Salam sejahtera buat semua ….
~~~ Report Card Day ~~~
Hari nie pepagi lagi Nina & Hubby dah keluar pegi sekolah anak Nina yang sulung – Eillya. Walaupun jam belum menunjukkan pukul 8pagi, Nina & Hubby dah terpacak menunggu giliran. Berdebar juga rasa nak tahu keputusan peperiksaan Eillya . ….
Alhamdulillah syukur …. keputusan exam Eillya memuaskan & berbaloi dengan usaha keras Eillya. Cuma Eillya perlu tingkatkan lagi usaha mengulangkaji pelajaran setiap hari.
Insya’Allah …. next time result akan lebih baik dari sekarang, Amin ….
Sedar-sedar hari pun dah petang & Nina belum prepare apa-apa pun untuk dinner nanti. Pagi tadi Nina dah breakfast berat bersama Hubby selepas ambil report card Eillya. So, Nina tak makan lunch & sibukkan diri dengan hal lain. Ermmm …… Apa yaa nak masak?? Sesuatu yang simple, senang & yang penting ; bahan-bahannya mesti ada dalam peti ais Nina …
Bubur Nasi Kosong ajerrr ….
Bahan-bahan
beberapa cupak beras – masak hingga kembang jadi bubur
ikan bilis – digoreng garing
kacang tanah – digoreng
lobak asin – dipotong kecil2 dan digoreng
bawang goreng
hirisan daun bawang
hirisan cili merah
telur asin – direbus
limau kasturi jika suka
Senang ajerr kan?? hehehee ……
suka tengok anak2 berselera makan 🙂
dah lama agaknya tak makan bubur nasi kuttt …..
layannnn ~~~~