Sapa suka popia? Popia antara menu kegemaran Nina sekeluarga. Cuma nya nak beli kat luar rasa macam tak berbaloi jer… Yelah…. Seketul pun dah 50sen. Inti lak macam ada macam tak. Huhuuu. . . .
Setakat seketul, memang tak puas makan, nak beli banyak dah jadi mahal lak. Anak kita kannn ramai awak.. Senang citer baik beli bahan dan buat sendiri. Makan laaa puas-puas yaaa anak-anak. 😊
Dah boring asyik popia inti sayur carrot sengkuang, kali ni Nina tambah ayam. Kebetulan ada extra burger, Nina guna jer burger. Kalau korang ada isi ayam lagi bagus.
RESIPI MUDAH BUKA PUASA
POPIA AYAM + MIX VEGE
Bahan-bahan
Kulit popia secukupnya
3 keping burger ayam
Sepeket mix vege
2 biji kentang – potong dadu
2 biji bawang merah – potong dadu
Garam secukup rasa
Sebiji telur – sebagai gam untuk melekatkan kulit popia
Bahan tumis – bawang merah, bawang putih
Minyak untuk menggoreng
Cara penyediannya
1-. Kulit popia dibiarkan suhu bilik seketika hingga mudah untuk dilipat
2-. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi. Masukkan burger ayam, sambil goreng pecah-pecahkan burger kepada ketulan kecil.
3-. Masukkan mix vege dan kentang, masak seketika, kemudian masukkan bawang yang dipotong dadu. Perasakan dengan garam secukup rasa. Tutup api. Tunggu sejuk.
4-. Letakkan inti di tengah-tengah atas kulit popia
5-. Lipat – tutup inti tersebut, lipat lagi kiri dan kanan lalu gulung. Hujung kulit popia letakkan sedikit air tepung gandum/putih telur agar hujungnya melekat
6-. Kemudian goreng hingga keemasan dan toskan
7-. Sedia dihidangkan bersama sos kegemaran.
Kalau korang nak lagi mudah, meh tengok video seminit step by step Nina masak. Jangan lupa click subscribe eh. ..
Ppsstt >>>> kalau ada leftover ayam goreng semalam, jangan dibuang. Sedap dijadikan inti popia. Tak caya cubalah…..
Menu ini pun sesuai buat menu open house ataupun bekalan anak ke sekolah. Buat intinya malam, lipat-lipat dan simpan dalan fridge. Esok goreng ajer… Siap!
Menarik gak buat guna daging burger gitu
Sedapnya popia vege, berkhasiat dan sungguh menyelerakan. Rajin kak nina ni ke dapur.
Its true Your poppy vege recipe is so delicious my wife try it at home and she made it so tasty