BRISK WALK SENAMAN PALING MUDAH
Brisk Walk pepagi tadi
Punya lah terik ari ni
Rasa dah takde nya der sun kissed tapi dah tahap kena rawat sunburn! Naya. HAhaaa
Masa balik muka memasing merah padam. Its ok, cahaya matahari pagi sebelum 10 pagi bagus sebab adanya khasiat Vitamin D. PERCUMA jer! Nikmat dari Allah, Alhamdulillah.. Rugi sapa dok berkurung pepagi
Apa itu brisk walk ?
Ia merupakan aktiviti berjalan dengan cepat dan dilakukan sebagai salah satu cara untuk meningkatkan tahap kecergasan dan gaya hidup sihat.
Berbeza dengan kebanyakan senaman yang lain brisk walking merupakan aktiviti yang sangat rendah risiko kecederaan dan juga tidak memerlukan sebarang kos.
Jalan-jalan je.. Jalan laju ya bukan jalan macam pi window shopping tu tau!
Kelebihan BRISK WALK Senaman paling mudah riadah bersama keluarga eratkan kasih sayang. Vitaman D cahaya matahari bagus untuk tingkatkan tahap kesihatan.
Tidak dinafikan! Boleh dikatakan ni laa aktiviti kitaorang pepagi selepas Geng pi keje.
Kekadang brisk walk sekitar kawasan rumah je, tak pi jauh pun… Cuma sesekali saja ambik angin bawak anak-anak ke Taman.
Antara taman favorite Nina – Taman Metropolitan Kuala Lumpur. Sini kawasannya luas. Sesuai untuk riadah bersama keluarga. Selain jogging atau brisk walk, korang boleh sewa basikal, main layang-layang sesuai sangat! Best
See betapa punya terik
Konon nak selfie sudahnya nak pandang atas pun ollehh! Pastu ni je picture reramai yang hado. Lantak laaa.. post jugak as kenangan
Anak no.1 dan 2 dah besar dah.. Dah boleh share tukar-tukar baju. Buat masa ni size S , jimat tshirts. Share ngan kakak, share ngan Eilman. Paling best kalau baju tido Nina suka rembat tshirts Geng. Hehe..
Cuma kasut dia je tak leh share dengan Eilman. Panjanggggg nau kaki dia
Cepat nya masa berlalu.
Kejap depa dah besar, dah tinggi dari mama!
Eilhan steady round satu Taman.
Ingatkan dia dah penat, dah nak ending mintak nak main kat playground. Eerkkk…
Nanti-nanti dulu laaa sayang, tak rugi pun tak main situ. Healthy first. No touching-touching. Terus di faham.
Sian anak-anak sekarang, banyak nau pantang larang terutama Bab SOP
Bertabah laaa sayang. Moga semua ni cepat berakhir
Dan korang still dapat nikmati keseronokan zaman kanak-kanak macam dolu-dolu semula.
Aamiinnn
KELEBIHAN FAEDAH BRISK WALK
senaman paling mudah untuk sihat
Buat yang aktif melakukan aktiviti brisk walking sebanyak beberapa kali dalam seminggu mereka akan alami beberapa perubahan positif dalam masa yang pendek.
Salah satunya ialah brisk walking mampu menurunkan tekanan darah serta membantu mengurangkan risiko menghidap diabetes type 2.
Secara dasarnya brisk walking merupakan salah satu aktiviti intensiti sederhana aerobik intensiti.
Centers for Disease Control and Prevention (CDC) di Amerika Syarikat mengklasifikasikannya sebagai aktiviti yang mampu membuat seseorang berpeluh dan meningkatkan kadar degupan jantung yang masih mampu membuatkan mereka bercakap tetapi tidak menyanyi.
Dalam erti kata lain senaman brisk walking bukanlah jenis berimpak tinggi yang membuatkan indvidu melakukannya boleh tercungap-cungap. Kebiasaannya aktiviti brisk walking bergerak pada kelajuan maksimum 7.24 km/j.
Melakukan senaman brisk walking secara rutin setiap hari pula mencukupi dilakukan selama 30 minit sahaja. Tak susah pun nak sihat kannn?
Kelebihan Brisk Walk
Buat apa pun perkara baik ada manfaat dan kelebihannya. Brisk walk punya banyak kelebihan. Antaranya
- Memperbaiki sistem jantung.
- Membantu untuk turukan berat badan
- Mengawal sistem tekanan darah
- Meningkatkan peredaran darah
- Mengurangkan risiko terkena diabetes
- Menguatkan tulang
- Memperbaiki sistem pencernaan
- Mengurangkan kadar stress
- Menaikkan mood / emosi yang baik
- Memperbaiki sistem memori
CARA BETUL DAN KETAHUI TEKNIK TERBAIK BRISK WALK
Senaman Paling Mudah
Walaupun brisk walking tidaklah sukar dilakukan namun terdapat beberapa cara dan tip yang baik boleh korang ikuti.
- Mulakan dengan susunan berikut iaitu warm up sebelum melakukannya dan cool downn bila sudah hampir berakhir dengan memperlahankan rentak berjalan.
- Pastikan bahu sentiasa di bawah dan lakukan langkahan dengan relaks dan lurus
- Lakukan langkahan dengan kaki ke depan dari tumit.
- Bila sudah selesa boleh cuba tingkatkan tahap kesukaran dengan kawasan berbukit atau mendaki
Andai kata kaki terasa sakit selepas melakukan brisk walk, rendamlah kaki di dalam air suam atau lakukan urutan untuk meredakan sengal otot.
Selain brisk walk , korang pun boleh cuba buat plank.
Ya plank juga bagus di amalkan. Tahu tak buat Plank pun mampu turunkan berat badan, body pun firm!
Baca : Plank senaman paling mudah bagus di amalkan. Boleh kurus juga tau! Body firm cantik
Tahap pembakaran kalori pula bergantung kepada berat seseorang dan juga beberapa faktor lain. Sebaiknya korang kena ada sebuah jam sukan. Atau bahasa omputeh untuk korang search kat online fitness smart watch. Amat bermanfaat untuk catat aktivti dan tahap kesihatan korang. Pasti korang lagi seronok , teruja nak bersukan bila tengok tahap kecerdasan korang hari demi hari.
Selamat berjalan!
Oh ya, jalan-jalan tu jangan lupa pakai sunscreen. Review sunscreen muka paling bagus best terbaik murah pilihan Nina. Dah pernah pakai dari mahal ke murah, harga B40, M40, T20 semua dah cuba. Paling best sunscreen WARDAH UV Shield Essential Sunscreen Gel SPF 30 PA+++ ni laaa
Okies, settel brisk walk untuk hari ni. Rasa nya done 5km kot pusing satu Taman Metropolitan Kuala Lumpur. Jadi laaa.. Anggaran dapat lebih 6000 step dah. Ini lah cara bakar kalori dengan mudah style Nina. Sempoi je kann? Ok, besok rest. Rindu nya nak hiking. Sapa leh temankan?
Kiranya senaman santai-santai sahaja..
Dok plan nak brisk walk ngan anak-anak gak tp tu laa….masih sekadar plan ja hehehehe
Baru buat brisk walk tapi buat petang. Teringin juga buat pagi. Nanti kena usahakan.