As’salam dan Salam Sejahtera … Selamat petang yang hangat ….. Punya lah terik cuaca di luar tapi dinginnya tekak Nina menikmati Puding Choc Oreo. Jangan tak caya …. sedappnyer Puding Oreo nie. Rasa lemak-lemak susu ditambah dengan rasa oreo yang ………
Isi Kandungan
hide
Perghhhh !! Sukar diungkapkan dengan kata-kata .. Ok laaa …. Nina pun tak dapat nak cerita panjang hari nie. Masa tak mengizinkan. Jom tengok resepi nyerr … amat mudah dan ringkas.
PUDING OREO
Resepi asal : kak Ros (Choc Oreo Jelly)
Bahan-bahan
1/2 paket agar-agar stripe atau ( Nina guna 1 paket serbuk agar-agar – 8gm)
6 keping biskut coklat Oreo ( inti krim putih keluarkan) Nina letak extra ~~
2 cawan air
2 cawan susu segar
1/2 cawan gula
1 ikat daun pandan
6 keping biskut coklat Oreo ( inti krim putih keluarkan) Nina letak extra ~~
2 cawan air
2 cawan susu segar
1/2 cawan gula
1 ikat daun pandan
Cara-cara
- Rendam agar-agar kira-kira 2 jam sebelum direbus, (Nina guna serbuk agar-agar lebih cepat dan mudah)
- kemudian masukkan 2 cawan air dan rebus agar-agar bersama daun pandan.
- Biarkan agar-agar betul-betul larut.
- selepas itu masukkan susu segar dan gula
- Letakkan serbuk oreo dalam acuan
- kemudian curah agar-agar di dalam bekas acuan yang sedia ada oreo tadi
- simpan sejuk dalam peti ais.
Kalau nak lapisan biskut oreo tu lebih tebal, boleh tambahkan kuantiti biskut oreo tadi.
Amat sesuai dimakan masa cuaca panas ataupun sebagai menu sampingan untuk anak-anak
Selamat mencuba.
tq share resepi puding oreo ni.rasa nak cuba buat utk anak2 yg mmg sukakkan oreo
As'salam Inazamri …
Selamat mencuba !! Gerenti anak2 sangat sukakan puding Oreo nie…
Lebih-lebih lagi, kita lah ~~~~ hehehe
asslm Nina…mmg sedap nmpknye puding oreo tu…QH nk amik yer resepi tu…
As'salam QH…
Sedappppp QH. Tanpa sedar dah banyak Nina telan rupanyer
Huhuhuhuuu …..
Silakan .. selamat mencuba!
Assalamualaikum, nak tanya,
Masa nak rebus tuh, kena toskan dulu ke air yang kita rendam agar agar?
Then, bila nak masukkan susu segar dan gula tuh, still kat atas api ke?
Terima kasih 🙂
Wa'alaikumussalam Farah,
For ur info, Nina menggunakan serbuk agar2. Lgi cepat dan mudah.
Kalau tuna agar2 stripe, rendam bagi kembang. Lepas tu Huang air rendaman dan ikut sukatan air yg diberi.
Ya, masak atas dapur gula dan susu.
I will try it.