Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Rawatan ubat batuk buat ibu mengandung
May 23, 2016September 8, 2023

Bahaya ke ibu mengandung makan ubat batuk?

Bahaya ibu mengandung makan ubat batuk | nak kongsikan pengalaman sebagai ibu mengandung. Baru-baru ni Nina kurang sihat, kesian kita tau… Nina batuk teruk hampir 3 minggu lamanya. Lama kann…?? Apakan daya, dugaan dan ujian dari DIA. Dok makan ubat je lalu terfikir bahaya ibu mengandung makan ubat batuk ? Risau!

Isi Kandungan hide
1 Bahaya ibu mengandung makan ubat batuk
2 Batuk teruk serah diri ke hospital – warded lebih baik untuk ibu hamil
3 Saranan doktor ubat apa yang terbaik untuk ibu mengandung
4 Prospan
5 Harga
6 Rasa
7 Sukatan
8 Bahaya ibu mengandung makan ubat batuk
9 Petua hilangkan batuk tanpa ubat
10 Kata Doktor Imelda Balchin
11 Cara hilangkan batuk secara semulajadi
12 Related posts:

Bahaya ibu mengandung makan ubat batuk

Masa mengandung ni, bila batuk amat lah seksa jiwa raga segala batin sengsara. Chewahh… Bukan apa, dengan tekanan tatkala batuk menekan-nekan hingga ke ruang perut, sakit ke tulang belakang, sakit kepala berdenyut-denyut memang sukar di ungkapkan dengan kata-kata.

Itu belum lagi dengan penat, mengah, semput.. Bab muntah-muntah usah cakap. Lebih teruk dari morning sickness . Tido malam pun tak lena…

Aduhh…. Dugaan sungguh! Dan lagi… segan nak citer bab terkucil memang tak tau nak sorok muka kat mana.. huhuuu . . . . Kannnn….??

Nina pasti korang akan sama terfikir macam Nina.. Boleh ke mengandung makan ubat batuk? kann…. Mesti macam takut jer.. macam risau jer… Iyer tak?  Bahaya ke ubat batuk kepada baby dalam perut?

Ok, meh Nina share kat korang… Masa Nina batuk teruk tuu, memula sebolehnya  Nina hanya cuba rawatan traditional. Puas laa dok makan madu, titis perlahan limah nipis, pantang makan dan macam-macam lagi.. Kengkonon tak mau makan ubat Batu. Risau, takut sangat …..

Rawatan ubat batuk buat ibu mengandung

Batuk teruk serah diri ke hospital – warded lebih baik untuk ibu hamil

Akhirnya, Nina terpaksa mengalah. Nina pegi Hospital Selayang dapatkan rawatan. Semput yang amat masa tu. Dua kali doktor bagi Nina gas. Dan kemudian kena  masuk drip air. Hydrated kata doktor. Yelah  asal makan jer muntah. Sabar jer laa….

Alhamdulillah selesai rawatan keadaan semakin pulih dan lega yang amat rasanya badan ni..

Kemudian Nina diberi ubat antibiotic, ubat kumur dan ubat batuk. Akan tapi, doktor kat Hospital Selayang cadangkan Nina beli ubat batuk lain kat farmasi sebab yang sedia diberi akan mengakibatkan rasa mengantuk sedikit. Walaupun dosnya tidak tinggi, bahan dalam ubat batuk ini akan mengakibatkan baby dalam perut juga mengantuk. Tak bagus untuk baby.

Saranan doktor ubat apa yang terbaik untuk ibu mengandung

Di semester bulan ke-7 , Nina dah mula catat pergerakkan baby. Sehari dalam tempoh 12jam baby perlu ada 10 pergerakkan. Kalau kita makan ubat batuk yang mengantuk, risau baby tak cukup pergerakkanya.

Ubat batuk Ibu Mengandung Prospan Selamat

Prospan

Inilah nama ubat batuk yang selamat untuk ibu mengandung dan juga untuk kanak-kanak. Prospan sangat rendah dos. Berasaskan herba. Tiada alcohol dan bahan pewarna. Doktor yang cadangkan Nina beli kat farmasi. Gigih laaa Geng cari kat beberapa farmasi.

Harga

Tak mahal mana pun… sekitar RM20 jer sebotol. Kalau korang biasa beli kat farmasi ubat batuk jenis lain, sekitar kurang RM10 yang ni mahal sikit jer tapi sangat berbaloi-baloi sebab selamat untuk ibu dan baby.

Rasa

Rasa ubat batuk Prospan ni sedap! Tak sama macam ubat batuk biasa yang pekat likat. Prospan ni rasanya sangat ringan light berangin. Selesa lalu kat tekak. Nyaman… Sebab sedap terasa macam nak gogok sebotol terus! haippp….!! Jangan buat ehh…

Sukatan

Korang rujuk dengan doktor atau farmasi. Kalau ikut sukatan yang dilampirkan katanya 2-3 sudu teh. Nina minum 10ml / 3kali sehari. jangan memandai makan lebih. Nina nak pesan… kalau batuk tak baik, pegi laa jumpa doktor. Kemungkinan ada jangkitan lain yang lebih serius dan perlukan rawatan yang lebih lanjut. Jangan malas ok!

Bahaya ubat batuk ibu mengandung
Ini ubat batuk yang doktor bagi.. Tapi ngantuk sikit. Eh banyak sebenarnya. HAhaa.. Nina dah cuba tapi tak berkesan sebab tu Doktor sarankan Nina tukar ke Prospan.

Bahaya ibu mengandung makan ubat batuk

Syukur Alhamdulillah, setelah dua hari Nina makan ubat batuk Prospan ni bersama ubat antibiotik yang doktor bagi batuk Nina dah baik. Lega sangat dah sembuh dari sengsara. Indah dan nikmatnya rasa.. idok ler semput dan terkucil lagi hehehe . . .

Buat ibu mengandung, kita perlu ketahui apa saja jenis ubat yang boleh dan tidak sepatutnya kita makan. jangan sebarang belasah jer ehh.. Tanya doktor dulu. Sayangi diri dan baby. …

Pesanan ringkas ini tidak ditaja oleh sesapa pun.. hahah…  **macam ayat iklan kat TV lak** ok, poyo!

Rujukan : Kalau korang sama macam Nina, sangat mengambil berat apa yang kita makan, sila gigih  buka dan baca  Website Prospan untuk lebih lanjut. Tak rugi untuk ambil tahu. Note : Ada dinyatakan tiada kajian keberkesanan Prospan ni maka atas pilihan sendiri . Nina pun ikut saranan doktor.

Petua hilangkan batuk tanpa ubat

Oh ya, Nina bukan doktor, ini sekadar  perkongsian info,  ikhlas dari Nina buat yang memerlukan..  🙂

Sedikit Tips dan Petua Hilangkan Batuk Tanpa Ubat Secara Semulajadi yang boleh juga korang cuba dan amalkan. Ini berdasarkan pengalaman peribadi Nina sendiri. Secara saintifik takde , cuma Nina cuba dan usaha anggap ianya sebagai herba ulam-ulaman seperti mana sejak zaman nenek moyang kita dah amalkan. Terpulang . . .

Update sumber dari Doktor Emelda Balchin : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10158639891801659&id=679746658

Kata Doktor Imelda Balchin

Hari ini saya nak bagi satu petua natural remedy tanpa ubat untuk melegakan batuk dan sakit tekak untuk ibu hamil dan ibu yang menyusukan bayi, dan juga kepada followers lain yang mahukan kaedah natural remedy. Ambil satu sudu madu bersama dua atau tiga sudu perahan lemon 🍋 dan kacau ke dalam satu gelas air suam dan minum. Sangat melegakan!

Inilah caranya Pak Mart dan saya selalu buat jika dapat batuk selsema. Memang best. Anak-anak kami dari kecil sampai Besar jika ada batuk selsema, kami beri mereka air suam bersama honey dan lemon.

Tetapi, perlu ingat satu saja larangan, jangan bagi madu kepada bayi sebelum usia 1 tahun, sebab sudah ada kajian yang menunjukkan di dalam 10% madu, terdapat spora botulinum yang boleh memudaratkan bayi.

Semoga ilmu pengetahuan ini bermanfaat untuk anda.
Dr Imelda Balchin
Pakar Obstetrics & Gynaecology
Subspecialist in Maternal & Fetal Medicine
Masters in Public Health

Cara hilangkan batuk secara semulajadi

cara hilangkan batuk

Selain cara di atas, korang pun boleh cuba cara hilangkan batuk tanpa ubat ini. Ada pelbagai cara, dan bahannya mudah didapati. Cuba lah! Mana lah tahu kot berkesan untuk korang. Apapun kita ikhtiar dan berusaha, selebihnya Allah yang menyembuhkan. Semoga cepat sembuh! Aamiinnn . . .

Related posts:

Sebab Resipi Kek Pisang ku dibuang! Sedihnya...
TIPS CONTOH SOALAN UJIAN PKSK UKKM MRSM SBP RMC PENGALAMAN EILMAN
Oppsss..! Entry terperam.. Happy Birthday to 'My beloved Gang'...Red Velvet Cake ker nie....?? Awat ...
Workshop MYRYL : Warna dan Kerjaya... Pentingkah kita ketahui warna personaiti kita?
Lifestyle Parenting Tips bahaya ubat batukCara Hilangkan BatukIbu mengandungPetua hilangkan batukProspanRawatan batuk ibu mengandungrawatan tanpa ubatubat batuk rendah dosUbat batuk selamat untuk ibu mengandungUbatan untuk ibu mengandung

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (8)

  1. Jueliza says:
    May 23, 2016 at 2:07 pm

    Jue ritu batuk sampai terkucil2 gak.. pergi klinik doc bagi ubat baru ok.. tu pun 2, 3 kali makan jer dah ok.. kalo tak nak tido pun susah.. seksa betul.. punya degil tak nak g hospital kangkena admit sapa nak jaga bebudak ni.. masa batuk tu kan tekanan kat perut sampai ada lendir2 darah.. nasib takder apa2.. huishhh bahaya sungguh batuk time preggy ni..

    Reply
  2. YB Shehan says:
    May 23, 2016 at 2:20 pm

    memang teruk akk batuk hr tu. hmm.. moga cpt sht

    Reply
  3. Anuar says:
    May 23, 2016 at 4:33 pm

    Biasanya isteri akan ikut jer nasihat Doktor… Kalau doktor bagi makan ubat batuk, isteri akan makan…. Biasanya doktor nasihatkan, jangan ambil dos yang berlebihan…

    Reply
  4. ina says:
    May 23, 2016 at 4:42 pm

    Prospan ni mmg sedap, tp susah nak dpt kat klinik panel.. kadang siap kirim kat adik ipar.. sibaik ler… ada adik ipar kije spital..huhuhu

    Reply
  5. Shiqeen Sattar says:
    May 23, 2016 at 6:36 pm

    Hurmm risau jugak kan kalo tak tau..

    Reply
  6. Mama Kembar 3 says:
    May 23, 2016 at 6:41 pm

    Good sharing nina. Bagus ambik tahu dulu sblm makan apa apa ubat pun, better be safe than sorry

    Reply
  7. Norliza Nordin says:
    December 10, 2017 at 9:22 am

    Ubat yg kedua tu same doc bagi..so selamatlaa makan..

    Reply
  8. Dura Norell says:
    December 10, 2017 at 10:17 am

    A ah, time mengandung macam-macam ubat nak kene jaga, takleh main sebat je☺️

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2023 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes