Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Set Buka Puasa Santapan Bersama GRANDMAMA'S
May 4, 2019June 11, 2020

Set Buka Puasa Santapan Bersama Grandmama’s Restaurant 2019

Nyum nyummmm…!!
Kat mana Nina makan Lamb Shank Gulai Kawah ni? Set Buka Puasa Santapan Bersama Grandmama’s Restaurant KL

Isi Kandungan hide
1 Lamb Shank Gulai Kawah
2 Kerabu Mangga & Betik Muda
3 Crispy Butter Prawns
4 Buka Puasa kat KL ni mana sedap?
5 Set Buka Puasa Ramadhan 2019 |Santapan Bersama Grandmama’s Restaurant KL
6 Santapan Bersama Grandmama’s – Set B untuk 4-5 pax
7 Ayam Masak Merah ala Kampung
8 Set Buka Puasa Santapan Bersama Grandmama’s – Set C untuk 6-8 pax
9 Sambal Petai Prawns
10 Golden Crispy Chicken with Black Bean Ginger Sauce
11 Grandmama’s Ikan Cencaru Sumbat Sambal
12 Seafood Curry Hot Pot
13 Sayur Paku Sambal Belacan Grandmama’s wajib rasa tau!
14 Kuih Tradisional dan Kurma
15 Dessert – Air Batu Campur ABC
16 Ala-Carte
16.1 Seabass Masak Tempoyak
17 Pilihan Set Buka Puasa Santapan Bersama Grandmama’s
18 Grandmama’s Pavilion Kuala Lumpur
19 Apa yang menarik kat Grandmama’s Restaurant
19.1 Harga Set Ramadhan Santapan Bersama Grandmama’s Pavillion dan Intermark KL
19.2 Set A RM78++ untuk 2/3 paxSet B RM168++ untuk 4/5 paxSet C RM288++ untuk 6/8 paxSet D RM438++untuk 8/10 pax
19.2.1 Individual Set Santapan Bersama Grandmama’s KLIA Seafood Curry Hot Pot Set – RM32.90++Ayam Masak Merah Set – RM32.90+
19.2.2 Individual Set Santapan Bersama Grandmama’s Genting HighlandSeafood Curry Hot Pot Set – RM32.90++ (members) Ayam Masak Merah Set – RM32.90++ (members)
19.2.3 Seafood Curry Hot Pot Set – RM34.90++ (non-members) Ayam Masak Merah Set – RM34.90++ (non-members)
19.3 Korang, promosi ini bermula dari 6 Mei 2019 sehingga 4 Jun 2019
19.4 Waktu Perniagaan11:30am – 10:30 pm
19.5 GRANDMAMA’S (Pavilion KL)Lot 6.01.02, Level 6, Pavilion KL168 Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala LumpurTel: 03-2143 9333 / Fax: 03-2143 9222Email: grandmamapkl@gmail.com
19.6 GRANDMAMA’S (Intermark Mall)Lot G-12, Intermark Mall348 Jalan Tun Razak, 50400 Kuala LumpurTel: 03-2181 2839 / Fax: 03-2181 2839Email: gmm.intermark@grandmamas.com.my
20 Related posts:
21 Kuey Teow Goreng paling cepat, ringkas, mudah....
22 Situ sana sini... Mana-mana ada Potato Fritters. Sedap ranggup!
23 RESTORAN NASI BAMBOO SUNGAI KLAH |Orang dok cakap-cakap! Sedap sangat ke ?
24 Kat CLINIC WESTERN | 'ubat' tuk penggemar western food murah tapi sedap

Set Buka Puasa Santapan Bersama Grandmama's Restaurant KL

 Lamb Shank Gulai Kawah

Nampak menyelerakan kannnn…  Dagingnya moist lembut empuk sampai ke tulang. Kuah nya pekat likat cukup rempah! Kalau Nina, kuah gini memang favorite Nina, nak nak ada roti. Perghhh…. Asyikkk ooooo cecah roti! Sebuku pun kita mampu habiskan.. Oopsss..!! Ssyyhhhh…

Kerabu Mangga & Betik Muda

Set Buka Puasa Santapan Bersama GRANDMAMA'S

Hirisan mangga dan betik muda di adun dengan perahan limau bersama taburan kacang tumbuk  buat Kerabu ni cukup membuka selera tatkala berbuka puasa. Makan dengan nasi memang asyikkkkk..!!

Crispy Butter Prawns

Set Buka Puasa Santapan Bersama GRANDMAMA'S

Seperti nama diberi, udang ni memang crispy. Ranggup salutan luarnya! Nina salute laa kat Chef nya , salutan kerak-kerak butter udang ni halus sungguh. Bukan mudah nak bikin kerak halus gini tau.. Sedap! Recomended

Buka Puasa kat KL ni mana sedap?

Amacam… Menarik tak menu yang Nina share ? Kat mana tuu …?

Set Buka Puasa Ramadhan 2019 |Santapan Bersama Grandmama’s Restaurant KL

Tahun 2019 ni bertemakan Santapan Bersama Grandmama’s Restaurant menyajikan hidangan yang lazat sedap dan berbaloi jugak macam tahun-tahun sebelum ni. 

Buat kengkawan Nina yang keje area Pavilion , Bukit Bintang, Jalan Raja Chulan, Lot 10 atau yang seangkatan dengannya Nina cadangkan korang berbuka puasa kat Grandmama’s Restaurant.

GRANDMAMAS SELERA SEDAP SET MENU

Dah beberapa tahun berturut Nina nikmati sajian Berbuka Puasa Set Ramadhan kat sini, memang puashati! Sebuah restoran yang menyajikan masakan style Malaysian Cuisine. Tahun ni  menunya lebih bercitarasa  kemelayuan dan lagi Best!

Menu sedap menyelerakan tadi ada dalam Set Buka Puasa Santapan Bersama Grandmama’s . Meh baca sampai habis… Nina terangkan set yang ada dan menu yang ada bersama gambar nya..  Jangan salahkan Nina pleaaseeee kalau korang terliur eh

Santapan Bersama Grandmama’s   – Set B untuk 4-5 pax

Hidangan  sesuai tuk 4-5 pax. Kiranya yang ni sesuai buat yang datang bersama family atau satu department kat ofis korang tu… Settel makan bersama-sama sambil chit-chat membawang . Eh! Bulan puasa cakap yang baik-baik jer ehh … Hehee . . .

Set B akan dihidangkan Kerabu Mangga & Betik Muda, Fish Head Curry Hot Pot, Lamb Shank Gulai Kawah, Crispy Butter Prawns, Ayam Masak Merah ala Kampung, Stir-Fries Mixed Vegetables, Steamed Rice, Kurma Dates dan Tradisional Kuih

Ayam Masak Merah ala Kampung

Set Buka Puasa Santapan Bersama GRANDMAMA'S

Ayam Masak Merah ala Kampung ni korang must try tau! Ada dalam Set B tadi. Citarasa selera tekak Nina suka sangat Ayam Masak Merah ala Kampung ni. rasa yang tidak terlalu pedas, anak-anak pun boleh makan, ayam yang just nice gorengnya sedap laaa makan bersama nasi kukus nya yang lembut . 

Set Buka Puasa Santapan Bersama Grandmama’s   – Set C untuk 6-8 pax

Untuk berbuka puasa lebih ramai, Nina syorkan korang pilih Set C . Puashati laaa makan untuk 6-8 orang. 

Yang ini lagi meriah! Portion nya lagi banyak. Set C ada Kerabu Mangga & Betik Muda, Seafood Curry Hot Pot, Grandmama’s Ikan Cencaru Sumbat Sambal, Sambal Petai Prawns,  Ayam Masak Merah ala Kampung, Golden Crispy Chicken with Black Bean Ginger Sauce, Braised Egg Beancurd with Minced Meat, Paku with Sambal Belacan, Steamed Rice, Kurma Dates dan Tradisional Kuih.

Antara menu yang sempat Nina closed up tuk korang…. 

Sambal Petai Prawns

Pecinta petai wajib rasa Sambal Udang Petai Grandmama’s! Petainya rangup, udangnya segar dan sambal dia pedas yang buat kita rasa ketagih nak lagi dan lagi dan lagi…!! Sampai ke bawang pun Nina kasi perabih licin. Chef mintak resipi please…

Golden Crispy Chicken with Black Bean Ginger Sauce

Nina suka Ayam Masak Black Beans ni.. Terasa perapan halia dan sos nya memang kick! Tak cukup sorang seketul awakkk… HAhaa

Grandmama’s Ikan Cencaru Sumbat Sambal

Ikan Cencaru nya fresh, sambal sumbatnya pun sedap.  Nina suka sebab depa pakai cili padi bergabung dengan cili hijau. Sedap beb!

Seafood Curry Hot Pot

Dalam Curry seafood ni ada isi ikan, udang, sotong … Memang meriah! Nina suka kuah kari nya style Kari Nyoya, tak terlalu berempah, light-light gitu,  tak pedas sangat. Best laa… Ada mee ni lagi syiok!  Memandai jer Nina ni HAhaa…

Sayur Paku Sambal Belacan Grandmama’s wajib rasa tau!

Set Buka Puasa Santapan Bersama GRANDMAMA'S

Sayur Paku Sambal Belacan ni Nina dok ratah jer… Asyik sedap sebab memang depa masak part pucuk yang lembut tu saja. 

Braised Egg Beancurd with Minced Meat ni pun sedap. Memang sesuai untuk anak-anak. Lembut dan tak masin. 

Kuih Tradisional dan Kurma

Kuih Tradisional dan Kurma ni termasuk dalam Set Buka Puasa Santapan Bersama Grandmama’s. Sunat  kannn berbuka puasa dulu dengan Kurma.  So korang jamah laaa Kurma dulu eh…

Dessert – Air Batu Campur ABC

ABC ni tak termasuk dalam set Buka Puasa Santapan Bersama Grandmama’s . Korang kena order tepi.. Bukan ikat tepi ehh… Apa kurlass ikat tepi,  makan kat sini baru syiokkk..  Korang tengok menu ada pelbagai dessert yang sedap-sedap gak.. Chilled Manggo & Pomelo Cream pun sedap gak!

Ala-Carte

Ada Set yang tak ada beberapa menu, tapi korang masih boleh order ala-carte untuk tambah-tambah menu korang. Antaranya 

Kerabu Mangga & Betik Muda  – RM12++
Grandmama’s Ikan Cencaru Sumbat Sambal – RM23++
Ayam Masak Merah ala Kampung – RM29++
Golden Crispy Chicken with Black Bean Ginger Sause – RM29++
Lamb Shank Gulai Kawah – RM39++
Crispy Butter Prawn – RM45++
Seabass Masak Tempoyak – RM78++

Contohnya korang order Set A untuk 2 orang makan, tapi nak makan 4 orang korang boleh laaa order tambah lauk lain. No Problem!

Seabass Masak Tempoyak

Nina rekemen korang try Seabass Masak Tempoyak. Biasa masak Tempoyak Ikan Patin kann… Kali ni korang try Ikan Siakap lak. Sedap weyhh…

 Ikan lak fresh.  Kuahnya tak terlalu pekat rasa tempoyak, light-light gitu… Nina dok hirup kuahnya.. Asyik beb!

Pilihan Set Buka Puasa Santapan Bersama Grandmama’s

Antara set lain yang ada, korang tengok ni eh…  Dari makan dating berdua hingga laaa bawak Mak Pak pun ada! Kot nak bawak jiran tetangga pun boleh . Korang book aaa set D . Hehee…

Grandmama’s Pavilion Kuala Lumpur

Restoran Grandmama’s ni tenang, susun atur yang kemas dan rasa relax. Kalau laaa dolu-dolu ada restoran ni, sini lah kot tempat pilihan Nina dating ngan Geng. Eh ehh… Throwback lak. Hahaa.. Serius Nina suka restoran ni!

GRANDMAMAS SELERA SEDAP SET MENU

Tadi tuu suasana dalam Restoran. Jangan tak tahu, rupanya kat luar pun ada.. Lebih santai dan terbuka. Ahaa.. Yang ini lak sesuai tuk Nina di masa sekarang, santai makan-makan bersama family. Ruang terbuka yang cukup luas, kemas dan bersih.

GRANDMAMAS SELERA SEDAP SET MENU

Yang ini kat luar..!

GRANDMAMAS SELERA SEDAP SET MENU

Ppsstttt >>>>> Untuk abang-abang, hakak-hakak yang suka santai havoc bikin bising sambil membawang eh!  sesuai laaa dok luar sini.  

Ok… Restoran dah cantik, menarik, cun – lulus kan… Nina faham, orang keje sibuk ni biasanya pentingkan suasana yang tenang, selesa sebab masa makan laa masa untuk mereka berehat seketika melepaskan penat lelah bekerja. kann…?? Kita faham sebab dolu kita pun keje buzy yang amats! huhuu . . .

Apa yang menarik kat Grandmama’s Restaurant

GRANDMAMAS SELERA SEDAP SET MENU

Konsep restoran yang santai, kemas dan bersih memang menepati KPI ISO Nina amboi hehee… Ruang yang luas selesa untuk seisi keluarga mahupun lepak reramai ngan kengkawan.

Selain tu, sajian menu mereka yang kontemporari fusion. Eh! Dah macam interior design lak bunyinya boleh laaa janji faham ehh…. Menu pelbagai pilihan kat sini seiring dengan selera tekak pelbagai kaum kat Malaysia ni. Yelah …. kengkawan office kan macam-macam selera tekak depa. Kat sini semua pun ada! Sedap lak tuu…

Amacam? Kot korang tergoda tertarik ngan Set Ramadhan Santapan Bersama Grandmama’s Restaurant.  KL

Set Buka Puasa Santapan Bersama Grandmama's Restaurant KL

Harga Set Ramadhan Santapan Bersama Grandmama’s Pavillion dan Intermark KL

Di Grandmama’s Pavilion Kuala Lumpur menyajikan Set Buka Puasa Santapan Bersama mengikut per pax. Ahaa… Senang kan…? Memudahkan tuk korang nak pilih set  hidangan tak payah fikir banyak dan budget berbuka puasa nanti. Kot ada nak berbuka puasa berdua couple set ke, atau nak  buat small reunion pun boleh…

Set A RM78++ untuk 2/3 pax
Set B RM168++ untuk 4/5 pax
Set C RM288++ untuk 6/8 pax
Set D RM438++untuk 8/10 pax
Individual Set Santapan Bersama Grandmama’s KLIA 
Seafood Curry Hot Pot Set  – RM32.90++
Ayam Masak Merah Set  – RM32.90+
Individual Set Santapan Bersama Grandmama’s Genting Highland
Seafood Curry Hot Pot Set  – RM32.90++ (members) 
Ayam Masak Merah Set  – RM32.90++ (members) 
Seafood Curry Hot Pot Set  – RM34.90++ (non-members) 
Ayam Masak Merah Set  – RM34.90++ (non-members) 
Set Buka Puasa Santapan Bersama Grandmama's Restaurant KL
Korang, promosi ini bermula dari 6 Mei 2019 sehingga 4 Jun 2019
Waktu Perniagaan
11:30am – 10:30 pm

Grandmamas Jom Lobster Perghhh Sedap

Ni  nak kasitau korang, Set Ramadhan Santapan Bersama Grandmama’s Pavilion KL dan Grandmama’s Intermark KL.  Ni  alamat nya :-

GRANDMAMA’S (Pavilion KL)
Lot 6.01.02, Level 6, Pavilion KL
168 Jalan Bukit Bintang,  55100 Kuala Lumpur
Tel: 03-2143 9333 /  Fax: 03-2143 9222
Email: grandmamapkl@gmail.com
GRANDMAMA’S (Intermark Mall)
Lot G-12, Intermark Mall
348 Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur
Tel: 03-2181 2839 /  Fax: 03-2181 2839
Email:  gmm.intermark@grandmamas.com.my

Atau kalau korang nak kan info lebih tentang Grandmama’s Restaurant, korang pi laaa mentelaah kat :-

Web : http://www.grandmamas.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/grandmamas.com.my/
Instagram : https://www.instagram.com/grandmamasmsia/

Okey … Salam Ramadhan 2019! Maaf Zahir Batin dari Nina Mirza 

Related posts:

Kuey Teow Goreng paling cepat, ringkas, mudah....

Situ sana sini... Mana-mana ada Potato Fritters. Sedap ranggup!

RESTORAN NASI BAMBOO SUNGAI KLAH |Orang dok cakap-cakap! Sedap sangat ke ?

Kat CLINIC WESTERN | 'ubat' tuk penggemar western food murah tapi sedap

Lifestyle Review Tips Travel Buka Puasa KLCawangan Grandmama'sGrandmama's Intermark KLGrandmama's PavilionHarga Set Buka PuasaIftar RamadhanPakej Harga Berbuka PuasaSantapan Bersama Grandmama'sSantapan Buka Puasa

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (28)

  1. ummi nani says:
    May 4, 2019 at 11:33 am

    harga makanan sesuai dgn menu dan kos. Berbaloi sangat

    Reply
  2. Ai says:
    May 4, 2019 at 12:20 pm

    Ayam masak merah dengan sambal udang petai tu sedapnya..

    Reply
  3. SalinaJohari says:
    May 4, 2019 at 1:03 pm

    Waaaa menarik..kerabu mangga tu sungguh memikat hati . Harga pun berbaloi

    Reply
  4. Yb shehan says:
    May 4, 2019 at 1:31 pm

    Terliurnya.. adehhhh

    Reply
  5. Huzaini ismail says:
    May 4, 2019 at 2:56 pm

    Nampak menyelerakan menu2 tu.. Menu favorite pun ada.. .. Harga pun berpatutan.

    Reply
  6. eldarwena says:
    May 4, 2019 at 4:25 pm

    wah semua menu2 kampung2 my favourite ni..mmg betul tu kuah kari tu sllu kalau dpt yg pekat likat daging lembut namatey sure ada balance mkn dgn roti x pun buat lempeng..surrr hahaha..syoklah dpt berbuka kat sini..harga pun ok..tempat pun cozy..makanan pun byk..apa lagi yang nikmat yang kau dustakan hihi

    Reply
  7. Qeela says:
    May 4, 2019 at 5:48 pm

    waa menariknyaa tengok gmbr2 lauk pauk yg ada tu! lamb shank tu my favourite tuu adoii mmg menggiurkan tgk! not bad jugak kalau ambil jenis set2 tu jee, harga pon affordable, senang dan semestinya lg best berbuka beramai2 kan!

    Reply
  8. Maya says:
    May 4, 2019 at 10:48 pm

    Agak-agak kena buat booking tak kalau nak berbuka kat sini? Harga berpatutan. Bawa sekeluarga berbuka pun berbaloi

    Reply
  9. budak bandung laici says:
    May 4, 2019 at 11:59 pm

    sedapnya menu berbuka puasa. berselera betul BBL tengok tambah lagi nanti bulan ramandan mesti tak sabar tunggu masuk azan magrib. aduh harga pun boleh tahan murah. memang sesuai bawak family datang berbuka kat sini.

    Reply
  10. Mia Zain says:
    May 5, 2019 at 5:17 am

    Wah, sangat menyelerakan lah menu-menu yang ada ni. Memang masakan ala-ala kampung gitu. Sedapnya tgk gambar sambal petai udang tu. Memang lauk kegemaran tu. hihi

    Reply
  11. ayu rafikah says:
    May 5, 2019 at 8:39 am

    sedapnya lauk pauk kat sini..semuanya menarik…memang rasanya tidak rugi datang berbuka kat sini..pernah datang makan kat sini sekali and memang puas hati

    Reply
  12. Bonde zaidalifah says:
    May 5, 2019 at 11:29 am

    Sedap-sedap yea menu yang ada dekat Grandmamas ni.. Nnt bolehlah pergi terjah rasa sendiri menu dekat situ, harga pon ok…

    Tq diatas perkongsian

    Reply
  13. Nadia johari says:
    May 5, 2019 at 1:41 pm

    Ya ampun akk.. Sedapnya semua.. Takleh tahan tgk menu dia

    Reply
  14. nikkhazami says:
    May 5, 2019 at 3:08 pm

    wow. semua nampak sedap dan macam lauk nenek masak. dah nama pun grand mama kan? hehe. butter prawn to forever fav. mesti sedap bila digabungkan dengan lauk lauk lain

    Reply
  15. Rane Chin says:
    May 5, 2019 at 4:28 pm

    wa the food there look very delicious. I haven’t try Grandmama yet but always attracted by their signature logo when passing by. time to check it out

    Reply
  16. Mimi says:
    May 5, 2019 at 9:34 pm

    Banyak juga menu yang disediakan untuk iftar nanti ye. Semua nampak sedap dan menarik untuk dimakan. Butter prawn tu memang nampak sedap sangat.

    Reply
  17. Saidila Rahman says:
    May 5, 2019 at 10:19 pm

    sedapnya nina….paling nampak menarik yang siakap masak tempoyak tu dengan lamb shank …..dahlah nak puasa dah esok….macam nak kena pi jer…harga pun ok untuk makan set tu ..jimat dan berbaloi

    Reply
  18. Zharif Azis says:
    May 5, 2019 at 11:14 pm

    wahhhh hidangan set ramadan dekat sini nampak menyelerakan betul ya. banyak pilihan makanan yang boleh dipilih. mesti rambang mata tak tahu nak mulakan yg mana dulu. harga pon berpatutan dan berbaloi. bolehlah bawa family buka puasa kat sini

    Reply
  19. Wui Kathy says:
    May 6, 2019 at 12:13 am

    Set gini senang nak buat pilihan untuk famili atau kumpulan semasa nak makan. Seabass tempoyak tu nampak sangat menyelerakan.

    Reply
  20. Tenshi says:
    May 6, 2019 at 12:13 am

    That’s definitely a great choice to consider!! Don’t have to go to crowded place and get headache to pick on menu! Just choose the set that we want then can wait for food to arrive!

    Reply
  21. Chaza Xiaojie says:
    May 6, 2019 at 6:37 am

    Alarh! Sedapnya makanan dia ! Macam² pula tu. Nasib baik masa baca entry ni baru lepas sahur. Hahah taklah terliur. Hahaah kalau dah petang², memang ngences juga ni . Hehe wah! Harga set dia pon nice. Berbaloi². Sesuai ni datang bawa kelaurga. Sangat wow pilihan makanan dia

    Reply
  22. TENGKUBUTANG says:
    May 6, 2019 at 10:21 am

    First sekali gambar Lamb Shank Gulai Kawah tu pun dah buat TB tertarik dan terliur tengok tauu.. Kenapa ambil gambar jelas sangat? tengok TB dah ter fokus kat situ je tau.. hahahha.. semua menu sedap-sedao kat Grandmamas restoren ni.. buat mata yang melihat rasa goyang sekejap.. huhu

    Reply
  23. Rawlins GLAM says:
    May 6, 2019 at 11:11 am

    Wah. Ada pucuk paku!!! Terbaik kot! Tahun lepas pun Rawlins pergi dengan rerakan dan terbaik! Tahun nie kami nak repeat lagi. Terbaik Grandmama!

    Reply
  24. Cik puan Ena says:
    May 7, 2019 at 9:46 am

    Kerabu mangga, tu siap tabur kacang halus mesti sedap giler.. teringin nak rasa. Tak pernah lagi makan siakap masak tempoyak. Menu pon berbaloi suai dengan harganya. Terbaik.

    Reply
  25. Faries says:
    May 7, 2019 at 10:42 pm

    Adui die punya menu tak boleh buat terkeliur lg ke. hahaha. Memang meleleh air liur kite tengok menu2 ni. hehehe. Boleh cuba grand mama ni nanti. hehe

    Reply
  26. Pingback: Grandmama's Online Delivery Set Buka Puasa Terbaik laaaa..
  27. Julia Johari says:
    June 11, 2020 at 7:36 pm

    Kari nyonya dia fuhhhh mmg power, dah makan. Sedap!!!

    Reply
  28. Pingback: Senarai Lokasi Pilihan Berbuka Puasa 2019 - KBBA9.com

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes