Alhamdulillah ….. hari nie cuaca amat baik sekali. Harap semua nya sihat belaka. Kekosongan minda berlaku buat diri Nina. Buntu rasa ….. may be sebab asyik dok buat puding ajer kann …. hehhee . . ..
So, hari nie Nina share makanan yang berkhasiat.
Tauhu – salah satu makanan yang semua tahu punya banyak kalsium didalam nya. Kalau terasa diri tak cukup kalsium untuk tulang & gigi, boleh lah amalkan makan tauhu.
Untuk pengetahuan semua, Nina tak berapa suka makan Tauhu yang biasa (petak), tapi kalau Tauhu Jepun nie plak, Nina memang gemar.
Tak tahu lah kenapa agaknya …… Tau Foo Faa pula mmg fav dari kecik.
Errmmm …… dah lama tak makan Tau Foo Faa. Hari nie Nina nak share Tauhu Jepun Bersos untuk hari ini.
Tauhu Jepun Bersos
Bahan-bahan
2 buku Tauhu Jepun (dipotong bulat-bulat)
1 biji bawang besar merah
3 ulas bawang putih
sedikit halia
beberapa hirisan daging ayam
cendawan hitam (direndam dahulu hingga kembang & ditoskan)
2 biji putih telur
carrot
sayur kacang buncis
lada besar merah & kuning
serbuk pati ikan bilis
garam secekup rasa
cara-cara
- panaskan minyak yang banyak dalam kuali
- goreng tauhu Jepun hingga keperang-perangan.
- angkat & toskan
- panaskan minyak untuk menumis
- tumis bawang besar, bawang putih & halia
- setelah garing masukkan air
- kemudian masukkan carrot, hirisan ayam, cendawan hitam dan biarkan mendidih
- pekatkan kuahnya dengan memasukkan campuran tepung jagung.
- kemudian masukkan putih telur kacau hingga rata.
- masukkan sayur kacang buncis, garam secekup rasa, kacau rata & mendidih
- sendukkan keluar dan hiang bersama tauhu jepun yang telah digoreng tadi.
- hidangkan panas-panas
selamat mencuba