Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Sinopsis Drama MIMPI SABRINA TV3
July 15, 2019July 15, 2019

Sinopsis Drama MIMPI SABRINA TV3

Selepas tamatnya kisah lakonan hebat Fattah Amin dan Azar Azmi dalam drama Cetera Hati Diya TV3  Slot Samrinda yang baru menampilkan lakonan Che Puan Juliana Evans yang cantik manis. Suka sangat tengok beliau dalam drama ni… Sinopsis Drama MIMPI SABRINA TV3

Isi Kandungan hide
1 Sinopsis Drama Mimpi Sabrina TV3
2 Related posts:
3 Anak Rabun Silau? Cermin Mata Untuk Eilman
4 JK1M JOM KURUS TEAM KLCC KAPTEN BLACK Terbaik laaaa...!!
5 Amboi … !! Kemain eksyen Eilhan ada koleksi pinggan Upin Ipin. Boleh dapat FREE jer… Korang nak ke?
6 Resipi Cara Buat ICE CREAM Ala MAGNUM HOMEMADE

Sinopsis Drama Mimpi Sabrina TV3

Mimpi Sabrina mengisahkan percintaan antara dua darjat iaitu antara Sabrina (Che Puan Juliana Evans) anak seorang hartawan yang memiliki perniagaan perhotelan dengan Fahrin (Erwin Dawson), adik kepada pembantu rumah yang bekerja di villa milik keluarga Sabrina.

Namun begitu disebabkan kekuatan cinta yang kukuh hubungan mereka tetap terjalin sehinggalah akhirnya berkubur begitu sahaja apabila Fahrin dipenjara atas kesalahan yang dia tidak lakukan.

Sejak itu mereka dipisahkan. Fahrin dipenjarakan atas tuduhan cubaan merompak, manakala Sabrina pula dinikahkan dengan Ridhuan (Josiah Hogan) sepupunya sendiri demi menyelamatkan perniagaan ayahnya yang sedang mengalami masalah.

Sinopsis Drama MIMPI SABRINA TV3

Setelah tujuh tahun berlalu, cinta yang berkubur itu bertaut semula apabila Fahrin dan Sabrina bertemu semula tanpa sengaja dalam suasana yang cukup berbeza.

Sabrina sebagai jurugambar yang terkenal, manakala Fahrin pula muncul sebagai usahawan berjaya namun kekayaannya menjadi misteri.

Ridhuan yang kecewa dengan Sabrina kerana tidak memberikan cinta kepadanya, kembali kepada bekas kekasihnya Farah (Tasha Shilla), yang juga seorang model terkenal. Kerana kecewa dan terasa dikhianati, Ridhuan menjadi seorang yang tidak amanah sehingga menyebabkan syarikat mereka menghadapi masalah kewangan yang serius.

Fahrin pula sengaja mengaburi mata Ridhuan dengan menawarkan bantuan kewangannya itu. Fahrin mengambil kesempatan kerana dia ingin memancing kembali perhatian Sabrina semula.

Adakah Sabrina akan kembali menjalin kasih bersama Fahrin dan terus melupakan Ridhuan?

Sinopsis Drama MIMPI SABRINA TV3

JUDUL : MIMPI SABRINA
JUMLAH EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 2019
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENGARAH : Nizam Zakaria
PRODUKSI : Radius One Sdn Bhd
PELAKON : Juliana Evans, Josiah Hogan, Erwin Dawson, Tasha Shilla, Marisa Yasmin, Amy Mastura, Roy Azman, Jelita Murni, Hamidah Waahab, Ikhram Juhari, Puteri Khareeza, Ilman Saldi

WATAK PELAKON
Juliana Evans sebagai Sabrina
Josiah Hogan sebagai Riduan
Erwin Dawson sebagai Fahrin
Tasha Shilla sebagai Farah

Tengok jangan tak tengok tau! Lakonan Amy Mastura memang superb. Seronok tengok keletah dia yang natural. Lokasi pengambaran pun lawa cecantik. Suka sangat! Tempat yang tak de kat memana drama yang selalu kita tengok. Pakaian Che Puan Juliana Evans pun smart seyhh… Stylo

Jangan lupa untuk mengikuti drama Mimpi Sabrina setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di TV3. Kot korang terlepas siaran, boleh laaa try usha kat http://www.tonton.com.my

Hari Rabu – Jumaat jam 10pm lak, slot Lestary drama  lakonan Fasha Sandha, Fauziah Nawi dan Nafiz Muaz. Naskah berat ni memang in dengan lakonan Fasha Sandha. Tengok gak tau!

Related posts:

Anak Rabun Silau? Cermin Mata Untuk Eilman

JK1M JOM KURUS TEAM KLCC KAPTEN BLACK Terbaik laaaa...!!

Amboi … !! Kemain eksyen Eilhan ada koleksi pinggan Upin Ipin. Boleh dapat FREE jer… Korang nak ke?

Resipi Cara Buat ICE CREAM Ala MAGNUM HOMEMADE

Lifestyle Review Amy MasturaDrama sangatErwin DawsonJuliana EvansMIMPI SABRINASinopsisTV3

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes