• Tentang Nina
  • Contact
  • Arkib
  • Disclaimer

Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Resepi
  • Review
  • Parenting
  • Travel
  • Personal

Resipi Cara Masak Ayam Masak Lemak Hijau

September 9, 2019 by Nina Mirza 2 Comments

Ayam bermacam ayam.. Telur sebiji riuh sekampung.. Eh! Ternyanyi lak. HAhaa Resipi Cara Masak Ayam Masak Lemak Hijau

Selalu ayam korang masak apa?

Mak Mak selalu buntu stress bila mikir bab nak masak apa. Kannn …? Bukan apa, dok ulang masak yang sama bosan lak, kalau masak menu rare kang risau tak de sapa nak makan. Nanti dah jadi pembaziran lak. Tak baik membazir kann… Amalan syaitonnnnnirrajim. Syuh syuhhhhh

Baca : Tips Pilih Ayam Segar dan Ayam Masak Apa Sedap Senang Mudah… ni menu favorite ramai

Dok ulang ulang, akhirnya masak aje Ayam Masak Lemak Hijau. Lebur jer semua. Bukan apa, kadang menu ayam ni ada yang kena goring dulu ayamnya, toskan dan kemudian baru masak kuahnya. Cam leceh gak.. Masa itu emas beb!

Meh laaa Nina share cara masak style Nina Ayam Masak Lemak Hijau ni.  Nina tumis dulu bahan blend ni, lagi wangi dan sedap berbanding lebur jer semua dalam periuk.  Tapi kadang tu kalau saka malas bebenor tu dok bertengek ku lebur jerrr semua dalam periuk. HAhaa… Kita yang masak dia kannn . . .?

Resipi Cara Masak Ayam Masak Lemak Hijau

Resipi Cara Masak Ayam Masak Lemak Hijau Sedap Mudah

Bahan-bahan
Seekor ayam ayam, dipotong ikut suka, cuci bersih dan toskan
4 biji kentang, kupas, belah 4
2 batang serai – ketuk jer
2 helai daun kunyit, dimayang halus
1 keping asam gelugor
1 kotak kecik santan
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis

Bahan kisar
Beberapa biji cili hijau
Beberapa  biji cili padi kampong – nak pedas terangkat buh laaa banyak
1 inci kunyit hidup atau serbuk kunyit jerr senang
6 biji bawang merah
Sedikit air

Cara masak
1.- Ayam dicuci bersih dan toskan. Tabur garam perap seketika.
2.- Blend bawang besar, cili hijau, cili padi, kunyit dan sedikit air.
3.- Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan blend tadi. Masukkan serai dan tumis sampai pecah minyak.
4.- Masukkan ayam ke dalam periuk dan gaul rata. Masukkan air, kentang. Masak sehingga kentang empuk.
5.- Masukkan santan dan asam keping. Masukkan daun kunyit. Gaul rata, masak hingga mendidih. Perasakan garam secukup rasa.
6.- Tutup api, siap!

Yeayy … Dah siap menu tuk hari ni. Korang lak suka  ayam masak apa?

Resipi Cara Masak Ayam Masak Lemak Hijau

Share this:

  • Facebook
  • WhatsApp
  • Twitter
  • Pinterest

Filed Under: Personal, Resepi, Tips Tagged With: Ayam Masak Apa Sedap, Ayam Masak Lemak, Ayam Masak Lemak Hijau, resipi, Resipi cepat, resipi mudah, resipi ringkas, resipi sedap

  • Raya sakan Nina tahun ni! HAhaa.. Shopping Branded Handbag di SELLECTION.COM
    Raya sakan Nina tahun ni! HAhaa.. Shopping Branded Handbag di SELLECTION.COM
  • 15 Resipi Mudah BUKA PUASA Menu EAT CLEAN khas untuk awak!
    15 Resipi Mudah BUKA PUASA Menu EAT CLEAN khas untuk awak!
  • Buffet Ramadhan 2021 SUDIRMAN CAFE Koptown EDC Hotel KL BEST Murah Sedap!
    Buffet Ramadhan 2021 SUDIRMAN CAFE Koptown EDC Hotel KL BEST Murah Sedap!
  • SYSTEMA Kempen GUMBATTE Towards Healthy Gums and Teeth
    SYSTEMA Kempen GUMBATTE Towards Healthy Gums and Teeth
  • APAKAH PRODUK MUSLIM BENAR-BENAR MUSLIM?
    APAKAH PRODUK MUSLIM BENAR-BENAR MUSLIM?
  • Sinopsis Drama TAK SEMPURNA MENCINTAIMU episod akhir. BEST giler gandingan Intan Najwa dan Redza Rosli
    Sinopsis Drama TAK SEMPURNA MENCINTAIMU episod akhir. BEST giler gandingan Intan Najwa dan Redza Rosli
  • Cuba beralih ke NEW.BIE tak sangka bagus berkesan merawat kulit muka bermasalah
    Cuba beralih ke NEW.BIE tak sangka bagus berkesan merawat kulit muka bermasalah
  • AQIQAH Online Anak Lelaki di Mekah mudah dengan AQIQAHCENTER.COM
    AQIQAH Online Anak Lelaki di Mekah mudah dengan AQIQAHCENTER.COM



Comments

  1. Ai says

    September 12, 2019 at 11:39 am

    Ai kalau masak lemak mesti kena letak asam keping. Bagi masam2 sikit.

    Reply

Trackbacks

  1. Sedap rupanya Ikan Siakap Masak Lemak - Nina Mirza says:
    November 14, 2019 at 9:29 am

    […] Kalau Nina selalunya menu masak lemak ni Nina masak Ketam Masak Lemak  tapi ada gak kekadang ikan  masak lemak. Tapi kat rumah Nina, menu masak lemak paling top jatuh kepada  ayam masak lemak. Dan . . . taste depa anak beranak paling suka Ayam Masak Lemak Hijau […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


CARIAN

 

Social Media

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • YouTube

Kelab Blogger Ben Ashaari

BACA NI LAK!

  • RESIPI PULUT SERUNDING
    By : Tiffin Biru
  • Camana nak selesaikan masalah si Qhaliff ni ?
    By : Ben Ashaari
  • Dengki Ke ?
    By : Saidila Lifestyle
  • MENCARI HIDANGAN TULANG RUSUK DIMASAK ALA AMERIKA DENGAN RASA TEMPATAN DI MUSIM RAYA INI? TONY ROMAS PASTI MENEPATI CITARASA ANDA
    By : Sohoque
  • Bila Monitor PC Baru Pakai 3 Bulan, Dah Rosak!
    By : Hafiz Rahim
  • Jangan Putus Asa
    By : Mama Kembar Tiga
  • KEDAI CERMIN MATA MURAH DAN VIRAL DI SUNGEI WANG PLAZA KL
    By : YB Shehan

Archives

© 2021 · NinaMirza.com · Setup by Hafiz Rahim & eXplorasa