Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Nak sambung belajar mana lepas SPM
November 9, 2026November 9, 2026

TIPS Mohon UPU untuk Mak Ayah Remaja Purba

Kebiasaanya hala tuju lepas SPM mahupun lepasan Diploma akan mohon UPU untuk sambung belajar. IPTA adalah satu tempat yang dituju untuk sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi dengan kos yang minima. Bila dah mohon, nak tunggu keputusan dia punya debarannnn Fuhhh…!! Jantung mak ayah pun laju macam naik roller coaster.

Isi Kandungan hide
1 Hala tuju lepas SPM
1.1 Result UPU dah keluar , dapat sambung belajar mana?
2 Kenapa gagal UPU?
2.1 Cakna Tarikh Permohonan UPU dibuka
2.2 Masa Diploma ambil MUET
2.3 TIPS Survival Guide Mohon UPU untuk Mak Ayah
2.4 Jangan putus asa
2.5 Related posts:
2.6 Menu sahur mudah Ayam Masak Kicap Oats
2.7 Love it! AZYMACARE Pencuci muka KULIT KERING SENSITIF SELAMAT
2.8 Rawatan muka di MBH MEDISPA Wangsa Maju terbaik! Bukan sekadar rawatan muka ....
2.9 BUNGA TELANG Bukan Sekadar Biru! Banyak Khasiat nya

Okey, Nina kongsikan serba sedikit pengalaman masa anak sulung apply UPU sebelum ni. Sejujurnya semua perkara tentang hala tuju lepas SPM adalah satu pengalaman baru buat kebanyakkan parents kannn… Dengan anak sulung ni lah semua benda jadi pilot project – first time jadi parents student UPU, first time blur, first time silap timing. Awat nya? Baca sampai habis pengalaman Nina.

Hala tuju lepas SPM

Dengan anak sulung lah kita belajar jadi parents — trial and error habis semua bab. Semua try & error.
So Nina kongsikan kat sini my error. Atleast korang tidak lah ulangi kesilapan kitaorang. Kisah sadis menghiris kalbu ini bermula selepas kakak dah habis Diploma dan berhajat nak sambung degree.

Sapa anak sulung dia nak masuk degree weh? Tahniah! Tumpang happy for you…
Hari ni nak share tentang TIPS Mohon UPU untuk Mak Ayah Remaja Purba Gen X

Result UPU dah keluar , dapat sambung belajar mana?

Nak sambung belajar mana lepas SPM

Berhari-hari ni Nina dok khatam baca posting, baca komen, gali info pasal UPU. Serius mencabar! Ramai share cerita : anak STPM dapat 4 flat pun ada yang tak lepas. Diploma pointer 3.8 ke atas pun belum tentu secure. MUET band 4 pun masih boleh tergolek. Jadi… dimana silapnya? Adakah markah MERIT punca penentu nasib?

So mak ayah remaja purba Gen X macam kita ni, jomlah sama-sama belajar dari pengalaman. Nina share “lesson” yang Nina dapat hasil stalk group, baca komen, tanya sana sini. Semoga jadi panduan untuk anak-anak kita kelak.

Kenapa gagal UPU?

Cakna Tarikh Permohonan UPU dibuka

1st Lesson – Jangan terlepas tarikh! My mistake Kakak Ell terlepas mohon UPU masa awal tahun lepas sebab masa tu keputusan MUET dia tak keluar lagi. Dok masa tunggu result MUET, sekali UPU dah tutup. Game over!

Takpe, lesson pertama – korang pastikan anak ambil MUET awal masa tengah diploma.
Sekiranya ada plan nak sambung degree lepas Diploma makanya masa tengah diploma lagi dah kena ambik MUET. Jangan tunggu grad baru nak daftar. Rugi tahun!
Ini yang terjadi pada kakak Ell. Terpaksa apply UPU degree tahun berikutnya.
Setahun tunggu buat apa? Kerja dulu lahhh… at least dapat pengalaman real world.

Masa Diploma ambil MUET

2nd Lesson – MUET Bukan Main-Main
Result MUET kakak? Alhamdulillah memberangsangkan. Legaaa!
Kakak Ell belajar sendiri je untuk exam MUET, mujur dia jenis rajin explore sendiri contoh soalan yang lepas-lepas. Kekangan masa kerja, dia tak sempat sertai tuition. Korang kena tahu, syarat minima keputusan MUET untuk subjek degree yang korang nak mohon nanti.

Yuran MUET dalam RM150, kalau tak lulus kena bayar lagi. Dan perlu ingat, kalender MUET setahun ada 3 kali je. Nak mohon pun kena berjuang! Huhuu… Ada masa lain kali Nina kongsikan kisah dibalik tabir cara mohon MUET.

Disarankan untuk lepasan diploma yang belajar sendiri untuk MUET, dinasihatkan jangan berlagak pandai. Kalau ada bajet, elok la ambik kelas tuition MUET. Ada banyak ..!! Online pun ada.
Budak STPM ada cikgu guide dalam kelas, sebab tu ramai score Band 5, yang lepasan diploma ni kena usaha lebih sikit. Beruntung Eilman, sekarang dia form 6, dah start menyelam tentang MUET.

3rd Lesson – Pointer & Merit Itu Nyawa
Pointer diploma/STPM penting, tapi yang ramai terlepas pandang : markah merit.
Haaa merit ni bukan sekadar akademik. Dia campur pointer + MUET + koko + sijil.
Nak merit tinggi? Dari sekolah menengah lagi kena join macam-macam aktiviti – sukan, koko, sukarelawan. Lagi best kalau sampai peringkat negeri, kebangsaan, Asia.
SPM semua A tapi tak join koko → merit rendah → bye-bye universiti idaman. Confirm merit ciput.
Jadi, dari sekolah lagi dah kena join camping, sukan MSSD, wakil negeri, masuk pertandingan. Semua tu markah merit!
Anak sekarang memang mencabar – bukan belajar je, tapi kena hyperactive juga.

4th Lesson – Result SPM Masih Hantu yang Menghantui
Nak apply degree, jangan ingat result STPM/Diploma je cukup. Dalam sistem UPU tetap kena isi result SPM. Dan wajib ada credit subjek tertentu (English, Math, etc) ikut syarat program. So kalau time SPM dulu main-main, memang boleh jadi “plot twist” masa nak mohon degree. Ngeri weyhh!
So yang adik-adik bawah tu, jangan pandang rendah SPM. See… Betapa pentingggggg nya SPM!
Takde SPM sila hentikan mimpi indah nak sambung UPU IPTA . Huhu… Cara lain ada tapi kena sambung mimpi lain. Next time kita share eh ..

5th Lesson – Sijil Tambahan Penyelamat
Dalam merit ada 10% markah koko + sumbangan khas.
Kalau pointer tak gah sangat, sijil boleh jadi penyelamat. Ambiklah 3–5 sijil berkaitan bidang (kursus pendek, sukarelawan, sijil industri). Boleh masuk ruang “sumbangan khas” UPU. Ni kalau pointer tak gah sangat, sijil laa boleh jadi backup power.

Bonus Lesson – Jangan Jadi Katak Bawah Tempurung
Satu lagi benda penting — join group² hebat kat Facebook yang bincang pasal hala tuju lepas SPM/Diploma.
Yelah… kita ni kan remaja purba, golongan Gen X, port paling sesuai memang Facebook lah kannn.
Serius, group tu banyak info. Lagi best, ramai parents & ex-student yang ikhlas share pengalaman. Dari situ laa kita belajar shortcut, tips, dan kesilapan orang lain supaya anak kita tak ulang.

Nak sambung belajar mana lepas SPM

TIPS Survival Guide Mohon UPU untuk Mak Ayah

Extra Lesson – Seni Isi Borang UPU
Isi borang UPU ni macam main chess, kena strategi:
Jangan letak semua universiti gempak je (UM, UKM, UPM, USM). Sistem boleh tolak.
Campurkan pilihan MTUN (Politeknik Premier, UniMAP, UTHM, UMP, UTeM).
Susun ikut formula → atas: universiti idaman (mungkin mustahil), tengah: yang realistic, bawah: confirm insyaAllah lepas.
Double check syarat kelayakan setiap program.

6th Lesson – Jangan Give Up
Kalau tak lepas? Cuba rayuan. Tak lepas jugak? Mohon tahun depan. Belajar takde limit usia. Kalau rezeki kerja dulu pun ok, nanti sambung PJJ (part time). Hidup ni keras beb, kena kayuh pelan-pelan. Ingat – rezeki belajar atau kerja semua datang dari Allah, ikut timing DIA, bukan timing kita. Kita usaha, doa, tawakal.

Last last…. sikit lagi
UPU ni memang macam main game level susah. Tapi bila kita dah faham rules, ada strategi, peluang anak-anak lebih cerah. Jadi mak ayah remaja purba yang tengah join “projek degree anak sulung” ni – rileks, belajar sama-sama, jangan malu nak belajar.
Benda ni pun life lessons. Biar anak-anak kita nampak — kita sama-sama fight untuk masa depan diaorang. Kita tak perfect, anak pun tak perfect. Yang penting usaha, doa, tawakal. Result lulus tu bonus, tapi pengalaman ni priceless!

Terima kasih weyhh sebab tak pengsan baca sampai habis! Panjang gila karangan mak anak 5 ni.
Perjalanan ni bukan mudah, tapi rasa lega bila tahu kita tak keseorangan. Setuju kannn?

TIPS Survival Guide Mohon UPU

Jangan putus asa

Tapi kan, serious laaa …
Korang pun sama² rasa struggle kannn? Bukan daku sorang je yang tercungap² nak hadam semua ni, macam calon exam SPM repeat paper? Eerkkk…
Apa-apa je laa yang penting bezanya kali ni, bukan untuk kejar mimpi sendiri… tapi nak teman anak-anak kejar mimpi mereka. Korang pun mimpi yang sama tak?

Nina Mirza,
Mak anak 5 yang noob tapi suka tulis panjang panjangggg dan tak kisah kalau takde sapa baca sampai habis sebab kita pun selalu je skip content panjang panjangggg. HAhaa… kalau penting, suka memang kita baca khatam sampai last titik. This is “silibus kehidupan”. You akan rasa ianya penting once terpaksa lalui silibus ni. Thank me later!
Tapi percayalah… kita ni bukan sorang. Kita jalan sama-sama, jatuh bangun, nangis gelak ketawa sama-sama. Hidup ni keras… tapi hati kita lembut lagi kenyal. Sadaqallahul-Azim (صَدَقَ ٱللَّهُ ٱلْعَظِيمُ).

Related posts:

Menu sahur mudah  Ayam Masak Kicap Oats

Menu sahur mudah Ayam Masak Kicap Oats

AZYMACARE Pencuci Muka Kulit Kering Sensitif

Love it! AZYMACARE Pencuci muka KULIT KERING SENSITIF SELAMAT

Rawatan muka di MBH MEDISPA  Wangsa Maju terbaik! Bukan sekadar rawatan muka ....

Rawatan muka di MBH MEDISPA Wangsa Maju terbaik! Bukan sekadar rawatan muka ....

Khasiat Manfaat BUNGA TELANG

BUNGA TELANG Bukan Sekadar Biru! Banyak Khasiat nya

Parenting Tips hala tuju lepas SPMKenapa UPU gagalLepasan Diplomamarkah meritPanduan Mohon UPU

Post navigation

Previous post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2026 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes