Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

WANY HASRITA DUTA HIMALAYA GUARDIAN
December 30, 2018December 31, 2018

Wany Hasrita! Oooo… Rupanya dia lah …

Sabtu lepas Nina dapat me time lagi.. Yeayyy…!! Seronok bukan main you sebab kali ni Nina dengan kengkawan ke Melaka Bandaraya Bersejarah.  Makaseh Abang..  Mmuuaahhh…!

Isi Kandungan hide
1 Wany Hasrita havoc kan Mahkota Parade Melaka bersama peminat
2 Himalaya Gentle Baby Bath
3 Apa yang best dengan Himalaya Gentle baby Bath ?
3.1 Bebas Paraben, SLS/SLES, Synthetic Colors
3.2 Tidak pedihkan mata
3.3 Melembut dan melembabkan kulit
3.4 Mandian terbaik untuk baby
4 Himalaya di Guardian
4.1 Related posts:
5 Membongkar Teknik Tips Penulisan Blog di BENGKEL PENULISAN KBBA
6 Nenek bukan sebarang nenek! GRANDMAMA'S Pavilion Awesome!
7 Sabun TOP | Kempen ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ Bantu 420 Pelajar Orang Asli Disokong TESCO dan JA...
8 Kari Kepala Ikan Kerapu.... jangan dok merapu sudaa lah yea... hehehe

Hari tu perjalanan dari KL ke Melaka slow moving, tak tau awat laaa jammed teroks! Hati ni tak keruan dibuatnya. Sebab cuti sekolah kot… Memandai jer buat andaian sendiri. Lebih kurang dekat 5 jam baru lah kami selamat sampai ke destinasi. Alhamdulillah …

Oh angin, kau kirimkan kalimah kasihku
Agar dapat kudengari kalamnya berbunyi
Biarpun sekadar cuma memujuk hati
Akan ku terus berdiri hadapai semua ini

Apa aje Nina ni … sajak ke lirik lagu ni? Sapa tau?
Haishh… Tak kan korang tak tau? Shame shame… HEhee..

WANY HASRITA DUTA HIMALAYA GUARDIAN

Ahaa… buat sapa yang follow Instagram Nina akan perasan poster ni. Sesi beramah mesra Wany Hasrita kat Mahkota Parade Melaka. Anak Nina antara peminat Wany Hasrita yang merupakan pemenang Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2018 yang lepas.  Tapi macam mama yang over minat ni, dok teruja excited nak tengok Wany secara live in person.. HAhaaa…

Wany Hasrita havoc kan Mahkota Parade Melaka bersama peminat

Usai sampai kat Mahkota Parade Melaka, bergegeas ke pentas. Dah dengar suara emcee dok cakap-cakap. Nasib baik laaa saiz badan Nina ni kecik comel jer, selit menyelit kat celah celah peminat beliau dan sampai laaa Nina kat depan pentas. Fuuuhhh…. Seronok weyhhhh dapat tengok depan mata!

WANY HASRITA DUTA HIMALAYA GUARDIAN

Teruja Nina tengok ramainya peminat Wany Hasrita.  Pelbagai peringkat umur, pelbagai bangsa. Dekat dengan pentas penuh sampai laaa ke atas penuh. Meriah! Eerrmm… Padan laaa ramai yang sukakan Wany Hasrita ni. Dah laaa cantik, manis, slim melim, senyum jer… Ramah dengan peminat.

WANY HASRITA DUTA HIMALAYA GUARDIAN

Sesi beramah mesra ni ada kuiz. Sapa yang jawab betul soalan akan dapat hadiah menarik yang ada dalam bakul. Pilih aje nak yang mana. Nina antara yang bertuah jawab soalan Wany! Acecehhhh…. Happy sokmo kita awakkk… Nina plak memang pengguna produk Himalaya, masa menang tu Nina pilih Day Cream. Syiokkkk nya!

Pas kuiz, part selingan opkos laaaa Wany Hasrita mendendangkan lagu beliau. Fulamaakkk…!! Suara dia..  Sebijik macam dalam radio. Rasanya lebih sedap merdu dengar Wany Hasrita nyanyi live. Padanlaaa beliau memang anugerah ABPPBH yang lepas.

WANY HASRITA DUTA HIMALAYA GUARDIAN

Lepas habis persembahan Wany Hasrita ke Guardian. Kat sini pembelian produk Himalaya dapat gift dan dapat beramah mesra bergambar dengan Wany Hasrita, siap dapat tandatangan dia lagi..!!  Punya lah panjang barisan , memasing dok beratur nak dapatkan sign Wany dan bergambar bersama. Bagus orang Melaka ni, peminat Wany tak bersesak,  tenang behave jer depa beratur tunggu giliran.

Part paling best, Nina kagum dengan perwatakan Wany Hasrita yang humble, sopan, peramah, sporting melayan peminat-peminat beliau. Ada sekali tu, peminat dah bergambar pastu tak puashati mungkin gambarnya tak menepati SOP dia maka Wany Hasrita melayan sampai peminat tu puashati dapat gambar yang tercantik untuk kenangan peminatnya..  Macam-macam gelagat peminat ni. Seronok gak tengok. Hehee…

Nina leka dok tengok depa sampai Nina sendiri lupa nak beratur dapatkan tandatangan beliau. Huhuuu… ALahai… Ruginya! Entah bila laa lagi dapat jumpa live dengan Wany Hasrita ni..

WANY HASRITA DUTA HIMALAYA GUARDIAN


Tapi sempat selfie bersama si cantik manis Wany Hasrita. Tunjuk kat anak Nina jeles depa. HAhaa…

Dah ada kat Guardian, opkos laaa shopping stok keperluan family. Tengah sale kann, rugi laa tak borong! Hari tu Nina dapatkan keperluan tuk Baby Eilysa. Mandian dan lotion buat dia.

Himalaya Gentle Baby Bath

Ini antara produk Himalaya yang Nina guna. Herbal care ni sejak 1930 lagi dah ada. Produk Himalaya bagus dan serasi dengan Nina sekeluarga. Antaranya Bonissan tambah selera anak cerewet makan , Shatavari tambah susu ibu. Kalau nak cerita semua yang Nina guna 7 hari 7 malam tak habis. Banyak..!! Hari ni Nina share pengalaman Nina dengan Himalaya Gentle Baby Bath dulu eh..

Apa yang best dengan Himalaya Gentle baby Bath ?

Bebas Paraben, SLS/SLES, Synthetic Colors

Benda ni paling Nina perati dan titikberatkan sekarang sewaktu membeli barangan keperluan keluarga.  Selalu dok belek-belek, Nina lebih yakin dengan produk yang bebas bahan chemical!  Kalau korang nak tau, semua produk Himalaya ni free Paraben, SLS/SLES!

Tidak pedihkan mata

REVIEW HIMALAYA GENTLE BABY BATH

Ahaa… Bukan takat shampoo jer tak pedihkan mata, sabun mandi pun penting gak. Bukan apa, anak-anak ni bila mandi memang havoc! Segala buih yang ada depa dok main. Dengan Himalaya Gentle Baby Bath ni Nina tak risau kalau masa mandi baby tergonyoh mata ker…  Actually bukan baby jer risau mata pedih masa mandi, Nina sendiri pun agak fobia panic bila mata termasuk sabun. Pedih weyhh….!!

Dengan formulasi tidak memedihkan mata ni kaya dengan khasiat Chickpea yang memberi kelembutan buat kulit baby  dan Green Gram yang melembabkan kulit baby yang halus mulus.

Melembut dan melembabkan kulit

Antara sebab Nina sukakan Himalaya Gentle Baby Bath ni sebab  usai selesai mandi, korang akan rasa kulit badan baby korang lembut dan lembab jer… Tidak mengeringkan kulit.  Ia bertindak membersih dan sekaligus memberi kelembapan pada kulit baby. Dan …. Opkos untuk kulit kita gak! Sebab tu sesuai untuk seisi keluarga.

Mandian terbaik untuk baby

Himalaya Gentle Baby Bath ni hypoallergenic , dermatologically tested dan semestinya lembut untuk baby dan opkos lembut lagi bagus gak untuk kita seisi keluarga. Nina sukakan bau nya yang bau baby yang lembut. Asyik  menenangkan baby semasa mandi.  Kita yang dewasa ni mandi pakai Himalaya Gentle Baby Bath ni pun rasa tenang macam terapi sambil mandi …

Himalaya di  Guardian

Memandangkan event ni berlansung kat Guardian, Nina dan drugstore berpisah tiada. Dok dalam ni memang satu terapi yang menenangkan. Lama dan berejam tu normal! HAhaa… Nasib baik laaa datang ngan kengkawan, semua pun sama kemaruknya belek-belek prosuk dalam Guardian ni. Kalau dengan Geng, jenuh laaa dia menunggu. Dasar memang pompuan gini kannn? Hehee…

Kat Guardian ni ada beberapa range produk Himalaya. Ada skin care, Hair Care, Baby range. Staff Guardian  friendly,mesra pelanggan. Kalau korang malas nak round-round cari, korang tanya jer kat depa nanti depa akan kasitau kat mana tempat produk yang korang cari. Senang sangat!

Untuk maklumat lanjut korang usha jer kat sini ehh…
Fb Page Himalaya : https://www.facebook.com/HimalayaHealthcareMalaysia
Instagram Himalaya : https://www.instagram.com/himalayamalaysia
Call : +603-756 7012

WANY HASRITA DUTA HIMALAYA GUARDIAN

Seronok sakan kami dapat beramah mesra dengan Wany Hasrita. Kenangan ni kita simpan bebaik.. Mana lah tahu satu hari nanti Wany Hasrita fofular sehebat Siti Norhaliza kannn…? Why not… Dia cantik, hebat, suara bagus, humble, tak sombong dan mesra peminat. Tetiba Nina pun nak join kelab peminat dia..

Ok daaa…. Ada masa nanti Nina sambung story menarik sepanjang Nina dan kengkawan ‘me time’ kat Melaka eh.. Enjoy sakan mak mak  bila dapat peluang berjimba! HAhaaa…

Related posts:

Membongkar Teknik Tips Penulisan Blog di BENGKEL PENULISAN KBBA

Nenek bukan sebarang nenek! GRANDMAMA'S Pavilion Awesome!

Sabun TOP | Kempen ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ Bantu 420 Pelajar Orang Asli Disokong TESCO dan JA...

Kari Kepala Ikan Kerapu.... jangan dok merapu sudaa lah yea... hehehe

Lifestyle Review GuardianHIMALAYAHimalaya Gentle Baby BathHimalaya MalaysiaHimalaya WellnessInfo - ParentingInfo - SemasaTips parentingWany Hasrita

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (21)

  1. cik nor says:
    December 30, 2018 at 5:10 pm

    bestnya blh jumpa live dengan wani hasrita..cantikkan dia kak nina..:)

    Reply
  2. Mama Kembar Tiga says:
    December 31, 2018 at 7:24 am

    I pun tetiba mcm minat ngan Wany Hasrita gak hehhee. Produk Himalaya tok sah cakap laa, memang dah lama minat hehhehee

    Reply
  3. emi says:
    December 31, 2018 at 1:23 pm

    Nampak lawo betul kulit si wany hasrita ni, Agak2 skincare apa la yang dia guna ye. Ke memang semulajadi cantik pun boleh jadi jugak. Suka tengok dia, muka cantik dan lembut.

    Reply
  4. Airah Syahirah says:
    December 31, 2018 at 2:24 pm

    bestnya dapat jumpa wany hasrita. airah memang suka sangat brand himalaya ni especially pencuci muka dia memang sesuai sangat dengan kulit

    Reply
  5. Jaja Zaleha says:
    December 31, 2018 at 2:50 pm

    Cantiknya Wany Hasrita.. oh sekarang dah jadi duta Himalaya rupanya. Bila Nina cerita pasal Himalaya ni, haihh rasa berkenan pula nak cuba. Sebelum ni takde pengalaman pu
    lagi guna produk ni..

    Reply
  6. The Malaysian Trivia says:
    December 31, 2018 at 3:01 pm

    Tahniah Wany Hasrita menjadi duta produk Himalaya. Semoga sukses dan saya doakan yang terbaik untuk Anugerah Juara Lagu 33 bulan Februari nanti.

    Reply
  7. Ezna says:
    December 31, 2018 at 3:15 pm

    Cantik pulak si Wany ni eh. Nampak lembut ajer. Memang ada guna produk ni syampu dia, cream pelembab dan krim rambut tu suami yang guna. Dulu masa anak lepas kena demam campak, beli sabun Neem dia untuk anak mandi.

    Reply
  8. Tekkaus says:
    December 31, 2018 at 4:34 pm

    Memang best kan boleh bertemu dengan duta produk Himalaya. Tak tahu pulak yang dia datang ke sini. 🙂

    Reply
  9. Rawlins GLAM says:
    December 31, 2018 at 5:31 pm

    Amboi memasing dengan Wany – dah macam rakan-rakan dah memasing bergambar sakan ye. My sisters pun penggemar produk Himalaya untuk their kids.

    Reply
  10. cindyrina says:
    December 31, 2018 at 9:46 pm

    Tak tau pula dia jadi duta himalaya. Himalaya is an awesome brand. I love their skincare and also supplement. The ingredients all from good herbs and ayurveda.

    Reply
  11. julia mahir says:
    January 1, 2019 at 12:35 am

    Wahh seronok nye memasing jumpa Wany Hasrita. Kita pun kenal dia masa dia menang anugerah apa ntah hari tu kan. BSlm tu x kenal pun siapa dia huhu

    Reply
  12. Mimi says:
    January 1, 2019 at 2:04 am

    Bestlah dapat jumpa Wany Hasrita in person kan. Ramai cakap dia peramah. Sekarnag ni dia duta Himalaya ya. Bagus tu. Produk Himalaya ni pun bukan calang calang jenama kan.

    Reply
  13. ayu rafikah says:
    January 1, 2019 at 6:57 am

    wany orangnya comel dan bersopan..bagus ni attitude dia..lps jadi spokesperson himalaya, rasanya sangat baik kerana jenama ni sudah cukup popular dan maintain dnegan reputasi dengan pengguna setia selama ni..rajin korang sampai ke melaka jumpa wany hhehe

    Reply
  14. Liez says:
    January 1, 2019 at 8:02 am

    Comelkan wany hasnita tu.. liez suka betul sbb dia pun ramah.. produk himalaya mmg liez pakai untuk anak2 sbb berkesan sgt.. even liez pakai shampoonya.. utk rambut gugur.. nmpk perubahan

    Reply
  15. Kayathre says:
    January 1, 2019 at 8:59 am

    I like himalaya products. Many skincare products at my house are from himalaya. Very good on skin.

    Reply
  16. Zharif Azis says:
    January 1, 2019 at 9:43 am

    Wahhhh bestnya kak Nina dapat berjumpa dgn Wany Hasrita. Memsng minat dgn lagu2 beliau. Suara pon sedap n lunak. Tak sangka dia jadi duta produk Himalaya nie. Xdinafiksn produk nie mmg bagus dan natural

    Reply
  17. Nadia johari says:
    January 1, 2019 at 10:51 am

    Amboii bestnya you alls dapat jumpa wany ye.. Wany cantik dan peramah orangnya ya.. Produk. Himalaya baby tu nad pun ada pakai kan utk aanak.. Memang best.. Mak pun tumpang sekali pakai.. Hahaha

    Reply
  18. Saidila Rahman says:
    January 2, 2019 at 1:22 am

    memang best kan dapat jumpa Wany Hasrita…comel tapi dalam masa yang sama rupanya dia suka buat lawak…betul2 rasa selesa walaupun first time jumpa….memang layak sangat menang ABPH ….

    yang baby range Himalaya tu dah syorkan kat anak buah pakai untuk anak dia…ai pulak guna Skin Nourishing Cream dia….besttttt

    Reply
  19. henrytan says:
    January 2, 2019 at 8:41 am

    wany is so prettyyyyy! so nice you get to take photo with her, i also wanttttt! haha hopefully i get to try the product too, oh and meet her as well! 😀

    Reply
  20. Rane Chin says:
    January 2, 2019 at 10:01 am

    Wany Hasrita so cantik in real person. she is so fair kan! Nice la dapat selfie with her. the products also seem good to use for the whole family.

    Reply
  21. TENGKUBUTANG says:
    January 2, 2019 at 5:06 pm

    wah.. syampu tu tak pedihkan mata yea? bau dia macam mana> best tak? nak try jugaklah syampu himalaya.. sebelum ni try jenis lain.. tak ingat dah beli apa time tu.. tapi memang tau jenama himalaya ni memang ok.. wah.. dapat tengok wan hasrita secara live lak tu ye..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2026 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes