Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Tips masak sambal sedap tapi senang Cili Giling Puteri
April 6, 2017June 19, 2023

Tips masak sambal sedap lagi senang | Cili Giling Puteri 3 dalam 1 terbaik!

Sambal antara menu kegemaran ramai. Ada sesetengah orang, kalau makan nasi lemak mesti nak kena ada sambal. Kalau takde sambal, tak lengkap lah nasi lemak kannn? Ketahui tips masak sambal sedap  senang, mudah dan cepat masak!

Isi Kandungan hide
1 Ada sambal baru sedap makan
1.1 Bukan senang nak masak sambal yang sedap
1.2 Cili giling segera. Pernah guna ? Ok ke?
1.3 Tips masak sambal sedap senang mudah | Cili Giling Puteri 3 dalam 1 terbaik!
1.3.1 Sebab apa Cili Giling Puteri best?
1.4 Nak sambal sedap buh belacan. Iyer ke?
1.5 Cili Giling Puteri Berbaloi
1.6 Cara masak sambal sedap guna Cili Giling Puteri
1.7 Related posts:
2 TIPS MUDAH BERSALIN NORMAL lahirnya EILHAN MIRZA
3 Buffet Ramadhan 2017 di 'Halaman Haji Saad' , Seri Pacific Hotel KL terkenang kampung halaman nun ja...
4 Nasi Ayam Madu Ipoh Mali ~~~
5 Mandian baby terbaik untuk Eicha |Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash

Orang Malaysia makan sambal tak kira waktu, sarapan ke, lunch ke, dinner ke semua masa pun onz! Kannn..? Sama jugak makan Nasi Lemak pun tak kira waktu. Nahh.. Nina selitkan 3 Resepi Nasi Lemak sedap yang korang boleh cuba. Sambal nya teruskan baca, korang ikut tips yang Nina kongsikan bawah ni ehh..

Ada sambal baru sedap makan

Nak masak sambal bukannya mudah. Makan masa lama juga. Kalau betul-betul memang remeh. Dari nak gunting-gunting cili kering, pastu buang biji, cuci, rebus, blend. Part nak rebus korang baca tips rebus cili supaya sambal sedap . Tapi semua tuuu banyak kan proses nya? Leceh tak?

Itu baru pendahuluan, belum lagi masa tambahan yang kena korbankan nak masak sambal tu… Kena masak bagi garing, masak betul-betul cili nya baru makan nanti tak sakit perut ! Kannn….

Bukan senang nak masak sambal yang sedap

Tips sambal sedap rebus cili
Sudip kayu buh atas periuk. Air cili yang mendidih tuu tak akan melepasi level sudip tu..

Leceh gak gini kannnn..  Ada banyak masa boleh  laaa layan cili. Huhuuu

Nina orangnya ringkas. Bila rajin  (rajin lah sangat) haha..Nina ikut laa step by step proses buat sambal yang bermula dari cili kering. Dan lagi … Nina akan masak banyakkkk..!! Kuali besar dah rupa kawah gitu. Macam nak buat kenduri gamaknya.  Haha.. Tuuu bila rajin laaa

Cili giling segera.  Pernah guna ? Ok ke?

Bila cik M bertahta lak, Nina guna aje cili giling segera. Korang pernah tak guna Cili giling ready made? Jenama apa yang selalu korang guna? Sedap tak? Agak-agak korang, berbaloi tak guna cili giling segera daripada kisar sendiri cili kering…

Hurmm… memang soalan tu subjektif.  Ada yang setuju guna cili giling segera dan ada yang tak setuju. Semua tuu bergantung pada banyak faktor. Cuma kali ni Nina nak kongsikan cili giling kegemaran Nina.

Tips masak sambal sedap senang mudah | Cili Giling Puteri 3 dalam 1 terbaik!

Sebab apa Cili Giling Puteri best?

Senang sangat! Yelah… Tak perlu nak gunting cili kering, cuci, rebus , blend laaa bagai kan..
Bukan apa , ada baby ni leceh nak pegang cili. Nanti pijar tangan jari jemari pastu nak pegang baby lagi… Sian lak kalau pijar tu melekat kat baby. Dia bukan reti apa, tau nangis aje! Kita lak ingat dia ngade dok teriak, padahal satu badan dia panas merenyam kita tak tau. Sian dia.. kann…

Gerenti sedap. Ni pendapat Nina laa…
Sebab dalam cili giling segera Puteri ni dah sedia ada belacan, asam dan garam.  Kombinasi cili ngan belacan dalam Puteri ni seimbang. Tak yah risau kalau sambal nanti terover taruk belacan. Kat rumah Nina memang tak de belacan. Jangan tanya kenapa tak de sebab Nina pun tak tau! Hahaa… *Geng lupa beli kot* Eh! Salah kan Geng lak… Hahha

Nak sambal sedap buh belacan. Iyer ke?

Ok, Nina jujur… Nak citer pengalaman lalu… Masa tu tak reti lagi masak sambal, orang kata nak sedap sambal buh belacan sikit tapi derhaka kengkonon nak sedap sangat buh banyak..!! Sekali dah siap sambal, hambikk… Tak sedap! Hahha.. Padan muka ! Sejak tu tak de belacan kat rumah Nina.  Gitu laaa kisah nya.  Tolong jangan gelakkan kita. Bababb nanti.

Cili Giling Puteri Berbaloi

Berbaloi .. Bagi Nina sangat berbaloi dengan nilai yang kita keluarkan tuk sepeket Cili Giling Puteri ni. Bukan apa, pernah cuba banyak jenama lain. Tak yah tanya jenama apa. Teettt…!! Ada yang murah dan ada yang mahal. Malangnya tidak menepati selera. Ada tuu cili nya pedas sangat  (puas dah adjust buh gula tetap pedas macam buh 26 juta  cili padi gamaknya) dan yang lain cili nya lambat garing pecah minyak. Nape tah tak tahu… Musyil gak. Brand Puteri cepat masak pecah minyak. Jimat masa. Warna merah sambal  dia pun cantik! Menyelerakan…

Halal.
Ini semestinya. Dengan adanya logo halal dari Jakim memang memberi keyakinan tahap tertinggi untuk beli dan pakai dalam masakan. Lagi pun jenama Puteri ni ramai sedia maklum dah tahu. Tentu depa akan jaga standard kualiti depa kann….

Tips masak sambal sedap tapi senang Cili Giling Puteri

Cara masak sambal sedap  guna Cili Giling Puteri

Yang ini sambal udang Nina masak guna cili giling Puteri. Kejap jer masak sementara baby Lysa tido  tadi. Kalau nak cara  yang oldschool cili kering tuu minggu depan pun belum tentu jadi sambal nya. Haha… Ok Alasan!

Cara Nina :- Nina hanya tumis kan sikit bawang merah dan bawang putih serta  serai (diketuk jer) sampai wangi pastu masukkan cili giling segera Puteri ni, Nina goreng sampai pecah minyak.  Pastu tambah air sikit. Rasakan dengan gula secukup rasa … Pastu siap!

So far bila Nina guna Cili Giling Puteri , Nina tak buh garam  dan asam.  Hanya tambah gula jer tuk seimbang kan rasanya.  Melainkan kalau masak asam pedas,  ya Nina tambahkan asam keping, daun kesum,  bunga kantan dan lebihkan air.  Senang jer kannn?

Kat mana Nasi Lemak RM1 Singgit Sedap KL Selango

Buat yang tercari-cari kat mana Nasi Lemak RM1 sedap yang ni memang Nina rekemen. Sesuai untuk korang yang nak order untuk jamuan atau sebarang majlis keramaian. Sambal dia tak pedas berapi so sesuai untuk semua peringkat usia.

Pucuk pangkal nya, sedap tu subjektif. Ikut korang suka cara macammana nak sedia kan sambal yang sedap tuk family.  Apa cara sekali pun , ikut budget dan kesesuaian kita sendiri.

Korang suka cara mana? Kalau cili giling yang segera, brand apa pilihan korang.. Kot ada yang Nina belum pernah cuba. Boleh laaa kongsi kita cuba sesama..

Related posts:

TIPS MUDAH BERSALIN NORMAL lahirnya EILHAN MIRZA

Buffet Ramadhan 2017 di 'Halaman Haji Saad' , Seri Pacific Hotel KL terkenang kampung halaman nun ja...

Nasi Ayam Madu Ipoh Mali ~~~

Mandian baby terbaik untuk Eicha |Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash

Resepi Tips Cili Giling PuteriResepiresepi mudahresipi ringkasSambal Nasi Lemaksambal sedapTipsTips dan Petuatips dari dapurTips masak sedaptips masakanTips Sambal pecah minyakTips sambal sedap

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (19)

  1. Suria Amanda says:
    April 6, 2017 at 2:01 pm

    SA selalu guna jenama ni jugak kak Nina…sedap…memang sentiasa jadi pilihan

    Reply
  2. Kak Sue says:
    April 7, 2017 at 8:15 am

    Senangkan Nina.. boleh cuba nanti Cili Giling Puteri

    Reply
  3. ciklilyputih says:
    April 7, 2017 at 9:48 am

    ermm guna jugak cili giling ni, not bad jugak

    Reply
  4. Mimieyamor says:
    June 21, 2017 at 11:54 am

    Saya pun suka pakai jenama ne… senang & sedap

    Reply
  5. Abd Aziz Abd Hamid says:
    February 25, 2018 at 1:27 pm

    Mmg sedap kalah sambal nasi lemak makcik hanya guna cili giling puteri. Terbaik utk org bujang cam.saya yg xpandai masak.

