Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

January 7, 2017January 7, 2017

Jelajah Klate day 2 | Syurga makanan… Semuanya Sedap Murah!

Alhamdulillah … Kembali lagi dengan sinetron Jelajah Klate Nina. Apa yang best kat kelantan ni ehh..? Ok, hari ni ceritera tuk Day 2  sepanjang Nina bercuti kat Negeri Cek Siti Wan Kembang. Sapa dia ehh…? Entah, Nina pun tak kenal. Cantik orang nya kot.. Sebab ramai tinee Klate manis belaka.

Isi Kandungan hide
1 Related posts:
2 Buffet Ramadhan 2017 di 'Halaman Haji Saad' , Seri Pacific Hotel KL terkenang kampung halaman nun ja...
3 Resipi Daging Masak Kurma Sedap Simple Mudah
4 Terujanya dapat beraya teratak Che Mat Gebu. Camner orangnya?
5 Bubur Pulut Hitam

Ok, day 2 Nina mulakan dengan bersarapan pagi kat satu kedai makan yang popular sekitar Kota Bahru. Terletak di tepi simpang berdekatan Klinik Malaysiadan kedai Noor Hj Zul Trading.  Menyediakan menu Roti Tempayan. Anjang Nina yang rekemen suh sarapan kat sini. Katanya kuah gulai kambing nya mabeles. Ok, Nina dah rasa dan memang sedak sengoti! Terbaik laaa…

apa yang best kat kelantan
Ni laa Roti Tempayan.
Roti nya lembut, paling best gulai kambing! Sedap nya… Terbayang-bayang ni
Apa yang best kat Kelantan
kedai tepi yang Eilman tunjuk tu….

Kemudian Nina ke Pasar Besar Siti Khadijah. Jalan-jalan nak pekena Laksam. Favorite Nina dan anak-anak !! Nina terjah ke Kedai Laksa Cek Yoh no 885. Nak senang dari BSN, lintas jalan ke seberang, naik tangga pasar Khadijah tuu sampai atas. Kiranya naik tangga yang ngadap BSN. Pastu toleh kiri dan korang akan nampak signboard Laksa Cek Yoh. Ok, Nina dah rasa dan memang sedap. Patut laaa bertong tong kuah laksa dan Laksam habis licin sehari. .. memang sedap laa laksam Cek Yeh. Tak cukup semangkuk tuk Nina. Terbaik laa

Apa best kat Kelantan
Ahaa… sempat lagi suh empunya kedai posing sikit… Sporting dia!
hehe
apa best kat Kelantan
Ini laksa Cek Yoh.. rugi tak rasa
Apa best kat kelantan
Laksam Cek Yoh.. Sedap weii…
Tak cukup semangkuk. Oopsss…!!
Kedai No 885 kat Pasar Besar Siti Khadijah

Kami meneruskan perjalanan ke Rantau Panjang. Syurga membeli belah. Kann alasan utama Nina ke Kelantan nak beli toto! Apa lagi.. memang itu yang di cari dulu. Ahamdulillah.. Harga boleh tahan murah. Periuk belanga Nina tak beli pun.. Beli yang perlu dan ala kadar jer.. Yelah, kami ni bukan nya jutawan. Kalau aku kaya.. semua Nina borong tuk jirang tetangga. haha

Apa yang best kat kelantan

Apa yang best kat kelantan
toto narita murah! kings size baru RM45.
nasib baik datang naik kete, kalau tau murah, dah bawak lori !!
Hahaa… macam ada lori

Apa yang menarik nya.. Semasa Nina beli nak toto, kebetulan adek yang jaga kedai baru balik beli makanan tengahhari dia. Gatal mulut ni dok tanya beli apa.. Katanya pulut ayam. Sejujur nya Nina tak pernah makan. Tapi terdetik gak nak tahu sebab tengok ramai gak peniaga tepi jalan jual Pulut Ayam.

Apa best kat Kelantan
First time rasa… tak sangka sedap kombinasi pulut, ayam dan ada taburan bawang goreng bersama sos manis. Wangi…

Mungkin Nina buat muka pelik bila dia sebut pulut ayam kot dan adek tu berbesar hati pi belikan tuk Nina. Beria dia suh Nina rasa. Katanya pulut ayam ni menu tetap dia setiap hari. Tak dapat sehari boleh huru hara hidupnya seharian. Dasat tuu… Ok, Nina dah rasa dan memang sedap. Tatkala buka bungkusan, bau dia .. Perghh…!! Wangi.. Pulut yang lembut, ayam goreng sedap dan ada taburan bawang goreng bersama sos manis. . Tak sangka sedap…

Malamnya kami round round bandar Kelantan. Sekali lalu area stadium nampak ramai sangat beratur kat Nasi Kukus Suriani. Awat nya .. ada apa kat sana? Sedap sangat ke? Apa yang menarik kat sana?

Apalagi ajak Geng terjah laaa… Maka nya kami pun dinner kat nasi Kukus Suriani. Hurmm… pabila dah rasa baru tau nape kedai Nasi Kukus Suriani ramai orang dan depa sanggup beratur panjang. Memang sedap!

Kalau orang tanya apa yang best kat Kelantan ni..?? Haishh … Semua nya pun best lah! Kat kelantan ni memang syurga makanan. Semuanya sedap dan murah lak tuu.. Beruntung orang Klate. InsyaAllah.. Nina akan kembali lagi

Esoknya kami teruskan jelajah Klate dan bermalam kat satu resort yang tenang dan damai. Kat mana? Ada masa nanti Nina kongsikan ngan korang lagi eh..

Related posts:

Buffet Ramadhan 2017 di 'Halaman Haji Saad' , Seri Pacific Hotel KL terkenang kampung halaman nun ja...

Resipi Daging Masak Kurma Sedap Simple Mudah

Terujanya dapat beraya teratak Che Mat Gebu. Camner orangnya?

Bubur Pulut Hitam

Lifestyle Tips Travel Apa yang best kat KelantanCuti SekolahInfo - ParentingInfo - Tempat Best Cuti-Cuti MalaysiaJalan Jalan Cari MakanLaksa Cek YohLaksam Sedap KelantanNasi Kukus SurianiPulut AyamRoti TempayanTempat Best Jalan-jalan

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (9)

  1. sueizza says:
    January 7, 2017 at 11:09 am

    memang syurga makanan kalau balik klate huwaaaa rindunyaaaa lama tak.balik sobs sobs

    Reply
  2. cik za says:
    January 7, 2017 at 3:14 pm

    jarang pergi kelantan, tapi pasti akan turun kelantan lagi untuk lawatan tapak food yang best-best..
    nice sharing kak nina.

    Reply
  3. Mama Kembar 3 says:
    January 8, 2017 at 2:19 pm

    Teruih lapaqqq hehe

    Reply
  4. Sis Lin says:
    January 9, 2017 at 3:30 pm

    Assalam..
    Amboii jalan jalan cari makan laa yang paling best kan, buat tambah tambah lemak badan hahahaha

    Reply
  5. Suriaamanda says:
    January 10, 2017 at 3:11 pm

    Sabar jer la kak Nina oii…Laksa tu mencongkam jiwa laaa

    Reply
  6. Bella idura says:
    May 18, 2017 at 12:09 pm

    Sedapnya pulut tu!!!

    Reply
  7. Shai Ryan says:
    August 3, 2017 at 4:06 pm

    Kampung di besut, jadi kalau berjalan balik ke kelantan memang makan macam2 kat sana, shopping lagi lah sebab murah XD

    Reply
  8. Leyla Nurjatiey says:
    October 31, 2017 at 9:35 am

    bestnya dapat pergi kelantan..

    Reply
  9. IQ aka Izyan Balqis says:
    October 31, 2017 at 11:07 am

    lapar tengok makanan ni semua. nampak sedap!

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2026 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes