Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

TIPS RESEPI AYAM GORENG SEDAP RANGUP HOT CRISPY SPICY
January 19, 2024January 20, 2024

TIPS RESEPI AYAM GORENG SEDAP RANGUP HOT CRISPY SPICY

Ayam Goreng antara menu kegemaran kanak-kanak. Menu paling simple, ringkas, mudah disediakan dan tak akan ada bebudak yang tolak menu nasi panas + ayam goreng rangup. Nak lagi ayam goreng tu part drumstick! Mmmm… wallaa! Ok, nak dapatkan Ayam Goreng yang sedap ada pelbagai method resepi. So hari ni Nina kongsikan TIPS Resepi Ayam Goreng Sedap Rangup Hot Crispy Spicy ala KFC! Korang wajib cuba sebab gerenti sedap.. Eh! InsyaAllah sedap, sebab sedap tu Allah yang bagi. Atleast kita cuba buat and see the result. Korang tak akan curang resepi lain dah pasni. Amboi… Confident sungguh Nina ooii HAhaa

Isi Kandungan hide
1 AYAM GORENG SEDAP
1.1 Ayam tak sempurma masak ada virus boleh bawa maut!
1.2 CARA TIPS MASAK AYAM GORENG SEDAP RANGUP LUAR LEMBUT JUICY DI DALAM
1.3 TIPS Resepi Ayam Goreng Sedap Rangup Crispy Hot and Spicy
1.4 Cara masak ayam goreng rangup luar juicy didalam
1.5 AYAM MASAK APA SEDAP ?
1.6 Related posts:
2 Eilhan dan Yana dah laju kira sifir! Ketahui Rahsia ARITMETIK teknik cepat kira matematik SIFIR Laju
3 ALAMAK BATERI KONG! NASIB BAIK ADA Carput BATERI ONLINE MUDAH SANGAT
4 Heavenly Carrot Cake . Memang heaven tatkala nikmatinya!
5 Resipi Kuih Kaswi Sedap Lembut Sukatan Cawan. Gerenti jadi!

Biasanya macammana korang beli ayam?
Adakah samada seekor potong 10 atau korang beli terus part part kegemaran korang?
Contohnya drumstik, tight , whole leg, wings. . Lagi mudah kann.. Tapi sikit lah mahal.
Okies, tak kisah lah macammana cara korang beli ayam, paling penting korang kena tahu pilih , beli ayam yang segar! Korang kena tengok tekstur ayam, warna ayam, darah ayam, bau ayam dan beberapa tips pilih ayam lagi. KETAHUI TIPS PILIH AYAM SEGAR

Tips Pilih Ayam Segar Ayam Masak Apa Sedap

AYAM GORENG SEDAP

Ayam goreng yang sedap haruslah rangup di luar dan juicy di dalam. Isinya tidak keras, kering, kejung. Ada cara untuk mendapatkan ayam goreng yang sedap. Korang kena cuba! Kena try an error dan nanti korang lebih expert citarasa ayam goreng cara masak macammana yang menjadi pilihan kegemaran seisi keluarga korang.

Ayam tak sempurma masak ada virus boleh bawa maut!

Ayam goreng yang berdarah dan masih mentah dapat menjadi pembawa bakteria salmonella dan virus berbahaya. Bukan itu saja, melihatnya saja boleh menjejaskan selera. Eewwww..!! Kena kasitau anak-anak, supaya mereka lebih prihatin dengan apa yang mereka makan. Bukan apa, risau bila anak beli makanan sendiri di luar ke kannn? JANGAN MAKAN AYAM YANG MASIH BERDARAH! Isi yang dah betul masak akan berwarna putih, kalau masih kemerahan tandanya belum cukup masak. Elakkan dimakan.

CARA TIPS MASAK AYAM GORENG SEDAP RANGUP LUAR LEMBUT JUICY DI DALAM

  • Pastikan potongan ayam tidak terlalu besar
  • Mengelar atau merebusnya terlebih dahulu
  • Defrost ayam beku terlebih dahulu. Sebaiknya jangan melebihi 4 jam terendam dalam air
  • Harus guna minyak yang banyak. Dah nama pun teknik goreng, ayam goreng harus tenggelam dalam minyak baru lah sempurna masaknya.
  • Guna api sederhana. Kalau kuat sangat nanti luar aje dah rentung tapi dalamnya masih mentah
  • Masukkan bahagian bertulang terlebih dahulu. Part joining ini lebih cenderung banyak darah, tempoh masak lebih lama berbanding part isi
  • Gunakan kuali yang sesuai supaya ayam masak sekata dan mudah dibalik-balikkan
  • Jangan goreng ayam dalam kuantiti yang banyak sekaligus. Ini akan membuat suhu minyak turun mendadak, ayam akan serap minyak dan tak akan dapat result rangup diluar
  • Paling penting, pastikan pilih ayam yang segar baru lah sedap ayam goreng air tangan korang.
TIPS RESEPI AYAM GORENG SEDAP RANGUP HOT CRISPY SPICY

TIPS Resepi Ayam Goreng Sedap Rangup Crispy Hot and Spicy

Bahan-bahan :-
Ayam – terpulang nak bahagian mana, potong berapa. Janji ayam bukan anak ayam
Tepung jenama BESTARI
Tepung Gandum
Tepung Beras
Serbuk Cili
Minyak Masak
***Resepi ini tidak memerlukan garam sebab tepung bestari tu dah masin

Cara masak ayam goreng rangup luar juicy didalam

  1. Bancuh tepung bestari , serbuk cili bersama air sahaja. Bancuh sampai jadi sederhana pekat.
  2. Masukan ayam dalam bancuhan tepung tadi dan perap. Makin lama perap makin lembut isi ayam dan rasa pedas akan serap dalam isi ayam. Nina perap dalam 3-5 jam.
  3. Sediakan tepung untuk salutan : – Campur lain sediakan tepung bestari, tepung gandum dan tepung beras (sukatan agak-agak je, anggaran 1 senduk tepung bestari 1 senduk tepung gandum 1 1/2 senduk tepung beras)
  4. Kemudian salutkan ayam yang diperap tadi dengan campuran tepung salutan. Salut rata , bedakkan semua ayam dengan campuran tepung salut. Buat satu persatu, sekeul-seketul sebab kalau buat banyak-banyak nanti akan ada yang tak berbedak helok. Bertabah lah yaa
  5. Dah comey berbedak, masukkan ayam dalam minyak panas. Pastikan keseluruhan ayam terrendam berenang-renang berskuba lah ayam dalam minyak yang banyak. Biarkan ayam tu bertakafur seketika. Korang pun boleh lah berzikir sambil menunggu. Yang penting jangan tengok phone sambil masak! Nescaya nanti rentung lah ayam goreng tu gamaknya. So sila lah basuh-basuh, lap mengelap apa yang patut.
  6. Agak dah keemasan boleh lah balik-balikkan. Supaya ayam tidak berbelang seperti iklan :-
    Eewwww… muka putih tapi tangan hitam. Balikkan agar tona warna ayam tu sekata molek gitu. HAhaa…
  7. Dah masak keseluruhan, bolehlah angkat dan tos kan. Hidangkan dalam pinggan paling cantik. Selamat bersantapan! Bismillah dulu yaaa
    Selamat mencuba!

Amacam, mudah je kannn? Selain teknik perap, korang pun boleh gunakan teknik merebus seketika.
Ayam yang dah direbus, ayam tu dah masak so korang hanya perlu salut ayam bersama campuran tepung salutan untuk dapatkan gorengan rangup diluar . Lagi sedap! Cuba lah..

AYAM MASAK APA SEDAP ?

Intai resepi resepi yang mudah sedap by Nina
Click : AYAM MASAK APA SEDAP

ayam masak apa sedap

Related posts:

Eilhan dan Yana dah laju kira sifir! Ketahui Rahsia ARITMETIK teknik cepat kira matematik SIFIR Laju

ALAMAK BATERI KONG! NASIB BAIK ADA Carput BATERI ONLINE MUDAH SANGAT

Heavenly Carrot Cake . Memang heaven tatkala nikmatinya!

Resipi Kuih Kaswi Sedap Lembut Sukatan Cawan. Gerenti jadi!

Resepi Tips Ayam Goreng rangup diluar juicy didalamAyam Masak Apa SedapCara Masakmenu minum petangresepi mudahresipi ringkasTeknik cara masakTeknik rebus ayamtips pilih ayam segar

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (6)

  1. Roziah @ Cie says:
    January 20, 2024 at 9:59 am

    dah boleh lawan ayam kepci ni. hihi

    Reply
  2. Dorsett Pink says:
    January 20, 2024 at 4:11 pm

    Wahh! Pandainya Kak Nina masak. Bolehlah kita tiru resipi ni nanti. TQ for the tips

    Reply
  3. LadyBird says:
    January 21, 2024 at 11:02 am

    bolehlah try nanti… terima kasih resepinya..

    Reply
  4. Netty Ah Hiyer says:
    January 22, 2024 at 6:28 am

    Tengok rupa gorengan tu pun tau dah salutan ayam tu ranguo crispy.. nanti boleh cuba tips nina ni.

    Reply
  5. anamizu says:
    January 23, 2024 at 11:19 am

    kena save siap-siap ni senang nti nak buat jugak hehe

    Reply
  6. sueizza says:
    February 2, 2024 at 9:06 pm

    dapnyaaaa tq kak nina selalu jadi buku resepi saya..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes