Sabun di bilik mandi… Sabun…!! Hahaa.. Tetiba teringat dialog citer P.Ramalee Laksamana Do Re Mi tatkala nak kongsi ngan korang tentang cerita terkini mandian kanak-kanak maskot Gajah Pink Carrie Junior ni.. Jimat dengan Carrie Junior Pek Isian Semula
Ahaa..!! Berita baik untuk semua. Sekarang ni Carrie Junior dah ada pek isian semula. Bagus kan..?? Giler tak bagus?! Dah laa wangi, berpatutan, halal dan lagi best sekarang ni sebab lagi murah dan jimat dengan ada nya pek isian semula ni..!! Cayalah … saya suka .. saya suka!
Seperti yang diketahui umum, Carrie Junior adalah produk mandian bayi dan kanak-kanak yang telah dikenali lebih 20 tahun. Sejak kita kecik lagi jenama ni dah ada! Produk bagus tentunya bertahan lama iyer tak?
Sejajar ekonomi sekarang, Carrie Junior seiring melangkah maju dengan inisiatif mereka dalam membantu pelanggan nya berbelanja dengan jimat dan bijak! Dengan kos sara hidup yang kian meningkat dan pastinya, semua keluarga mahu berjimat dalam apa jua cara sekali pun kan.. Carrie Junior menampilkan pek isian semula yang pastinya dapat membantu dan memudahkan setiap keluarga berjimat. Sapa tak suka weyy …. Sekarang ni semua pun kena cut kos!
Selain dari penjimatan hebat oleh Carrie Junior ini, friendly pack ini juga dapat membantu mengurangkan 79% penggunaan plastik dan setiap keluarga juga dapat dididik dalam memelihara alam sekitar dari tercemar. Maklumlah… Botol plastik kan lambat hapus.
Produk mandian dan syampu Carrie Junior ini dirumus khas dengan Fruito-E yang merupakan kombinasi semulajadi ekstrak buah-buahan. Family Nina suka sebab bau nya tahan lama, pastu wangi bau nya sedap – rasa macam nak makan jerr…!! Hahha… Selain wangi, ia juga kaya dengan vitamin dan nutrien yang turut membantu melembab dan melindungi kulit anak-anak sepanjang hari. Lembut gebus licin gitu …
Pelbagai pilihan produk dengan harga berpatutan
Terdapat pelbagai pilihan dalam rangkaian produk Carrie Junior yang boleh setiap keluarga miliki antaranya baby bath, baby shampoo, baby hair & body wash, baby powder, baby oil dan baby lotion.
Rangkaian produk yang lengkap ini bukan sahaja dapat melindungi kulit anak-anak tetapi juga dapat memudahkan ibubapa dalam pemilihan produk dalam rangkaian produk Carrie Junior dan semestinya, produk ini diiktiraf Halal kerana tidak mengandungi bahan-bahan yang meragukan.
Harga Pek isian semula Carrie Junior
Carrie Junior Baby Bath 500g
RMRM8.90* (Semenanjung Malaysia)
RM9.30* (Sabah / Sarawak)
Carrie Junior Hair & Body Wash
RM9.90* (Semenanjung Malaysia)
RM10.40* (Sabah / Sarawak)
Kat mana nak beli?
Alahai …. Senang sangat! Semua produk Carrie Junior boleh didapati di semua kedai runcit, pasaraya dan farmasi di seluruh Malaysia. Mana-mana pun ada…
Ok daaa… Nak layan anak-anak mandi buih… Kot leh jumpa gajah pink yang comel tuu.
Eh! hehe . . .
Baguslah macam ni boleh beli sikit-sikit kalau habis
Bagus lah ada refill pack camni, leh jimat
Jimat dan mesra alam. Tak la bersepah botol sabun dalam tong sampah.
nad pertama kali guna produk ni..memang wangi..lepas ni guna carrie junior je..hehe