As’salamualaikum dan Salam Sejahtera… Syukur Alhamdulillah, selesai sudah ibadah puasa kita yang pertama semalam. Moga kengkawan semua dapat menunaikan ibadah puasa dengan penuh keberkatan hendaknya. Resepi Bubur Lambuk Bonda adalah resepi yang Nina nak kongsikan hari ni sempena Ramadan ke-2 . Resepi asal dari Arwah Makcik Nina yang tersayang. Alfatehah buat beliau. Tak mampu cerita lebih, banjir sini nanti
Doa Ramadhan : Hari ke dua
بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على محمد وآل محمد
اَللَّهُمَّ قَرِّبْنِي فِيْهِ اِلَى مَرْضَاتِكَ، وَجَنِّبْنِي فِيْهِ مِنْ سَخَطِكَ وَنَقِمَاتِكَ، وَوَفِّقْنِي فِيْهِ لِقِرَآءَةِ آيَاتِكَ بِرَحْمَتِكَ يَا اَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
Allâhumma qarribnî fîhi ilâ mardhâtika, wa jannibnî fîhi minsakhatika wa naqimâtika, wa waffiqnî fîhi liqirâati âyâtika birahmatika yâ Arhamar râhimîn.
Ya Allah, dekatkan daku di bulan ini kepada keredhaan-Mu. Jauhkan daku di dalamnya dari kemurkaan dan kebencian-Mu, serta bimbinglah daku untuk membaca ayat-ayat-Mu dengan rahmat-Mu wahai yang Paling Pengasih dari semua yang mengasihi.
Bubur Lambuk – Menu Utama Juadah Berbuka Puasa
Bubur Lambuk antara menu favorite yang wajib ada bila tibanya Ramadhan. Kalau tak pekena bubur lambuk seolah tak lengkap bulan Ramadhan. Iyer tak?? Memandai aje Nina ni kann…. Ada orang lain tak kisah pun kalau tak makan bubur lambuk!
Bubur lambuk yang femes kat KL ni tak lain tak bukan kat Masjid Kg.Baru. Sapa pernah rasa? Nina pernah… Memang sedap! Akan tapi, anak-anak Nina lebih sukakan bubur lambuk yang tidak terlalu berempah, tak pedas tapi simple aje.. pernah rasa yang terlalu banyak black pepper. Aduyai… pedasnya! Sakit perut lak lepas tuu… huhuuu . . . .
Boleh katakan tiap tahun tiba Ramadhan Nina akan masak Bubur Lambuk. Tahun lepas pun sama. Bubur Lambuk Pra-Ramadhan yang mudah Nina sediakan untuk family. Tahun ni pun sama… Menu wajib Ramadhan kami. Jadi laaa….
Jom tengok Resepi Bubur Lambuk Bonda style Nina yang mudah ringkas. 🙂
Resepi Bubur Lambuk Bonda
Bahan-bahan utama
Beras – dibersihkan dan ditoskan
Air
Udang kering – dicuci bersih dan ditoskan
Daging yang dicincang halus
Halia – letak lebih lagi uummph..!
sedikit rempah 4 sekawan (kayu manis, pelaga, bunga lawang, bunga cengkih)
Santan
Lada Hitam – ditumbuk halus
Garam secukup rasa
Sampingan
Daun ketumbar – Nina letak banyak!! Favorite Nina.. hehee . . .
Ikan Bilis – digoreng garing
Kacang Tanah – digoreng garing
Lobak Masin
Cili Potong
Cara penyediannya
1- Kesemua bahan utama disatukan dalam periuk kecuali santan, lada hitam dan garam . Masak hingga menjadi bubur. Kacau selalu.
2- Setelah masak menjadi bubur mengikut kepekatan yang di inginkan, masukkan santan dan kacau sebati hingga mendidih.
3- Kemudian masukkan lada hitam dan garam secukup rasa
4- Akhir sekali boleh dihidangkan bersama ikan bilis, kacang, lobak masin, cili potong dan daun ketumbar banyak-banyak!. Atau letak lah apa-apa mengikut citarasa masing-masing.
Simple aje kan Bubur Lambuk Nina…?? Tak perlu yang remeh-temeh, yang sarat-barat atau pelbagai menu yang menyukarkan aktiviti seharian kita. Yang penting, kita dapat menghayati maksud sebenar Ramadhan. Yang paling mudah ringkas tu laaa yang terbaik!
Selamat berpuasa!
ketinggalan betul adda ni sebab tak pernah buat bubur lambuk hihi…
Bubur lambuk… Bestnya… lama dah tak makan Bubur Lambuk… Dapat makan setahun sekali pun dah kira bersyukur sangat-sangat…
nyum2.. sedappnyeeee
kena taruk santan ke?
Ya Faz, letak santan sikit membangkitkan rasa lemak dan lebih sedap. Try laaa
ya Faz, taruk santan sikit lagi sedap! Selamat mencuba