Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Homestay Idaman Villa Melaka terbaik bersih besar menarik
November 27, 2016March 6, 2017

Idaman Villa Homestay Melaka | Terbaik, bersih, besar, menarik laaa…!!

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera… Cuti sekolah dah bermula! Ke mana korang holiday cuti sekolah ni? Ada yang rancang nak ke Melaka Bandaraya Bersejarah. Korang dah book hotel, homestay? Homestay Idaman Villa Melaka terbaik bersih besar menarik

Isi Kandungan hide
1 Kat mana homestay yang best besar bersih selesa kat Melaka?
2 Idaman Villa Melaka – Homestay terbaik bersih besar menarik
3 REVIEW Nina : Apa yang best kat Homestay Idaman Villa ni..??
4 Idaman Villa Melaka Homestay terbaik bersih besar menarik
4.1 Rumah bersih, luas, selesa. Cantik!
4.2 WiFi laju
4.3 TV setiap bilik
4.4 Pintu utama ada Digital Lock
4.5 Kemudahan setiap bilik tip top. Air-cond, TV, Seterika, Extension plug, Tuala, Sejadah
4.6 Dapur bersih, lengkap
4.7 Lokasi yang statergik di dalam bandar Melaka
5 Camner nak book? Hubungi
6 Related posts:
7 Alamak belum masak! McDonald's Drive-Thru jer laaa..
8 Sinopsis Drama KISAH CINTA KITA BEST! Tonton Online Episod Akhir
9 Sinopsis Drama NUR 1 Hebat! Wajib tonton
10 Nak ringkas.... Ikan Sambal Berlado. Anak-anak tak makan pedas sila makan ikan goreng aje ehh....

Bila bercuti bersama keluarga yang besar, (termasuk mak pak, atuk nenek, uncle aunty, anak buah berderet-deret) pastinya homestay yang menjadi pilihan kan…? Tak kan nak book hotel iyer tak? Kalau dah 7 keluarga dok asing-asing tentu mahal. Lagi pun lebih selesa kalau semua dok serumah akan lebih mengeratkan silaturahim dan gerenti havoc !! Tau aje laa bila bebudak berkumpul. Ada aje aktiviti mereka.

Kat mana homestay yang best besar bersih selesa kat Melaka?

Buat yang tercari-cari homestay kat Melaka terutama yang terletak di tengah bandar, meh Nina nak cadangkan korang dok kat Idaman Villa Homestay Melaka. Nina sekeluarga bersama lebih kurang lagi 10 keluarga bersamaan 7 buah kereta/mpv termasuk family dari Singapore memulakan aktiviti cuti sekolah kali ni kat Melaka, Bandaraya Bersejarah. Terletak berdekatan dengan Pantai Klebang.

Homestay Idaman Villa Melaka terbaik bersih besar menarik
Kami dok sini… Idaman Villa Homestay Melaka

Perjalanan dari KL ke Melaka lebih kurang 3 jam. Lepas tol Ayer Keroh, perjalanan dalam 30 minit arah ke Pantai Klebang dan seterusnya ke Taman Kota Syahbandar. Nak senang korang follow Waze ni … terus ke Homestay Idaman Villa , Melaka . Kawasan rumah teres 3 tingkat moden yang tersusun kemas.

Sekali dah sampai masuk rumah ni… Wow.. Teruja sungguh. Punyalah besar rumah! Tak pernah dok homestay besar gabak gini. Tetiba rasa macam orang kaya. Hahaa… ok apa berangan. Percuma jer kann… Hehe..

Idaman Villa Melaka  – Homestay terbaik bersih besar menarik

Homestay Idaman Villa ni conner lot, ada 7 bilik tidur / 6 bilik air. Halaman yang luas, siap ada tapak BBQ. Tapi kami tak sempat nak bako-bako..  lain kali harus ada BBQ! Dah ramai-ramai gathering memang havoc rumah! Meriah sakan sepanjang hari…  Ppsstt>>> “mayak lugi itu olang yang tak dapat join” sapa tuu?? Ssyyhhh…. *jangan nangis tepi bucu katil ehh* hehe

Usai melangkah masuk ke Idaman Villa ni, saat pintu utama di buka hati dah meronta-ronta nak tengok apa lagi yang menarik kat dalam. Sebab apa tau..??

Pintu utama dilengkapi sistem canggih. Tetiba rasa macam berada kat zaman akan datang. Kagumnya! Ker  Nina aje yang tak advance.. hehee .. Sistem canggih ni memerlukan kita tekan kod rahsia macam citer James Bond tuu.. Pastu baru lah pintu utama dengan rela terbuka. Esklusif  kan..??

