Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Sinopsis Drama BUDAK TEBING 2
June 19, 2021June 23, 2021

Sinopsis Drama BUDAK TEBING 2 lagi BEST!

Sinopsis Drama BUDAK TEBING 2

Isi Kandungan hide
1 Sinopsis Drama BUDAK TEBING 2
1.1 Related posts:
2 NICKELLSKIN SERUM Triple Stemcell | Cantik berseri bak artis Korea...
3 Crepe Ohhh Crepe Durian..!! Step by step membuat dan melipat crepe. montok-montok gitu~~
4 Sebab kotak baru Susu LAZZ ada Omar Hana laaa anak Nina...
5 Jom Masak dan Menang bersama Kicap Mahsuri... RM500 menanti anda setiap minggu!

Setelah mendapat sambutan yang amat bagus, trending giler drama ni masa musim pertama so BUDAK TEBING 2 mengupas isi semasa yang lebih bagus. barisan para pelakon yang mantap dan semakin matang. Suka tengok lakonan Adam Lee dalam drama BUDAK TEBING 1 dan kali ni lebih emosi dalam wataknya. Tidak dinafikan Aedy Ashraf juga hebat lakonannya dengan rambut biru dia.! Gempak seyh

Moh kita baca sikit dulu Sinopsis BUDAK TEBING 1 kot laaa korang dah lupa jalan cerita nya.
Drama Budak Tebing 1 menggambarkan kehidupan perit yang terpaksa dilalui oleh Munira (Ira). Dia dilahirkan tanpa mengetahui identiti bapa sendiri kerana ibunya bekerja sebagai pelacur. Ira yang baru mengenali ahli di dalam geng ‘budak tebing’ mula rasa hidupnya lebih baik bersama rakan-rakan dan keluarga angkat yang ikhlas menerimanya. Bertemakan keluarga, persahabatan dan isu sosial, barisan pelakon iaitu Adam Lee, Aedy Ashraf, Bella Dowanna, Eyka Farhana, Fariz Isqandar, Imran Aqil dan Firdaus Ghufran memang hebat.

Sinopsis Drama BUDAK TEBING 2

So far Drama BUDAK TEBING 1 hebat! Banyak kupasan isu sesama yang memberi iktibar dan  teladan dan bagus ditonton seisi keluarga.

Trending giler masa musim pertama lalu kesinambungan BUDAK TEBING 2 bakal trending lagi kot kannn? Kali ni drama Budak Tebing 2 ada watak baru, Amin dan Amnad. Dengar cerita, kupasan baru musim ke-2 membongkar isu sindiket buruh kanak-kanak. Perghhh… Dasat ni. 

Tapi siapa Amin dan Amnad dalam drama Budak Tebing 2? Korang rasa apa yang akan jadi di tebing mereka nanti? Dapat ke mereka tumpaskan sindiket haram tu? Tak sabar betul nak tahu. Ish, buat orang berdebar la!

Ayah kandung Arif dan Yoyol masih hidup? Tetiba dia muncul depan pintu rumah selepas Arif dan Yoyol balik dari pengkebumian mak dia. Kenapa? Bukankah menurut mak ayahnya dah mati? Benarkan ayah nya dah insaf dan ingin menebus kesilapannya dahulu atau ayahnya punya motif tertentu?

Sebab tiba-tiba muncul secara tak sengaja bukan mudah untuk mereka menerima kembali ayahnya. Arif  lembut hatinya dapat menerima semula ayahnya namun tidak bagi Yoyol untuk terima kenyataan ini. Mesti ada scene air mata  touching nanti.  Macam mana pertemuan mereka sekeluarga? Korang agak Yoyol dapat ke terima ayahnya semula?

Sinopsis Drama BUDAK TEBING 2

Sinopsis Drama BUDAK TEBING 2

Bermula dengan kehidupan Tongki, Arif dan Talam selepas mereka gagal ke Pulapol (Pusat Latihan Polis). Tongki perlu menjaga ayahnya dan dalam masa yang sama perlu bekerja tetapi dia sering dikhianati. Manakala Arif pula terpaksa menghadapi kesulitan berhadapan dengan Yoyol yang enggan menerima kepulangan Afendi iaitu ayah mereka yang muncul secara tiba-tiba.

Selepas membatalkan hasrat ke London, Laura cuba mencari ibu kandungnya manakala Ira pula cuba membantu menyelesaikan masalah dua kanak-kanak gelandangan yang akhirnya membawa mereka kepada pendedahan sindiket dan dendam terhadap Budak Tebing.

Drama Budak Tebing Musim 2 di slot Lestary TV3. Dibintangi Adam Lee, Aedy Ashraf, Bella Dowanna, Eyka Farhana, Fariz Isqandar dan Firdaus Ghufran. Drama arahan Feroz Kader, terbitan Country Universal Sdn Bhd.

JUDUL : BUDAK TEBING 2
EPISOD :
TARIKH TAYANGAN : 18 Jun 2021
WAKTU SIARAN : Rabu-Jumaat, 9:00 malam
SIARAN TV : Slot Lestary TV3
PENGARAH : Feroz Kader
PRODUKSI : Country Universal Sdn Bhd
PELAKON : Adam Lee, Aedy Ashraf, Bella Dowanna, Eyka Farhana, Fariz Isqandar, Firdaus Ghufran, Imran Aqil, Zarina Zainuddin

Sinopsis Drama BUDAK TEBING 2

WATAK PELAKON
Adam Lee sebagai Arif
Aedy Ashraf sebagai Tongki
Bella Dowanna sebagai Laura
Eyka Farhana sebagai Ira
Fariz Isqandar sebagai Yoyol
Imran Aqil sebagai Pijoy
Firdaus Ghufran sebagai Talam

Kalau nak tahu, korang kena la tengok drama Budak Tebing 2 eh. Kalau korang tak nak ketinggalan untuk menonton setiap episod, dont worry!
Korang boleh tonton Online drama Budak Tebing 2 di iQiyi satu jam selepas tayangan di TV3!

Korang boleh tonton drama Budak Tebing 2 secara PERCUMA dan EKSKLUSIF satu jam selepas tayangan di TV3 melalui aplikasi iQiyi atau laman web www.iQ.com/local pada 18 Jun 2021 tau. Drama ini akan ditayangkan pada setiap hari Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam di TV3 dan 10 malam di pelantar iQiyi. Drama TV3 Budak Tebing 1 pun ada di iQiyi tau!

Related posts:

NICKELLSKIN SERUM Triple Stemcell | Cantik berseri bak artis Korea...

Crepe Ohhh Crepe Durian..!! Step by step membuat dan melipat crepe. montok-montok gitu~~

Sebab kotak baru Susu LAZZ ada Omar Hana laaa anak Nina...

Jom Masak dan Menang bersama Kicap Mahsuri... RM500 menanti anda setiap minggu!

Drama Movie Lifestyle Adam LeeAedy AshrafBella DowannaBudak Tebing 2Drama bestDrama sangatDrama Terbaik 2021Drama TV3Eyka FarhanaFariz IsqandarSinopsisSlot LestaryTV3

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (2)

  1. Sarip says:
    June 23, 2021 at 12:56 am

    cita ni viral, kisah pun bagus.. terbaik review akak…

    Reply
  2. Pingback: DRAMA AYAHANDA TV3 WAJIB TONTON! Sinopsis Full Episod Akhir

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2026 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes