Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

June 12, 2018February 2, 2020

Menu sahur mudah Ayam Masak Kicap Oats

Korang masak apa tuk sahur tadi? Di hujung-hujung puasa ni, anak-anak payah sikit nak bangun sahur. Kadang buntu nak masak apa buat depa bersemangat tuk bangun sahur dan makan. Bukan apa,  kita pun dah hujung ni che las gak kannn? Resipi Ayam Masak Kicap paling senang

Isi Kandungan hide
1 Resipi Ayam Masak Kicap paling senang
2 Related posts:
3 How to evaluate property investment returns
4 Nikmatnyer Makan Ubi Kayu Rebus Cecah Kelapa Parut ~~~
5 Nasi Goreng Satay... Satay sedap kat mana?
6 Oppsss..! Entry terperam.. Happy Birthday to 'My beloved Gang'...Red Velvet Cake ker nie....?? Awat ...

Masalahnya, mode Nina pun ke laut hujung-hujung puasa ni. Cepat penat, malam lepas buka dok baking Biskut Raya. Ada ketika tak sempat tido,  pas sahur anak-anak  dah pegi sekolah baru laaa take a nap kejap.  Huhuuu

Memandangkan depa sukakan kicap, Ayam Masak Kicap paling senang laaa menu pilihan Nina tuk sahur. Meh Nina share resipi kegemaran Nina. Menu ni pun paling senang,  cepat Nina sediakan.  Ayam tu pas buka nina dah goreng sesiap dulu.  Senang jimat masa kannn?

Resipi Ayam Masak Kicap paling senang

Resipi Ayam Masak Kicap paling senang

Bahan-bahan
+-300g ayam – dipotong kecil2
1 labu bawang besar – mayang halus
2 ulas bawang putih – diketuk ajerr
2 inch halia – dihiris nipis
Rempah 4 sekawan
1/2 cawan kicap lemak manis
¼ cawan oats
Minyak masak
Sedikit air

Untuk sampingan
Kentang
Bawang besar
cili hijau
cili merah

Cara masak
1. Goreng kentang, ketepikan. Kemudian
goreng ayam separuh masak dan ketepikan juga.
2. Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih, halia bersama rempah 4 sekawan hingga naik bau wangi.
3. Masukkan sikit air dan kicap lemak manis masak sampai mendidih.
4. Masukkan tomato, kemudian ayam yang dah digoreng tadi. Kacau rata, masak sehingga ayam empuk.
5. Untuk pekatkan kuah, nina tambah ¼ cawan oats. Masak hingga kuah pekat. 6. Masukkan kentang yang dah di goreng tadi. Gaul rata kesemuanya. Tutup api dan sedia dihidangkan.

Selamat mencuba!

Tips kat menu sihat dari Nina, untuk pekatkan kuah, Nina selalu buh Oats berbanding air tepung jagung. Tak de beza rasa pun. Cuma oats tu kena masak hingga kuah dan oats sebati. Lagi sedap berkhasiat  Cuba laaa…..

Related posts:

How to evaluate property investment returns

Nikmatnyer Makan Ubi Kayu Rebus Cecah Kelapa Parut ~~~

Nasi Goreng Satay... Satay sedap kat mana?

Oppsss..! Entry terperam.. Happy Birthday to 'My beloved Gang'...Red Velvet Cake ker nie....?? Awat ...

Lifestyle Resepi Tips ayam masak kicapJuadah Buka Puasa Mudahmenu kegemaran anak-anakresepi mudahResipi cepatresipi ringkas

Post navigation

Previous post
Next post

Comment

  1. Shai Ryan says:
    July 4, 2018 at 3:37 pm

    Tak terfikir pula boleh tambah oats dalam masakan. Oats tu jadi larut sebati atau masih ada rupa oats nya lagi ya. 😀

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes