Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Nak Kurus PLANK senaman
November 19, 2020November 19, 2020

Nak kurus? Tahu tak PLANK senaman paling mudah bagus di amalkan

Plank! Korang tahu tak Plank.  Ya plank merupakan antara senaman paling mudah dan bagus di amalkan. Nak Kurus PLANK senaman jer

Isi Kandungan hide
1 Macammana senaman Plank?
2 Plank yang betul sempurna adalah dari kepala hingga kaki
2.1 Cara untuk menahan posisi senaman plank lebih lama
2.2 Tips dan peraturan stay lama posisi plank
3 5 Kelebihan Plank
4 Nak Kurus PLANK senaman
4.1 Related posts:
5 Makan Malam di WARISAN AYAH 3Q STATION terbaik! Ehh .... Breakfast pun sedap kat sini.....
6 Resepi mudah tatkala kebuntuan tak tau nak masak apa.. Ayam Masak Halia Chinese Style
7 Ayam Goreng Kicap Lemak Manis
8 Bazar Perdana 10 Binjai PNB Buffet Ramadhan meriah!

Asalnya Nina pun tak berapa tahu tentang ni, memandangkan anak Nina no.2 ada join team pelapis sukan menembak Selangor,  so ilmu ni Nina peroleh dari Coach dia. Bila dah tahu seronok Nina nak kongsikan ngan korang sebab tak susah pun senaman Plank ni. ..  

Macam anak Nina, senaman plank ni bagus dalam memberi daya fokus mereka semasa menembak dan mengekalkan body stay lama semasa berdiri dan bernafas dengan tenang sempurna. Gitu laa fahaman Nina. Selebihnya Nina pun tak expert.

Macammana senaman Plank?

Nak Kurus PLANK senaman

Plank adalah salah satu latihan yang paling berkesan dan pada masa yang sama paling sukar untuk menguatkan semua bahagian kritikal badan: perut, glute, paha, dan lengan. Sekiranya plank dilakukan dengan betul, ia akan menguatkan fleksibiliti dan postur badan, serta otot perut dan shoudler gridle.

Hurmmm . . . Macam susah faham lak kannn?
Senang citer korang meniarap macam pumping dan stay posisi gitu pada kiraan dalam 2 minit. 

Plank ni efek dia keseluruhan anggota badan kita. Dari kepala hingga lah ke hujung kaki. Ya dengan hanya posisi meniarap ala pumping selama 2 minit sehari mampu beri efek seluruh badan kita. Menarik kann?

Plank yang betul sempurna adalah dari kepala hingga kaki 

1. Kaki bersama (semakin lebar kaki, semakin besar permukaan penyokong, semakin mudah latihan dilakukan)
2. Lutut dilanjutkan
3. Pelvis condong sedikit ke belakang
4. Tulang belakang dalam garis neutral / lurus
5. Bilah hampir terpisah sepenuhnya dan dalam putaran luaran (anda mencapainya dengan menolak tangan ke lantai)
6. Kepala dan leher di bahagian belakang tulang belakang (melihat ke bawah dan mendekatkan dagu anda ke badan)
7. Siku tepat di bawah bahu
8. Lengan lengan selari
9. Penumbuk dikepal
10. Bernafas dengan betul !!! (dengan menghirup dan menghembus nafas panjang, baik melalui hidung anda; hirup ke bahagian tulang rusuk rendah dan hembuskan dengan membawa pusar anda ke tulang belakang)

Apabila berada dalam posisi plank , korang tak perlu memikirkan masa yang korang mahu habiskan tempoh plank. Nanti lagi rasa lagi lama nyaaaaaaa 2 minit! HAhaa

Sebaliknya fikirkan untuk mengaktifkan set otot yang betul semasa melakukannya. Lebih baik melakukan lebih banyak set daripada menahannya terlalu lama.

Cara untuk menahan posisi senaman plank lebih lama

1.  Letakkan siku di atas lantai, manakala pergelangan tangan di depan selari dengan siku
2.  Dengan menggunakan tangan, angkat tubuh ke atas dengan posisi leher lurus. Posisi kaki pula lurus kebelakang. Cuma hujung kaki jer menyentuh lantai
3.  Pastikan badan lurus dan tahan otot perut.
4.  Tahan posisi ini sambil terus bernafas. Jangan stress dok fikirkan masa. Relax!
5.  Lakukan sesuai mengikut kemampuan korang. Mungkin memula mampu tahan 10 saat jer its ok . . . Besok besok tambah lagi masa jadi 20-30 saat dan kemudian lelama InsyaAllah mampu capai 2 minit – 5 minit. 
6.  Selain posisi yang biasa ni, korang boleh try buat posisi plank yang lain. 

Nak Kurus PLANK senaman

Tips dan peraturan stay lama posisi plank

1.  Menjaga punggung daripada kendur. Luruskan badan. 
2.  Mengalihkan fokus (dan badan) korang daripada merasakan tekanan pada sendi korang. Sebagai gantinya, kencangkan otot perut sekeras yang korang boleh (tegangkan mereka seolah-olah seseorang akan menumbuk perut korang), kemudian turunkan abs , tekan siku ke belakang, menyiringkan pinggul, dan tekan pelekat korang.

Dari sini hanya mengenai hubungan minda-badan. Tarik perhatian korang  untuk menegangkan otot-otot itu dan ketika itulah tahap kekuatan, fizikal, dan kecergasan akan berubah sepenuhnya.

Hurmmm… rasa macam susah jer?
Its ok! Memula memang makan masa. Mungkin sebab korang memerlukan beberapa hari untuk mencuba sebelum sistem saraf  merangsang serat otot tersebut, tetapi bila dah selalu buat, lebih kerap , lelama ok punya laaa 

5 Kelebihan Plank

1.  Tingkatkan fleksibiliti badan
2.  Memperbaiki postur badan
3.  Mampu kempiskan perut
4.  Tingkatkan metabolisme badan +  burn more kalori
5.  Relax kan minda lebih tenang dan positif   

Tapi ada juga yang tak suka senaman plank ni sebab ada yang kata macam bosan jer! Yelah, tak de apa-apa pergerakan, stay posisi pumping gitu jer kannn. HAhaa . . .

Bagi Nina, plank antara senaman kegemaran Nina sebab mudah, tak perlu apa-apa alatan sukan dan boleh dilakukan di mana saja dan waktu bebila pun..

Contoh sambil tonton TV ker.. Tau tau jer eh ehh.. dah sejam plank! HAhaa.. ok tipu.  Tak tercapai pun sampai sejam!
Atau korang boleh jer buat selepas bangun tido atau sebelum tido. 2 minit dah settel . Lagi lama lagi bagus!

Bahaya Bersenam Waktu Malam

Baca : Alamak! Bahaya ke bersenam waktu malam

So apa pun jenis senaman, terpulang pada setiap individu
Yang penting ada buat! Kesihatan yang sihat tak mampu dinilai dengan wang ringgit. Jommm mulakan dengan plank!

Sejujurnya nak kurus memang bukan mudah! Sebab Nina pun dah naik di pam pam badan ni🤣🤣
So take note yaaaa.. Dengan hanya lakukan senaman plank tak akan mampu menurunkan berat badan sebab yang paling utama adalah JAGA PEMAKANAN.

Rindu nya aktiviti masa Nina join JK1M Jom Kurus Team Kapten Black
Bak kata Kapten Black, fokus lah nak sihat. Kurus tu bonus!

Ppsstttt…. Baca : Tips dan cara mudah hilang kan perut buncit

Salam ikhlas,
Nina Mirza

Nak Kurus PLANK senaman

 

Related posts:

Makan Malam di WARISAN AYAH 3Q STATION terbaik! Ehh .... Breakfast pun sedap kat sini.....

Resepi mudah tatkala kebuntuan tak tau nak masak apa.. Ayam Masak Halia Chinese Style

Ayam Goreng Kicap Lemak Manis

Bazar Perdana 10 Binjai PNB Buffet Ramadhan meriah!

Lifestyle Tips Info - kesihatankebaikan manfaat senaman plankNak FITnak kurusnak sihatPlankTIPS dan cara kekalkan posisi plank lebih lama

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (9)

  1. akashah says:
    November 19, 2020 at 8:38 am

    selalu jd posisi salah no 3 tu

    Reply
  2. Mizi says:
    November 19, 2020 at 10:49 am

    Rajin betul senaman

    Reply
  3. Yaya Azura says:
    November 19, 2020 at 4:24 pm

    plank yang simle ni pun kita rasa susah..acaner ni kak nina?

    Reply
  4. Huda says:
    November 20, 2020 at 12:30 pm

    rindu juga JK1m. best senam dengan coach dan ada team

    Reply
  5. Nadia johari says:
    November 20, 2020 at 7:15 pm

    Nad pun tak pernh buatvplank ni.. Kalau biasa buat nampak mudah je. Boleh sesekali buatvkan

    Reply
  6. Aisya Ismail says:
    November 25, 2020 at 8:39 am

    Mudah dan penat. hahaha!

    Reply
  7. Pingback: BRISK WALK senaman paling mudah untuk sihat
  8. Pingback: JANTZEN AIR MINERAL SEMULAJADI BUANG TOKSIK DALAM BADAN
  9. Pingback: CARA KIRA BMI | TIPS DAPATKAN BERAT BADAN IDEAL

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes