“Mama… Adek Eicha tarik rambut Eilhan..!! “
“Mama.. Kerusi, baju seluar dah basah air tumpah. Banyakkk…!!”
“Mama… Eilhan nangis ada kawan tu tolak dia masa main”
“Mama … Eilhan dah kenyang laaa, tak jadi makan lah. Nak main jer boleh”
“Mama..Eilman ni makan Yana a punya. Nanti dia…. Kejar dia…!!”
“Jangan lari… Tunggu..!! HAha… Dapat dia ! HAhaa….”
“Mama … Ade Eicha yak yak. Busyukkkkk…!!”Isi Kandungan hide
Sila bayangkan situasi ni berlaku saat hati ini cuba untuk relax tenang lagi santai nikmati hidangan sedap kat sebuah restoran. Mampu kah relax?
Aarrghhh …. Stress StresS STRESS…!!
Tak daya nak tipu. Ini lah antara moment saat ‘terindah’ yang paling tak akan mampu dilupakan. Ianya akan terjadi bila Nina bersama deretan bala tentera 5 orang ni makan kat luar.
Rasanya moment ni dah cukup behave tau sebab ada anak orang lain siap baring meniarap guling-guling ala-ala Kuch Kuch Hota Hai bila tantrum depa datang. Kannn…?? Kenangan kita berbeza
Take note : Gambar ni sekadar ilustrasi
Semua macam behave jer kann.. Take one take two smile! Hakikatnya Oh NO..!! HAhaa
Bila jadi gini apakah solusi nya?
Beli bungkus take away memang lambat. Kena beratur, kena tunggu masak, dah siap kena collect then sampai rumah baru makan. Dalam perjalanan nak sampai rumah, semuanya dah macam tsunami! HAhaa… Akhirnya sampai rumah Mama pun dah hilang mood nak makan. Huhuu… So sad! Tapi ini lah realiti nya.
Drive-Thru McDonald’s jer laaaa..
Yesszaaa…!! So far ini lah keputusan terbaik Nina. Tak payah tukar baju (pakai baju tido pun tak pe), tak payah makeup, tak mandi pun tak pe, anak-anak pun tak payah disiapkan.
Masuk jer semua dalam kete, semua dok belakang ikut suka laaa depa nak berperang ke, main masak-masak ke, buat homework ke, karaoke ke… lantak depa!
Start engine, terus ke Drive-Thru.
Order
Bayar
Makan!
Tak sampai pun 2 minit dah dapat pesanan. Terbaik laaa
Makan dalam kete pun boleh, nak makan kat rumah pun ok, bawak ke taman pun ok!
Sapa setuju ngan Nina betapa Drive-Thru McDonald’s ni amat mudah, pantas , praktikal, mesra pelanggan dan efisien. Kannnn..??
Tengah malam lapar pun no hal ah! Drive-Thru McDonald’s 24 jam weyhh… Lokasi pun punya lah banyak… Tempat korang belum ada lagi eh? Don’t worry beb!
Menurut Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia En. Azmir Jaafar –
“Syarikat mensasarkan untuk membuka 20 restoran Pandu-Lalu McDonald’s tahun ini. Ini akan memberi nilai tambah kepada 167 restoran Pandu-Lalu yang sedia ada hari ini. “
“Menjelang tahun 2021, McDonald’s Malaysia mensasarkan 70 peratus restoran McDonald’s di seluruh negara untuk menjadi restoran Pandu-lalu”
McDonald’s Drive-Thru Weekend Challenge
TAHNIAH MCDONALD’S !
Pada McDonald’s Malaysia diiktirafkan secara rasmi sebagai pemegang Malaysia Book of Records bagi ‘Penyertaan Paling Tinggi Untuk Cabaran Pandu Lalu Dalam Tempoh 24 Jam’ Total penyertaan sebanyak 164,235 ! Banyak seyhh…
Menurut En. Azmir Jaafar “Kami telah menyaksikan kejayaan yang cukup memberangsangan selama 15 tahun bagi program kesetiaan Pandu-Lalu VIP McDonald’s, dan kami akan melaksanakan lebih banyak inisiatif lagi untuk pelanggan kami menerusi program ini pada masa hadapan dan pada masa sama meningkatkan lagi kecekapan operasi kami.”
“Kami komited untuk mengekalkan pemimpinan pasaran kami pada hari ini dan yakin bahawa kami mampu memenuhi keperluan pelanggan dengan pelbagai pilihan citarasa makanan pada bila-bila masa apabila mereka ke McDonald’s “ Cabaran Hujung Minggu Pandu-Lalu McDonald’s
Kat area rumah Nina – Cawangan Batu Caves ni antara favorite Drive-Thru kami sekeluarga. Walaupun setiap kali kami datang peak hours sentiasa jammed, tapi masa menunggu pantas berlalu.
Dok dalam kereta bersama anak-anak yang aktif lagi bising lebih selesa, tenang berbanding order dan makan dalam restaurant. Pasti ramak Mak Pak yang setuju kannn..??
Tapi sesekali makan dalam restaurant pun syok gak…
Ada drive thru 24 hours eh? Baguih..kebuluq tgh malam leh suruh hubby pi beli ja hehe
Dura mmg suka guna drive thru McD, senang dan pantas 🙂
Un suka mcD ni.. senang dan kalau drive tru pun mudah je. tapi mungkin boleh perbaiki kualiti paper bag tu..mudah koyak sangat
Terbaiklah. McDonald memang first choice kalau dah lewat nau nak berbuka tapi belum masak. Hahah! Memang pantas, cekap dan berbaloi. Sekejap je order. Ckp² sikit , bagi duit then ambil order! Yeah! Settled!.
Terbaiklah McDonald! Pencapaian dan sasaran yang bagus untuk bisnes mereka. Siapa je yang tak suka McD? Huhu
Baru beli aiskrim McD drive thru semalam.. heee
Samalah..pilih untuk drive thru je.. Mls parking malas angkut anak.. Hhah
memang nak drive thru je,lagipun dekat je McD ni. Tengoklah,kalo rasa dah malas nak masak sahur.Terus je lah start enjin keta beli bubur.Fevret Ina tu jee
Biasanya memang akan pilih drive thru sejak ada anak ni haha
Yes
Lagi mudah dan jimat masa
Azriel sgt suka ayam McD . Wahh plg menarik tgk nina n anak2 omg mcm xcaya nina kecil molek n muda. Anak ramai bestnya alhamdulillah rezeki
Bagusnya McD focus untuk Drivethru, lagi cepat dan mudah!
Senang ada drive-thru ni. Dari zaman study dulu, kalau nak cepat and makan sorang2, drive thru je senang.
Memang best hidangan mcd. Lagi2 bila ada drive tru. Lagi cepat dan mudah kita nak beli untuk bawa balik
Convenient to have drive-thru. I always go to Mc Donald Desa Parkcity to get my dinner before go home. Indeed convenient.
Samalah kite. Kalau anak nak mc d biasa drive thru je lg cepat dapat order dri q kat dalam. Hehe.. makan kat rumah lagi selesa. Anak plak jenis kumpul koleksi mainan. Memang rajin pergi lah.hehe.
Kat area rumah sis ni, tak dak pulak drive thru, kalau ada dah lama dah sis order kat drive thru je. Laa ni order online je le..pun senang gak kalau tiba malas nak masak. Lagipun anak memang suka sgt dgn mcd ni. Bagi sis sesekali boleh le, kalau selalu mau botak mama..hehehe
Apa susahkan. Belum masak atau tak sempat masak drive thru jela. Lagi mudah dan cepat kan. Nak nak anak anak saya pun suka mcd. Hari tuh lalu sebelah mcd pun si kecik dah tunjuk tunjuk mcd…
Kat mersing takde Mcd. Apatah lagi nak nampak yang drive thru. Mohon mcd muncul kat mersing.
Sesekali teringin juga nak makan mcd ni.
Kalau keluar ke JB baru la beli. Hehe
Tapi anak anak kita ni kadang makan main main. Mak dia la dok syok perabih makan. Hehe
fuh berjaya pecah rekod drive thru paling banyak. tahniah mcdonalds malaysia. samalah BBL kalu otw balik ke rumah incase malas nak masak memang drive thru je mcd tepi highway. sampai rumah boleh terus makan & rehat. tak payah pikir kena potong bawang bagai
Huda anak dua orang pun kadang2 berperang bila makan kat kedai makan. Memang kadang2 prefer drive thru McD jer, mudah dan cepat, yang pasti anak2 suka sangat , tak payah nak paksa2 makan
Sama la.. Kekadang tgh2 mlm craving nak mkn mflurry orea.. Drive thru dah letak makan dlm kete dgn bahagianya..
memang mudah kalau drive thru je..duduk je dlaam kereta, order dlaam kereta, lepas dpt nak akkn teru spun boleh, nak makan dekat rumah pun boleh..lagi sennag..hahaaa..makan dekat taman lagi molek..gituu
eh samalah dengan kami. Rasa malas nak maska, drive thru McD je. senang. sedap sedap pun sedap haha
comelnya anak-anak akak, semua ikut drive thru sekali ye. McD memang senang kalau drive thru je, kalau kaunter selalu beratur panjang. kualiti pun terjaga.
Drive thru 24jam kat McD, senang nak cari makan bila2 masa. Mouse mommy terutamanya suka sundae cone tu, rasa licin dan sedap.
Biasalah kalau anak ramai ni,kita fikir 2kali nak bwk dorang makan kat luar, kalau kak pun setuju order jer.makan mcm tu,kita pun xpening kepala
suka sgt kemudahan2 yg dsediakan kt McD tahun ini, especially all the self-payment machine. jimat masa dan xyh tunggu lama 🙂
tapi kalau terlalu kerap drivethru tak bagus jugak… jadi gemuk hahaha