Sapa pakai BB Cream? So far yang korang dah pernah pakai, BB Cream apa yang best? Kalau tanya Nina, opkos BB Cream Cosmoderm BEST sebab Nina pengguna tegar produk Cosmoderm!
Korang ada pakai sunscreen tak tuk muka korang? Penting tau sunscreen ni. Terutama sekali sebelum keluar rumah. Sunscreen ni kann dia macam sunblock gak. Melindungi kulit korang daripada UV rays ; UVA & UVB . Jangan lak mengade-ngade korang tanya apa itu UVA & UVB. Bababb kang…
Korang tau tak bahaya UV pada kulit wajah kita? Bahaya weyy …!! Nina tak berani keluar rumah tanpa pakai sunblock atau apa-apa krim muka yang ada SPF.
BB Cream apa yang best ?
Hari tuu Nina ada cakap nak share ngan korang produk apa Nina pakai tuk lindungi kulit muka Nina dari sinar UV yang bahaya ni kann…?? Nah … Nina tunaikan janji
Nina ni orang nya simple jer. Kengkonon sibuk , tak kuasa nak pakai produk yang banyak step by step. Lepas cuci muka, toner , Nina sapu jer kat muka BB Cream yang ada SPF. Korang tau tak maksud BB Cream? Buat yang tak tahu, BB Cream ni maknanya – BB untuk ‘Blemish Balm’. Anggap aje macam pakai sunblock. Tapi manfaat BB Cream lagi banyak dan bagus dari sunblock.
BB Cream Cosmoderm
Inilah BB Cream yang dirumus dengan minyak tea tree, minyak jojoba, kulit kayu manis dan glutathione. Ia dapat membantu menutup cela/jerawat serta boleh dipakai sebagai asas mekap. Selain itu kandungan SPF 35PA+++ di dalamnya bertindak sebagai perlindungan berpanjangan terhadap sinaran UVA & UVB.
Kenapa BB Cream Cosmoderm jadi pilihan Nina ?
BB Cream Cosmoderm BEST !!
Nina jatuh cinta ngan tekstur nya yang ringan , tidak melekit dan cepat meresap. Pastu kan, walau dah berpeloh-peloh tak bercapuk pun. Dengan adanya SPF 35PA+++, Nina jimat banyakkk..!! Satu produk aje dah melengkapkan rutin penjagaan wajah Nina lepas pakai toner. Mak mak kan paling obses ngan penjimatan. Hehe…
Halal lagi berkualiti – Produk Cosmoderm ni korang tak payah cakap laa… Cop sijil halal terpampang kat setiap produk depa. Yakin dengan Cosmoderm!
Harga mampu beli. Maklum lah Nina kann surirumah jer, idok ler pakai yang berjenama obersi tuu.. Harga ratus-tatus dah macam pokok kektus mau nangis dibuatnya. Huhuu… Tapi dengan BB Cream Cosmoderm yang mampu dimiliki oleh sesapa pun, memang jadi pilihan!
Ni nak share ngan korang… BB Cream Cosmoderm ni kan bukan sekadar cream biasa yang berfungsi macam sunblock tu. Ada 5 dalam 1 kebaikkan kat dalamnya .. Mudah lagi jimat giler lah pakai ni..!!
Kebaikkan 5 dalam 1 BB Cream Cosmoderm
1 – Pelembap
• Inilah BB Cream yang dirumus dengan minyak tea tree, minyak jojoba, kulit kayu manis dan glutathione. Mudah diguna untuk asas mekap atau kemasan tanpa mekap. Sesuai buat pakai harian.
2 – Bedak Asas
• Didapati dalam tiga tona warna – Nude (tiada warna – sesuai untuk lelaki dan wanita), Natural Pink/ Putih Merah dan Natural Beige/ Kuning Langsat. Pilih warna ikut kulit muka leh jadi foundation. Jimat!
3 – Tabir Suria
• Perlindungan tabir suria sinaran UVA dan UVB SPF35PA++ yang tahan lama
4 – Kawal Minyak
• Tea Tree Oil bertindak membantu mengurangkan dan mengawal minyak
5 – Anti-Jerawat
• Tea Tree Oil juga membantu dari tumbuhnya jerawat.
Cara penggunaan BB Cream Cosmoderm
Senang jer korang … Picit sikit kat hujung jari pastu tap tap sikit kat area dahi, pipi, dagu pastu korang sapu rata kan ke seluruh pada wajah korang. Itu aje … Nak melawa cecantik, korang tabur loose powder. Kalau terover rajin, Nina tak korang pakai lah step by step make up tebal korang. hehe
Tips : – Sebaiknya korang sapu 30minit sebelum korang nak keluar rumah.
Kat mana nak beli BB Cream Cosmoderm ?
Senang jer… Samada korang boleh dapat kat farmasi terpilih atau lagi senang korang order online. Senang tak payah korang nak keluar rumah, bawak kereta, parking, pilih-pilih *pastu terbeli tah apa-apa yang tak penting gak* kannnn…?? Acecehh… tak yah tipu. Nina pun kalau sok dalam farmasi, 3 jam macam tak cukup nak belek-belek dalam tuh! Haha.. Paling senang korang beli online jer… lagipun kat Web Cosmoderm selalu gak ada promosi tau!
Bagi Nina kann… Bila dah sapu BB Cream Cosmoderm ni, terasa muka ni dah di lindung bak perisai cermin tinted gelap gitu. Haha.. Lebih yakin dan selamat!
Hari tu masa Family Day KBBA9 2017 kat Legend Cherating Nina pakai BB Cream Cosmoderm. Tak de sunburn dan tona warna kulit muka Nina maintain rata gitu. Alhamdulillah.. Terima kasih Cosmoderm!
Kot korang rajin nak mentelaah lebih lanjut, korang pi kat www.cosmoderm.com.my atau facebook : www.facebook.com/Cosmoderm
patutlah cerah berseri setiap masa..adaperlindungan rupanya
Saya pn pakai gak. Mmg elok bb cream cosmoderm ni
Memang best guna ni kak nina . Fiza guna jgk bb cream ni
BB cream ni mmg best! I guna yg warna kuning, yg with vit e
Lama dah guna ni,mmg best.
BB Cream Cosmoderm?? Terbaiklah!! Cinta pandang pertama terus!
Menarik nak cuba la nanti xpernah pakai bb cream.
Kannn? Memang best
BB Creame ni mmg best pakai…Haida pun gunakan BB ni
pernah guna bb cream ni . best sangat. lepas abis stock yg ada ni. nak pakai balik bb crea. huhu
Tati pun pakai BB cream ni.. Untuk muka jenis berminyak macam Tati ni, memang perlu sangat pakai BB cream ni…
Terus rasa nak beli set Cosmoderm nie..
Kita pun suka BB Cream ni, wajib bawak kalau pi travel.
Bagus..banyak kelebihan…haishh..kene grab ni..
baru 3 hari guna as base mekap
memang best je..
banyak fungsi dalam 1 .. kecik je mudah nak bawak ke mana2
memang penting suncream ni.. lagi lagi kalau nk lakukan outdoor aktiviti.. kene jaga kulittt hihihi
biasa dengar jenama ni
tapi tak penah sekali pun cuba…huhu
apapun, nice sharing
wah.. bestnya… lin pun makin jatuh hati dengan cosmoderm
BB Cream ni kan mmg best pakai.. suka gak guna Bb Cream ni sebab kena ngan kulit wajah.. rasa ringan jer …
Boleh cuba jenama ini. BB cream ni memang lifesaver untuk orang yang sibuk 😀
wah..macam best je bb cream ni..tak pernah try lagi..
Nk tnya, bb cream cosmoderm ni mesra wudhu tak ? Ke perlukan make up remover utk ambil wudhu ?
Salam Arisyah,
Secara asasnya, perlukan make up remover tapi BB Cream Cosmoderm senang ditanggalkan. Macam Nina just cuci dengan facial cleanser jer sebab Nina pakai yang tak de warna (nude) dan Nina tak pakai makeup.
Just extra info :-
Sebab ramai ingat bila mesra wudhu maksudnya tak perlu bersihkan mekap dan boleh terus berwudhuk. Tu salah tau!
Kebanyakan term ‘mesra wuduk’ yang diberitahu maksudnya senang dibersihkan. Guna pencuci muka pun boleh hilang. Bukan boleh terus amik wudhuk tanpa bersihkan mekap