Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

January 5, 2017January 7, 2017

Bermula sudah persekolahan… Mama buzy !!

Fuh fuhh … Kengkonon sambil lap peloh kat dahi. Penat. Minggu yang amat sibuk. Anak-anak baru bermula persekolahan. Hari pertama sekolah, rata-rata ramai yang ambik cuti awal tahun ni uruskan hal anak sekolah. Mak Pak yang bercuti sakan dok temankan anak-anak ke sekolah. Ada juga yang cuti nya tak diluluskan gerenti panas punggung dok kat office risaukan anak, terbayangkan suasana hari pertama mereka kat sekolah tanpa mak pak nya di sisi. Pasti korang ada rasa ralat dalam diri tak dapat bersama-sama hadir dalam kenangan hari pertama sekolah mereka. Sedey kann…

Isi Kandungan hide
1 Related posts:
2 PROMOSI BUFFET RAMADHAN Masakan Kampung Sejati' di Kuala Lumpur International Hotel
3 Tortilla Ayam Simple - Bekal Sekolah Anak yang simple, mudah dan cepat disediakan!
4 Bahaya ke BUASIR ? Punca Rawatan dan Ubat
5 OH TIDAK! ANAK TULIS TERBALIK Disleksia KE?
Hari Pertama sekolah
bermula alam persekolahan dan kenangan zaman kanak-kanak mula tercipta

Buat yang sedih tuu tabah lah yaa… Usah sebak. Perasaan tuu normal. Yang tak rasa apa-apa tuu yang tak normal. Nak buat camner, dah tuntutan kerja lebih perlu di utamakan dari anak-anak. Redha laaa ya. Nina tau, mesti korang mengharap setinggi KLCC agar anak kita baik-baik aje kat sekolah di hari pertama mereka walaupun korang tak de di sisi mereka kann … Dengan harapan anak kita tak de sekelumit rasa rendah diri sebab terpaksa harungi nya sendiri sedangkan kengkawan lain ibubapa di sisi menemani. Sedih ehh…? Ok sila ber huhuu

Dah dah.. Usah dok teriak! Lumrah kehidupan dan bahagian masing-masing.. Terima lah dengan hati terbuka ehh.. Ini lah suka duka perjalanan hidup mereka. Memang tak semuanya indah namun keindahan itu kita yang perlu cipta untuk di jadikan kenangan terindah bersama. Fulamak…! Hari ni Nina jiwang laa plak.. Bakat terpendam you! Sekali sekala. Hehe . .

Hari Pertama sekolah
Kiri Eilman dan sebelah kanan tuu kezen dia Aqif. Setiap tahun akan cuba dapatkan gambar mereka bersama sebagai kenangan… Seronok tengok! Raut wajah mereka membesar tahun demi tahun

Sebenarnya Nina sendiri tak kesempatan temankan anak-anak Nina di hari pertama persekolah mereka tahun ni. Tahun lepas ada.. Masing-masing dah boleh berdikari. Kakak sulung Eillya dah form 2, Eilman darjah 4 dan Eilyana darjah 2. Dah cekap dah depa ngan suasana dan persekitaran sekolah. Lagipun awal-awal lagi cikgu depa dah kasitau, hari pertama dah mula pembelajaran. Jadual kelas pun cikgu dah bagi kat whatsapp sebelum mula sekolah. Advance gitu. Bagus kan..

 

ni anak Nina no3 Eilyana (darjah 2)

Back to school sayang..!! Belajar rajin-rajin yaa.. nanti cuti sekolah kita jengjalan holiday lagi 🙂

Hari pertama sekolah
Oh ya..! Perkenalkan…
Ini lah co-pilot Nina. Jenuh laa pasni Baby Lysa dok keluar masuk rumah kita hantar jemput abang kakaknya sekolah. Nanti sedar tak sedar, tau tau aje Baby Lysa lak gi sekolah. hehe… Dok diam-diam yaa sayang

 

 

Related posts:

PROMOSI BUFFET RAMADHAN Masakan Kampung Sejati' di Kuala Lumpur International Hotel

Tortilla Ayam Simple - Bekal Sekolah Anak yang simple, mudah dan cepat disediakan!

Bahaya ke BUASIR ? Punca Rawatan dan Ubat

OH TIDAK! ANAK TULIS TERBALIK Disleksia KE?

Lifestyle Parenting alam persekolahanBack to schoolhari pertama sekolahkenangan manis

Post navigation

Previous post
Next post

Comment

  1. Mama Kembar 3 says:
    January 8, 2017 at 2:23 pm

    Alhamdulillah setakat ni i dpt ambil cuti hari pertama sekolah. Dapat lah hantar diorang pastu pi uruskan bayar yuran semua 🙂

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes