada Intan Najuwa ( Siratul ) . Trending giler drama ni masa tu.
DRAMA CINTA BERSEMI DI WADI SAFIYYAH
Drama Cinta Bersemi di Wadi Safiyyah ini mengisahkan Dania (Rita Nadira), gadis kota yang liar, tanpa sedar dia mengandung anak luar nikah Qabil (Aidit Noh). Semuanya terjadi secara tak sengaja diluar kawalan Dania akibat mabuk dan rancangan Qabil. Malangnya Qabil enggan bertanggungjawab. Dania kantoi sorokkan kehamilannya apabila mamanya Datin Kay (Mas Anizan) perasan simptom alahan mengandung Dania seakan sama semasa Mamanya mengandungkan Dania.
Akibatnya, papanya, Datuk Safuan (Zamarul Hisham) mendesak agar kandungan itu digugurkan demi nama, pangkat dan reputasi perniagaannya. Hurmm… Datuk Safuan apa kisah tentang dosa, dia sendiri pun punya scandal dibelakang isterinya bersama Julie (Serene Claire). Wanita penggoda yang sanggup lakukan apa saja demi keinginannya. Bagi Datuk Safuan menggugarkan kandungan Dania penyelesaian terbaik, yang penting masalah selesai!
Dania mengandung
Namun, kerana tidak mahu menanggung dosa, mamanya terpaksa melarikan Dania ke Pusat Perlindungan Wadi Saffiyyah. Tempat ini adalah tempat perlindungan yang membimbing gadis-gadis bermasalah sosial, tempat pendidikan dan tempat dimana puteri-puteri mendapat kasih sayang yang tak berlah bagi daripada pengasasnya Hj Mukri (Zulkifli Ismail) dan Ummi Safiyyah (Lydiawati).
Pada permulaannya, Wadi Safiyyah terpaksa menolak kehadiran Dania kerana tiada kekosongan lagi di Wadi Safiyyah. Entah bagaimana setelah Ummi melihat Dania, ada sesuatu rasa yang tak terungkap, Dania diterima tinggal di Wadi Safiyyah. Rezeki Dania…
Wadi Safiyyah
Walaupun awalnya Dania keberatan tinggal di Wadi Safiyyah namun dia tiada pilihan lain dan terpaksa akur dengan permintaan mamanya. Sepanjang tinggal di Wadi Saffiyyah, Dania sentiasa bermunajat kepada Allah. Walaupun dosa yang ditanggung selama ini tidak mampu mengembalikan lelaki yang bertanggungjawab atas kandungannya itu, dia pasrah. Baginya dia harus meneruskan kehidupan sehingga anaknya lahir.
Berada di Wadi Safiyyah, Dania ditatang bagai minyak yang penuh, penuh kasih sayang oleh keluarga Wadi Safiyyah (Hj Mukri dan Ummi Safiyyah). Puteri-puteri lain berasa hairan dan pelik dengan keistimewaan yang diterima oleh Dania. Seperti ada sesuatu yang mengikat ikatan antara Dania dan keluarga Wadi Safiyyah. Ada rahsia yang tersembunyi! Apakah ia?
Kepulangan Ustaz Iqbal di Wadi Safiyyah
Kepulangan Iqbal ke Wadi Safiyyah menjadi perhatian puteri-puteri di situ terutamanya Nora dan Sheera. Nora gadis yang gedik, selalu mencari pasal dan selalu cuba untuk memenangi hati Ustaz Iqbal. Sheera pula gadis yang rebel yang selalu buat masalah dan menimbulkan kekecohan di Wadi Saffiyah dalam diam mencintai Ustaz Iqbal dan merasakan Dania mencabarnya.
Adik angkat Ustaz Iqbal, Ustazah Umairah (Iman Aneesa) yang sebenarnya menyimpan rahsia silam yang gelap turut gembira dengan kepulanganya kerana sememangnya dia amat mencintai Ustaz Iqbal dalam diam dan meletakkan harapan yang tinggi untuk memiliki Ustaz Iqbal selepas tunang Iqbal, Siti Aisyah (kakak Umairah) meninggal dua bulan sebelum mereka diijabkabulkan . Perghhh… Hot bethol Ustaz Iqbal!
Cinta atau rindu? Dania persis Siti Aishah.
Iqbal terkejut kerana wajah Dania begitu mirip dengan arwah tunangnya Siti Aishah apabila Dania mengenakan tudung. Persis sekali Siti Aishah! Sesekali lirikan mata, senyuman Dania amat menyenangkan Iqbal dan ini menyebabkan Iqbal menumpukan lebih perhatian pada Dania dan ia menimbulkan ketidakpuasan hati Ustazah Umairah.
Dalam diam, dia terpaut pada sifat-sifat mulia Ustaz Iqbal (Aniq Suhair) salah seorang tenaga pengajar di Wadi Saffiyyah. Namun, bila difikirkan, mana mungkin dirinya yang kotor jatuh hati pada insan semulia Iqbal? Sehinggalah suatu hari, dia menerima hadiah pemain MP3 dan al-Quran kecil daripada lelaki itu.
Apakah maknanya ini?
Adakah Iqbal juga mempunyai perasaan yang sama terhadapnya?
Rasa cinta yang terkawal antara Ustaz Iqbal dan Dania juga diduga dengan pelbagai halangan sehingga mereka berdua hampir difitnah.
Adalah cinta Ustaz Iqbal benar tulus untuk Dania atau sekadar rindukan arwah tunangnya Siti Aishah?
“Walau tasbih ini putus, itu tak bermakna awak akan berhenti berzikir kann..” Iqbal
Iqbal pernah menyatakan kepadanya bahawa dia harus mencintai Allah dan Rasul-nya terlebih dahulu sebelum dia mencintai sesama manusia. Dania bimbang dengan kenyataan ini. Takut dia bertepuk sebelah tangan.
Siapa sebenarnya Qabil?
Satu rahsia terbongkar
Beberapa bulan kemudian, Qabil muncul di Wadi Safiyyah. Sebenarnya Qabil adalah adik kepada Ustaz Iqbal. Qabil dibesarkan oleh bapa saudaranya di kota sejak kecil dan dia sudah lali hidup bebas tanpa kawalan dan terpesong jauh dari landasan agama. Dania dan Iqbal tidak sanggup melukakan hati Walid dan Ummi dengan kebenaran pahit ini. Padan lah Walid dan Ummi begitu sayangkan Dania kerana ikatan rohani anak dalam kandungan boleh mempengaruhi wujudnya kasih dan sayang yang sukar diungkapkan. Naluri antara datuk nenek dan cucu mereka dalam kemdungan Dania. Itu lah kekuasaan Yang Maha Esa.
Apakah bakal terjadi antara Dania, Iqbal dan Qabil?
Info Drama
Nantikan drama bersiri Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah diinspirasikan daripada novel Aku Cinta Dia karya novelis Sharifah Abu Salem di slot Akasia TV3 7pm. Karya hebat produksi Zeel Production Sdn Bhd bersama pengarah Shuhaimi Zulkefli
Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah
Episod: 28
Tarikh Tayangan: 2023
Waktu Siaran: Isnin – Jumaat, 7:00 malam
Rangkaian: Akasia TV3
Pengarah: Shuhaimi Zulkefli
Produksi: Zeel Production Sdn Bhd
Watak Pelakon
Rita Nadira sebagai Dania
Aniq Suhair sebagai Iqbal
Aidit Noh sebagai Qabil
Zamarul Hisham sebagai Safuan
Mas Anizan sebagai Datin Kayra
Ezany Nizariff sebagai Hussin
Azza Elite sebagai Hajah Maryam
Serene Claire sebagai Julia
Nafiez Zaidi sebagai Ustaz Affan
Lydiawati sebagai Hajah Syafiyyah
Zulkifli Ismail sebagai Haji Mukri
Iman Aneesa sebagai Umairah
Natasha Azizan sebagai Sheera
Putri Dellyna sebagai Sofea
Ikhram Juhari sebagai Bakri
Mosen Nadzli sebagai Ustaz Syaqir
OST Cinta Bersemi di Wadi Safiyyah
Lagu : Hanya Yang Tahu (Awi Rafael) Lagu asal kumpulan UNIC
Lagu : Senyawa (Datuk Siti Nurhaliza)
Tonton Online CINTA BERSEMI DI WADI SAFIYYAH
Buat yang terlepas tayangan TV3, korang boleh lah Tonton online Drama CINTA BERSEMI DI WADI SAFIYYAH di https://www.iq.com/
Dikala hidup Dania terasa gelap akan dosa silam, Iqbal hadir sebagai penyuluh cahaya ke jalan terang. Adakah cinta bakal bersemi di Wadi Safiyyah?
hermm menyampah bila si Qabil rupanya adik si Ustaz hermm