Korang suka tak makan masak lemak? Selalunya apa bahan utama untuk masakan masak lemak kegemaran korang? Ikan ke, udang ke, sotong ke, ketam ke… Kalau ikan, ikan apa yang sedap di masak lemak kan?
Kalau Nina selalunya menu masak lemak ni Nina masak Ketam Masak Lemak tapi ada gak kekadang ikan masak lemak. Tapi kat rumah Nina, menu masak lemak paling top jatuh kepada ayam masak lemak. Dan . . . taste depa anak beranak paling suka Ayam Masak Lemak Hijau
Baru-baru ni dok bukak katup peti ice tak tau nak masak apa. Dah beberapa kali ku tenung ikan siakap ni. Nak masak 3 rasa macam baru jer masak tu ari, dan … Tu hari pun baru jer masak Ikan Stim.
Resipi : Ikan Stim Lemon Ala Thai Sedap
Puas dok mikir akhirnya ku masak lomak jer Ikan Siakap tu.. Not bad! Sedap jugak
Bezanya kali ni Nina tak letak daun kunyit tapi digantikan dengan daun bay.
Resipi Ikan Siakap Masak Lemak Santan Super Light Ayam Brand
Bahan-bahan
2 ekor ikan Siakap saiz sederhana – potong beberapa potongan
3 batang serai – dititik
2 helai daun bay
1 kotak Santan Light Ayam Brand
Air secukupnya
2 biji tomato
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
Bahan kisar
Beberapa biji cili – suka pedas berapi, buh cili padi kampung
1 inci kunyit hidup – tak de lak stok, Nina buh serbuk kunyit jer
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Cara masak
1. Ikan dibersihkan kemudian di tos dan diketepikan.
2. Masukkan bahan yang dikisar dalam periuk, kemudian masukkan air secukupnya dan serai. Masak hingga mendidih.
3. Kemudian tuang santan kacau perlahan. Biar mendidih. Kali ni Nina pakai segera, Santan Light Ayam Brand. Lagi sedap dan kurang kolestrol.
4. Bila dah mendidih, masukkan ikan, tomato, daun bay dan asam gelugor
5. Perasakan dengan garam dan sikit gula secukup rasa. Kacau perlahan dan biar mendidih dengan api sederhana.
6. Dah masak tutup api dan hidangkan… Nyummy!
Tu hari jalan-jalan kat Giant, promoter ni kasitau ada offer Santan Kotak baru dari Ayam Brand. ‘Santan Super Light’
Sebelum ni Nina memang pengguna santan kotak Ayam Brand.
Dah namanya offer, Nina beli masa tu 2 kotak RM5. Murah kannn…? Rugi laaa tak rebut peluang yang ada. Biasalah MakMak. Hehe…
Apa yang menarik dengan Santan Super Light Ayam Brand Malaysia ni…
• 75% kurang lemak dari santan biasa
• Bebas kolestrol
• Namun masih mengekalkan rasa dan aroma yang sedap sama seperti santan biasa.
• Nina suka jenis gini sebab jenis Kotak Tetra Pek ni ada penutup, lebih bersih dan mudah digunakan.
• Dan lagi kuantiti nya sekotak 330ml lebih banyak dan memudahkan urusan masak.
• Lebih jimat!
Part masak ni, yang senang senang jer Nina masak , yang payah memang tak payah laaa korang akan jumpa dalam blog Nina ni. Maklumlah Nina bukannya chef. Masak pun masakan ala Mak Mak kat rumah jer…
Tapi lumrah MakMak, ada masa Nina beli kelapa dan mintak kedai parutkan. Sesekali style lama jangan dilupakan. Tapi bila selalu nak cepat, memang akan ada stok santan kotak kat rumah Nina dan cara ni pun mempercepatkan urusan masak memasak Nina.
Nina lebih yakin dengan kualiti santan kotak sebab dah beberapa kali terkena santan fresh basi. 😭 dah laaa masakan rosak, penat masak. Rugi lagi tau! Korang pernah alami tak?
Oh ya.. kot korang nak try resipi lain-lain dari Ayam Brand Malaysia, korang pi laaa intai kat
Facebook Page : Ayam Brand Malaysia
Sapa dah cuba Santan Super Light Ayam Brand? Meh share…
Boleh cuba nih! Ikan siakap ni blh beli kt tesco nanti.
Tak pernah try lagi siakap masak lemak. Lepas baca entry ni terus rasa nak buat
nampak sedaplaa.. selalunya klu masak lemak saya mkn ayam masak lemak, so nmpk menarik klu guna ikan plak
ikan siakap memang sedap masak lemak. jarang sgt memasak. selalu ikan siakap ni wt masa 3 rasa atau buat masak stim. sedap tu..terliur plak rasa
wahhh nampak sedap la siakap masak lemak tu boleh lah lepas ni try buat sendiri hehe
I selalu guna santan kotak ja bila masak, sebab tak pandai perah santan fresh hahahah. Tapi tak pernah guna lg yg Ayam Brand ni, nnt leh laa try.
Terima kasih atas resepi yg diberikan. Walaupun saya tahu yg saya tak akan masak, sebab tak reti. Tapi memang nampak sedap.
Sy pun guna santan super light ayam brand ni. Walaupun 75% kurang lemak tapi tak effect rasa pada makanan. tetap sedap. lagipun santan ni mudah simpan kalau tak habis guna sebab pek dia yang mudah disimpan.
masak sup pun sedap ikan siakap nie..
Selama ni tahu ayam, udang dgn ketam je utk masak lemak. Ni ada resepi ikan siakap boleh try. Bosan juga asyik stim dgn 3rasa. Hehe.
Nampak cara nina masak pun sedap. Teringin nak masak lemak jugakla hehe. Tapi santan ni bagus kan utk kesihatan
wow. first time dengar siakap di masak lemak. biasanya 3 rasa, stim limau (alamak dah kecur ayaq lioq). another menu yang boleh dicuba untuk keluarga.
wah.. 1st time dengar Ikan Siakap Masak lemak .. boleh try ni.. mesti sedap.. buat plak pedas2.. hubby mesti suka ni
Kat rumah sis ni kalau masak ikan masak lemak ke, masak kari ke..memang tak laku, kalau ayam fuhh laju je habis, sebab tu kat rumah ni ayam sentiasa ada dlm freezer, ikan tak ada tak apa
Wah menarik masakan lemak ni.. tapi anak2 saya tak gemar la ikan. Nanti tak laku pulak. Sudahnya asyik masakan ayam aje lah.. goreng2
Mouse mommy pun suka Santan Ayam Brand ni, kurang kandungan lemak , tapi wangian santan tu mmg menyelerakan!