Homestay Idaman Villa Melaka terbaik bersih besar menarik
Terpukau dengan deco ala retro baba nyonya yang simple dan kemas.

Walla…!! Ini ruang tamu yang berkonsepkan retro baba nyonya. Bahagian bawah ada ruang tamu, dapur dan sebuah bilik beserta bilik air. Dapur nya kemas, bersih, selesa. Perkakas semua cukup. Ada dapur masak, cerek elektrik, periuk nasi, periuk belanga, sudu garfu senduk, sudip . Banyak lagi laa…

Homestay Idaman Villa Melaka terbaik bersih besar menarik
Menarik kann..?? Bersih, tersusun kemas rapi.. Tetiba feeling nak ada rumah macam gini.. Doakan ehh..Aamiin
Homestay Idaman Villa Melaka terbaik bersih besar menarik
Ini bilik kat bawah. Ada satu katil Queen sekali ngan bilik air. Siap ada TV dan ir-con. Ada seterika dan iron board.

Ok.. Kita ke tingkat satu lak. Ada ruang santai family dan 3 bilik tido.

Homestay Idaman Villa Melaka terbaik bersih besar menarik
Bilik 1.1 = Ada 2 katil Queen beserta bilik air. Ada seterika, iron board, air-con dan TV. Balkoni view Pantai Klebang yang cantik! Nyaman jer…
Homestay Idaman Villa Melaka terbaik bersih besar menarik
Bilik 1.2 = Ada 2 katil single beserta bilik air. Air dan TV
Homestay Idaman Villa Melaka terbaik bersih besar menarik
Bilik 1.3 = Ada 2 katil single beserta bilik air, air-cond dan TV

Tingkat 2 plak. Ada ruang santai family dan 3 bilik tido gak. Walaweyy… Bilik tido master bedroom dia punya gempak. Cantik Oooo… Cop cop! Sapa nak tido bilik ni bayar extra ehh.. *gurau jer* Hahaa

Homestay Idaman Villa Melaka terbaik bersih besar menarik
Bilik 2.1 = Bilik favorite semua! Berebut-rebut nak cop! hehee Ada 2 katil Queen beserta bilik air. Ada seterika, iron board, air-con dan TV . Balkoni view Pantai Klebang yang cantik! Nyaman jer…
Homestay Idaman Villa Melaka terbaik bersih besar menarik
Bilik 2.2 = Ada 2 katil single share bilik air ngan bilik sebelah. Ada air-con dan TV
Homestay Idaman Villa Melaka terbaik bersih besar menarik
Bilik 2.3 = Ada 2 katil single, bilik air share ngan sebelah (bilik 2.2) Ada air-con dan TV

REVIEW Nina : Apa yang best kat Homestay Idaman Villa ni..??

Idaman Villa Melaka Homestay terbaik bersih besar menarik

Rumah bersih, luas, selesa. Cantik!

Secara keseluruhan, Nina puashati dengan Idaman Villa Homestay Melaka. Bersih, luas, selesa, nyaman, tenang dan santai. Sangat sesuai untuk buat reunion, family gathering, family day atau apa-apa majlis kekeluargaan. Kot ada penerbit nak buat filem shooting pun sesuai laa… Cantik rumah ni!

WiFi laju

Lagi best kann… Idaman Villa menyediakan kemudahan internet yang berdesup laju >>> Zasss..!! Blogger kan.. Internet sukar dipisahkan. Kalau boleh rasa macam nak dok dalam pencawang tatkala internet like a snail. Stress oo.. Tapi kat sini . . . . Terasa macam nak tinggal sini terus pun ada! Hahhaa.. Tengok tuu… sampai aje semua tuju password wifi. Hahha…

TV setiap bilik

Ada 7 bilik tidur dan kesemua bilik tidur dilengkapi dengan aircon dan hot shower. Setiap bilik pun ada TV 50+ siaran. Tengok laaa sampai lebam mata panda! hahaa

Pintu utama ada Digital Lock

Keselamatan yang bagus sebab pintu masuk utama nya ada sistem code digital. Auto lock. Tutup aje pintu utama tetiba “teet teet” pintu dah terkunci dengan sendirinya. Kagum seyhh… Cayalah! Macam dok kat hotel nam bintang berkerdipan. Eh! heehe… Pastu kan setiap bilik disediakan kunci pintu berasingan. Privacy. Ngeee~

Kemudahan setiap bilik tip top.  Air-cond, TV, Seterika, Extension plug, Tuala, Sejadah

Setiap bilik disediakan Air-cond dan  TV, manakala kat masterbedroom ada seterika beserta iron board nya sekali. Korang tak perlu beratur menanti turn setakat nak gosok t-Shirt nan sehelai. Hehee… Lagi best, kat bilik pun ada disediakan extension plug. Takat nak charge semakphone dah tak payah rebut-rebut  cop-cop lagi naaa….

Setiap bilik ada kain sejadah. Aduh …. Seronoknya! Nak solat pun tak perlu tunggu turn. Ada lagi … Tuala!  Ya.. Pertama kali Nina dok homestay yang sediakan tuala. Setiap bilik disediakan 2 helai tuala. Kalau korang dok sini tak payah hangkut tuala korang dari rumah ehh…

Idaman Villa Melaka Homestay terbaik bersih besar menarik

Dapur bersih, lengkap

Family Nina belah mertua ni kalau bercuti memang angkat angkut segala kelengkapan dapur. Memandangkan owner dah inform dapur dah cukup perkakas, maka kami bawak sikit jer lagi… Sekali sampai tengok >>> Laaa… semua ada, memang complete! Ada dapur masak, cerek elektrik, periuk nasi, periuk belanga Tefal you!, sudu garfu senduk, sudip . Banyak lagi laa… Korang boleh masak makan sampai gemoks! hahaa…

Lokasi yang statergik di dalam bandar Melaka

Homestay Idaman Villa ni dekat dengan bandar Melaka. Dekat dengan Jonker Walk, Pantai Klebang, Kedai Kuih Keria Pak Jalil yang femes tuu, Dataran Pahlawan 1Malaysia, Taming Sari, A’Famosa, Kapal Selam  dan banyakkkk lagi. Segalanya dekat. Best laa…!

Nina ada laaa… bikin Youtube yang tak seberapa. Malu nak tunjuk sebab tak pandai tapi kalau korang berani nak tengok sambil tutup sebelah mata meh layan Youtube Nina Mirza : Homestay Idaman Villa Melaka. Kat facebook Nina ada masukkan banyakkkkkk lagi gambar-gambar sepanajng Nina dok kat sini. Korang intai kat Facebook Nina Mirza : Album Cuti Sekolah kat Idaman Villa Homestay Melaka .

Camner nak book? Hubungi

Macam best kan..?? Kalau korang nak book, hubungi En. Bari 012-211 8246
Website : Idaman Villa
Facebook : Facebook Idaman Villa
Instagram : Instagram Idaman Villa

ok daaa… Hola hola. Selamat bercuti ke Homestay Idaman Villa Melaka terbaik bersih besar menarik

Homestay Idaman Villa Melaka terbaik bersih besar menarik
Yeayy ….!! Idaman Villa Homestay best terbaik! Nanti kami datang lagi yaaa

 

Related posts:

Alamak belum masak! McDonald's Drive-Thru jer laaa..

Sinopsis Drama KISAH CINTA KITA BEST! Tonton Online Episod Akhir

Sinopsis Drama NUR 1 Hebat! Wajib tonton

Nak ringkas.... Ikan Sambal Berlado. Anak-anak tak makan pedas sila makan ikan goreng aje ehh....

Lifestyle Review Travel Cuti Sekolahfamily gatheringHomestayHomestay selesa besarIdaman VillaInfo - Tempat Best Cuti-Cuti MalaysiaMelakaTempat Best Jalan-jalanTempat Cuti Budget Best

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (6)

  1. Afiq Halid says:
    November 27, 2016 at 2:02 pm

    Lama tak holiday kat Melaka. Boleh duduk sini after this. Thanks for sharing.

    Reply
  2. nadia johari says:
    November 27, 2016 at 2:06 pm

    Wah mmenarikni..datang melaka boleh duduk homestay ni

    Reply
  3. cik nor says:
    November 27, 2016 at 2:24 pm

    wow..besarnya homestay..mcm rumah sendiri..:)

    Reply
  4. Permatabiru says:
    November 27, 2016 at 2:47 pm

    Bln 3 nt nk bercuti ke melaka..boleh masuk list juga ni..tgh servey2 hihi

    Reply
  5. Dura Norell says:
    November 27, 2016 at 6:36 pm

    Serius cantik homestay tu 😉 Btw, pantai klebang tu dekat nau dengan rumah mertuaku 😉

    Reply
  6. Suriaamanda says:
    December 6, 2016 at 7:27 pm

    Wah menarik la….thanks sharing…nanti nak pi bercuti melaka bleh contact owner

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2026 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes