As’salamualaikum dan Salam Sejahtera… Sedar tak sedar tinggal beberapa hari aje lagi dah nak mula nya bulan Ramadhan. Pastinya Buffet Ramadhan antara carian utama kat Google. Maklumlah, kat KL ni ramai yang memenuhi tuntutan kerja yang extreme. Kerja didahulukan dari segalanya. Iyer tak? Busy keje tak sudah…. Buffet Ramadhan 2016 Restoran Istana Bambu sedap berpatutan
Nina pasti yang workaholic akan memilih jalan mudah untuk berbuka adalah ke Buffet Ramadhan aje. Selain pilihan hotel kat serata KL yang banyak menyediakan buffet Ramadhan antaranya di Bestnya Buffet Ramadhan 2016 di Seri Pacific Hotel , Restoran juga tak kurang hebatnya buffet mereka.
Semalam Nina ke preview Buffet Ramadhan 2016 di Restoran Istana Bambu yang terletak di MRR2 (dari Batu Caves arah ke Ampang belah kiri). Bertemakan ‘Indahnya Ramadhan’, menyajikan pelbagai menu yang pasti membuat korang tak sabar nak berbuka puasa nanti.
Apa tak nya.. Dari masakan kampung tradisional hingga lah ke Chinesse food pun ada! Ada lagi…. Masakan Arab, Thai juga ada…!! Pastu kann, ada kambing golek.. Hah Ha… Dah terbayang-bayang lah tuuu. Acecehhh…. Hehee . . . .
Mesti korang nak tengok menu Buffet Ramadhan mereka dulu kann…. Meh Nina kasi korang cuci mata dengan menu yang Restoran Istana Bambu sajikan… Jeng jeng jenggg >>>> sedia mula! Restoran Istana Bambu Iftar Ramadhan 2016 banyak sedap berpatutan
Menu Utama (Seafood)
Antara menu masakan utama yang disajikan kat Restoran Istana Bambu Prawn Butter Sause, (sedap seyhh udang dan sos nya), Salted Egg Squid, Deep Fried Ikan Sambal Cili, Tomyam Seafood (yang ni sedap) dan Lala Thai Style.
Menu Utama (Nusantara)
Yang ini pula ala masakan kampung yang pastinya membuat korang terkenang-kenang akan kampung halaman nun jauh di mata. Sambil berbuka dalam hati nanti nangis rindu kat Mak! Huhuu…. Huwaaaa…. Ok, poyo! Abaikan….
Meh tengok antara menu yang dihidangkan tuk Buffet Ramadhan Istana Bambu. Antaranya Ikan Patin Tempoyak, Daging Salai Masak Lemak, Ulam-ulaman bersama pencecah Sambal Tempoyak, Sambal Belacan, Budu dan macam-macam lagi…
Selain tu, Restoran Istana Bambu ada menyediakan beberapa stall (banyak stall dia) yang akan membuat korang buntu nak makan apa nanti… Ada stall Kambing Golek, stall Stemboat, stall Ikan Bakar, stall Western, stall Noodles, stall Kerabu (aduhh…. Sedapnya kerabu mangga dia), stall minuman (ada cendol, air panas, air sejuk, ice-cream), stall Kuih-muih (giler laaa banyak sangat pilihan)… Gerenti laaa korang termanggu kat sana nanti!
Ahaaa… betul tak Nina cakap macam-macam ada…!! Samada korang larat tak larat je makan nanti. Sebaiknya ambik laa sikit-sikit dan dapat merasa semua. Jangan membazir ehh…. (tu kan amalan syaitonnirrajimmmm) jangan ikut naa… Buffet Ramadhan 2016 Restoran Istana Bambu menu sedap. Berpatutan
Surau
Kat Restoran Istana Bambu ni paling Nina suka disediakan surau yang amat selesa untuk pelanggan. Cantik lak tu… Berkonsepkan buluh ala kampung. Sambil berbuka nanti, korang boleh laa nak solat dulu atau rehat kejap solat dan kemudian makan lagi..!! hehe . . .
Parking
Tak payah risau… Ruang parking yang luas dan banyak, kat sekeliling kawasan Restoran ni amat memudahkan pelanggannya.
Ruang Makan yang selesa
Hurmm… Ini yang paling Nina suka. Ruang yang luas, banyak, selesa. Korang ada banyak pilihan. Samada korang nak dok kat dewan – meja kerusi ala buluh kat perkampungan atau pun dok bersila santai bersama keluarga kat gazebo yang menenangkan. Kalau tanya Nina, paling suka dok kat gazebo. Senang nak control anak-anak sambil suapkan si kecik makan. Abahnya suap sendiri ehh…. #ehh… Hahaha…!!
Menu Buffet Ramadhan 2016 Istana Bambu
Harga
Waktu Operasi
Bermula 6petang-10malam
Untuk tempahan hubungi :-
Haa…. Yang ini amat disarankan sebaiknya korang tempah awal-awal sebab selalunya memang penuh. Janganlah main terjah jer ehh.. Nanti tak de tempat kesian lak kat korang. **Jangan cakap Nina tak pesan ehh**
Katering
Selain menyajikan Buffet Ramadhan, Restoran Istana Bambu juga menyediakan katering untuk Majlis Kawin, Majlis Hari Jadi, Jamuan Korporat pun boleh… Nanti kalau korang nak buat ‘Open House’ pun dah boleh mula buat tempahan. (jangan lupa ajak Nina tau..) hehee . . .
Kot korang masih nak intai-intai menu dan info berkenaan Restoran Istana Bambu :-
Alamat
** tak susah pun nak ke Restoran Istana Bambu ni, korang waze jer**
Ikut MRR2 (dari Batu Caves arah ke Ampang sebelum flyover simpang Keramat ikut bawah (kiri), korang terus akan nampak Restoran belah kiri)
Amacam…?? Lepas ni korang dah ada banyak pilihan Buffet Ramadhan yang korang nak terjah. Kot nak cuba lak berbuka kat restoran yang santai dan selesa bersama keluarga boleh lah datang Restoran Istana Bambu.
Akhir kata, buat yang belum ganti puasa sila ganti dulu yaa…. Jangan dok usha Buffet Ramadhan jer dulu.. hehe . . .
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubabaraq buat semua… Restoran Istana Bambu Buffet Ramadhan 2016 sedap berpatutan
wah…kak best kan…rasa nak p lagi…nk duduk kt gazebo…mesti best kan.
Kambing golek tuuuu. T.T
Uniklah restoran Istana Bambu ni… hidangan pun nampak cukup menyelerakan..
Tentu ramai orang suka berbuka puasa dkt sinii..
Teringat kerabu mangga.
Best rasa mcm kat kampung
Kambing golek tu seksi
Wow.. this is looks so so yummy. Can’t wait to cook for my kids, they would absolutely fall in love with this one.
Love your blog.
hooo nak kena cuba jugak nih