As’salamualaikum dan Salam Sejahtera….
Salam Jumaat buat semua …. Hari Jumaat mempunyai kelebihan (Fadhilat) dan keistemewaan, dinamakan PENGHULU SEGALA HARI.
Sabda Rasulullah SAW. “Sebaik-baik hari yang matahari terbit pada hari itu ialah hari Jumaat. Pada hari itu Adam telah dijadikan, pada hari itu ia dimasukkan ke dalam Syurga dan pada hari itulah juga ia dikeluarkan darinya”. Hari Jumaat juga di gelar YAUMUL MAZID iaitu hari pemberian tambahan kerana di hari berkenaan Allah mengurniakan limpahan rahmatnya yang begitu banyak untuk direbut oleh Manusia yang mengaku beriman kepadaNya.
Antara amalan pada hari Jumaat ialah:
1. Membaca Al-Quran seperti Surah Sajjadah dan al-Mulk,
2. Banyakkan Zikir di Waktu pagi,
3. Banyakkan Selawat Ke atas junjungan Rasulullah SAW.
4.Sujud Syukur Kepada Allah
Semua sedia maklum, ayam goreng kunyit merupakan menu yang biasa-biasa ajer. Kali nie Nina tambahkan sedikit kelainan dengan menambahkan sedikit beberapa rempah dan ternyata kombinasinya amat menyelerakan. Samada makan bersama nasi panas mahupun dengan roti.
Jom tengok resepi nyer ~~~
Ayam Goreng Kunyit Berempah
Resepi : Nina Mirza
Bahan-bahan
300g Daging Ayam – dipotong kecil
1 biji Bawang Besar – dimayang halus
2 ulas Bawang Putih – diketuk
2 inch Halia – dimayang halus
2 batang Serai – diketuk
3 sudu besar Sos Tiram
1 sudu besar Serbuk Kunyit
1 sudu besar Serbuk Kari Ikan
1 sudu besar Serbuk Kurma
Garam secukup rasa
1/2 cawan Air
Daun Kari
Minyak Masak
Bahan Sampingan
Sayur Brokoli
Kobis Bunga
Carrot
Cili Merah
Cara penyediaan
1- Isi ayam dipotong kecil, dibersihkan, ditos lalu diperap bersama sos tiram lebih kurang 15 minit
2- Kemudian gaulkan ayam tadi bersama serbuk kari, serbuk kunyit, serbuk kurma dan garam secukup rasa
3- Panaskan minyak untuk menumis. Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan serai hingga naik bau dan kekuninggan.
4- Masukkan ayam dan gaul rata. Tutup kuali seketika agar ayam cepat masak. Gaul dan balik-balikkan.
5- Masukkan sayuran dan sedikit air. Biarkan seketika sehingga ayam dan sayur masak.
6- Tutup api dan sedia dihidangkan.
Ppssttt >>>>> kalau nak ianya berkuah bolehlah tambah air banyak sikit. Ikut selera dan citarasa masing-masing. 😉
Selamat mencuba !!
nampak sedap… nanti kita nak cuba mlm ni… isi ayam pun byk dlm freezer…maklumlah org kat rumah suka mkn ayam yg tulang2 saja… msk mcm gini rasa ok kot…hehehe… mintak resepi yer tuan rumah… 🙂
Sila laaaa kann Lawa Collections ..
Selamat mencuba yea dan moga menepati citarasa u all sekeluarga 😉
salam kenal…..
nina….tenguk pun dah menambat selera …..
mmm…..!!!!!mesti cuba ni……
Walaupun menu biasa-biasa kata Nina, tapi memang sedaplah… suka!
lauk macam ni sedap Nina, akak selalu juga buat cuma tak bubuh kari n kurma..kalau ada 2 rempah tu lagi wangi n sedap rasanya kan..