    Reply
  6. nazrin abdullah says:
    November 12, 2018 at 1:17 pm

    Harap guna Jenama Lain dari Puteri yang dikeluarkan oleh APS Manja (Bukan syarikat Melayu). Cuba lah Cili jenama Terengganu …best dapat approval dari Singapura lagi.

    Reply
  7. nazrin abdullah says:
    November 12, 2018 at 1:28 pm

    President Datuk V.K.K. Teagarajan estimates that at least 50 entrepreneurs are created every year. One example of a success story is that of A.P. Sivam, owner of APS Manja Sdn Bhd, which is involved in the manufacturing of chilli, tomato, oyster and soya sauces.

    “I benefited through the various seminars, workshops and exhibitions that the chamber organised. I began with selling chilli paste in 1979, and now the product range has exceeded 15 types of sauces,” Sivam said.

    Read more at https://www.thestar.com.my/business/business-news/2003/06/02/chamber-nurtures-entrepreneurs/#qY6i0t5b8R80HJTU.99

    Reply
  8. che nur says:
    April 11, 2019 at 9:01 pm

    Sejak 2012 saya guna cili giling puteri ni dan tk kan tukar jenama lain dah…cepat dan mudah nk masak…sedap lak tu…

    Reply
  9. Salmiah Sabaran says:
    December 3, 2019 at 3:35 pm

    CILI GILING TERENGGANU LAGI SEDAP

    Reply
  10. sueizza says:
    March 16, 2021 at 10:21 pm

    kalau malas nak blend sendiri,jenama cili giling ni memang jd pilihan,stakat ni guna tak mudah rosak walau simpan lama dlm peti ais

    Reply
  11. Tini says:
    March 16, 2021 at 10:22 pm

    Samalah kita… Tini pun dok guna cili giling Puteri ni Kak Nina… memang terbaik sambal yang terhasil tu… warna pun menarik dan sedap mata memandang gitu…

    Reply
  12. Pakya says:
    March 16, 2021 at 10:22 pm

    Wahh senangnya nak masak sambal guna Cili Giling Puteri. Takyah dah nak rebus cili bagai. Menarik ni

    Reply
  13. huda halid says:
    March 16, 2021 at 10:26 pm

    Huda guna cili kering rebus sendiri… tapi kalau malas beli gak cili dah siap gini kat pasaraya.

    Reply
  14. Mama Kembar Tiga says:
    March 16, 2021 at 11:14 pm

    I suka guna cili giling siap camni ja, malas nak blend blend sendiri hehehe

    Reply
  15. Saidila says:
    March 17, 2021 at 12:26 am

    Patutlah mi goreng basah Nina sedap. Sebab masa ai datang rumah Nina hari tu Nina masakkan ai mi goreng ..tu yang ai nampak Nina guna cili giling brand Puteri. Terbaiklah ….nqnti nak beli sebab malas gak kadang nak blend cili …

    Reply
  16. Yanie Yusuf says:
    March 17, 2021 at 6:10 am

    Dulu pernah guna cili ni. Senang dan sedap tp skrg tak guna dah. Hihi sebab pgkilangnya. Tgh cari gak cili giling lain yg ok. Skrg kne masak blk cili kering

    Reply
  17. Nurul says:
    April 16, 2021 at 10:21 am

    Nice tips kak. Nak share, kalau saya, saya pakai Cili Giling Mak Maz / Cili Giling Pa’man. Yang ni buatan muslim, lebih yakin nk makan. Rasa pun sedap, plus takde pewarna tambahan, mmg ori warna cili, cantik kemenjadiannya.

    Reply
  18. Netty Ah Hiyer says:
    June 19, 2023 at 8:21 pm

    Pandainya Nina guna cili kisar kedai ni.. kak Net selalu fail rasa dia. Nanti nak try cara Nina buat ni.

    Reply
  19. Nur Husna says:
    August 1, 2023 at 9:16 am

    Saya lebih suka guna Cili Giling Pa’man. Tak masam, pedas pedas manja..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2026 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes