PROMOSI BUFFET RAMADHAN Masakan Kampung Sejati di Kuala Lumpur International Hotel
Ahaa… terliur tak? Kari ketam ni menggoda sungguh kan…?? Korang bayangkan isi nya yang segar, manis bersama kuah kari pekat yang memikat rasa. Makan lak ngan nasi panas-panas! Gerenti korang makan hingga menjilat jari hingga ke titisan terahir kuahnya dan kasi licin pinggan. Kannn….?? BUFFET RAMADHAN Kuala Lumpur International Hotel
Ker korang suka makan kari cecah ngan roti. Aduyai … boleh habis sebuku roti dibuatnya! MasyaAllah … Dugaan apakah ini..?!? Tolong jangan kecam Nina.. Hamba tak bersalah. Maaf kan kami penunggu gua, maaf kan penunggu gua. Eh! tetiba lak dialog Nujum Pak Belalang. hahaa…
Kat mana Kari Ketam ni…??
Meh Nina share ngan korang… Macam sakit jiwa lak gamaknya kalau Nina dok saja tayang gambar Kari ketam tu kat korang kann…!
Ok, ni nak habaq. Kari ketam tuuu ada kat Buffet Ramadhan di Kuala Lumpur International Hotel. Kat Toppot Cafe, Aras 4 Kuala Lumpur International Hotel (KLIH), Lorong Haji Hussein 2, off Jalan Raja Muda Abdul Aziz, 50300 Kuala Lumpur. Tahun ni tema depa Masakan Kampung Sejati . Macam sakit hati lak nengok gambar Nina kann… hehe
PROMOSI BUFFET RAMADHAN Masakan Kampung Sejati’ di Kuala Lumpur International Hotel
Usai melangkah masuk ke restoran, barisan sajian buffet pasti menggamit selera dengan beberapa sudut ‘live cooking’ yang menjanjikan keenakan dan keaslian masakan tradisi. Saat berbuka lebih menyelerakan dan terasa seperti menikmati hidangan di kampung apabila nasi panas dihidang bersama deretan lauk pauk pelbagai jenis. Macam-macam hado!
Oh.. Siput sedut masak lemak cili api. Mmmm…. nyum nyum! jahat Nina jahat! Wakakaa
Haishh … Tak akan toleh kiri kanan tatkala ngadap lauk kampung sejati ni. Sapa tak reti makan siput sedut memang insan yang rugi. Sroott sroott …!! Ssyyhhh…. Sroott sroottt…!! Aarghhh… Peduli apa kat hotel atau kat rumah. Asyik weyyy layan setiap sedutan siput sedut masak lemak cili api ni weyy….
Daging Salai Masak Lemak. Lauk ni memang Masakan Kampung Sejati. Korang bayangkan… Tatkala gigitan dagingnya yang empuk, lembut, terasa bauan salai yang memukau bersama kuah pedas berlemak memang meruntum jiwa raga! Kann….
Sotong Tumis Jintan. Kenapa dikau begitu menggoda keimanan ini?! Haishh …. udah udah … Jangan tenung lelama. Nina sendiri pun terliur ni sambil type entri ni. Padan muka sendiri Wakakaa…
Banyak menu yang best best kat sini. Antaranya kari kepala ikan, ketam kari alabonda, sotong tumis jintan, siput sedut lemak keledek, daging kurmautara, gulai ikan tongkol, daging salai masak lemak, gulai nenas ikan masin dan ikan kembung dan pari panggang dibalut daun pisang dan air asam.
Bukan itu aje! Keenakkan sebanyak 30 aneka jenis kerabu dan 15 jenis sambal yang dihidangkan berbeza setiap hari pastinya membuka selera.
Kerabu ohh.. Kerabu
Masakan Kampung paling Nina suka kerabu! Makan ngan nasi panas-panas memang terbuka segala sudut selera anak tekak ni. Paling Nina suka Kerabu Mangga. Dengan hirisan mangga yang masam manis, ada hirisan bunga kantan, cili, kena lak taburan kacang ranggup. Hadoi … kecuq air liuq chek. Oopsss…. puasa!
Selain kerabu mangga, ada juga Kerabu sotong, daging salai, jantung pisang, rebung, surimi, pucuk gaus, limau barli, nangka muda, pucuk paku, obor-obor dan banyak lagi . Pekena lak dengan 15 jenis aneka sambal antaranya dabu dabu manado, sambal ijo, berembang asem, udang geragau yang garing dan pedas, udang kering nyonya, lonteh, sambal hitam Pahang, cencaluk, tempoyak, budu dan belacan yang sedap dicicah pelbagai jenis ulam-ulaman segar. Masakan Kampung yang sangat sejati gitu kannn….??
Dessert / Pencuci Mulut
Kuih-muih Tradisional , Aneka Bubur
Manis-maniskan selera dengan kuih-muih tradisional ; tako, seri muka, kole kacang, lopez dan cucur badak. Bukan tuu aje! Aneka bubur pun ada. Bubur kacang hijau, pengat labu dan bubur lambuk. Juga disediakan agar-agar aneka rasa dan puding dengan variasi warna menarik dan rasanya yang pelbagai.
Sambil menunggu solat Terawih, menu diteruskan dengan roti jala dicicah kari ayam atau serawa durian, sago gula Melaka atau goreng pisang, keledek dan keropok lekor.
Lok-Lok..!! Banyak nya pilihan …
Kalau korang minat yang cucuk-cucuk ni atau nama sebenar dia Lok-Lok, kat sini banyakkkk pilihan! Antaranya ada telur puyuh, bebola ikan,udang, isi ketam, sotong dan tauhu yang enak dimakan bersama sos cili dan sos manis. Jangan lupa air buah-buahan bermusim yang dibancuh sedap, segar dan menyelerakan hingga ke titisan terakhir gitu… Chewah
Moreh Percuma dan aktiviti Ramadhan
Disamping itu, pihak hotel juga menyediakan acara moreh secara percuma setiap hari kepada para jemaah yang menunaikan solat Terawih di surau KLIH. Disediakan juga aktiviti harian lain sepanjang bulan Ramadhan ini, antarnya tazkirah sebelum waktu buka puasa dan pengedaran surah Yassin.
Harga
RM69.00 bersih – Dewasa
RM35.00 bersih – kanak-kanak (4-12 tahun)
Bestnya kann…. harga ni termasuk GST! Bagus kann….
Waktu Buffet
Sajian Buffet Ramadhan ini bermula seawal hari pertama bulan Ramadhan sehingga menjelangnya malam Aidilfitri, setiap hari dari jam 6.30 petang – 9.30 malam
Surau
Kat KL International Hotel ni kann.. Korang boleh turut serta ikut sembahyang Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah di surau yang akan dipimpin oleh Imam bertauliah yang dijemput khas.
Kaunter Zakat
Sebelum balik nanti, kot korang nak bayar zakat fitrah kat sini pun boleh. Ada kaunter zakat fitrah kat lobi hotel pada 20 – 27 Ramadhan yang dikendalikan oleh pegawai Pusat Pungutan Zakat. Alahai … Bagusnya , memudahkan cara! Terbaik laa
Tada…!! Selfie sikit Chef
Sajian bufet Ramadhan disediakan oleh Chef berpengalaman yang terkenal dengan air tangan bonda, Eksekutif Chef, Kasim Man yang telah 36 tahun di dapur hotel. Dibantu Pembantu Chef, Kamal Ariffin, Azlan, Izwan, Izwani dan Zaharah.
Promosi lain
Sebagai tanda penghargaan pihak hotel turut menyediakan pelbagai insentif dan promosi ditawarkan bagi memeriahkan promosi tahun ini. Nikmati promosi Diskaun Kredit Kad, Pakej Bilik Mesyuarat Percuma, Pakej berkumpulan, pakej Ahli Facebook, Pakej Penajaan, Baucer Pra-bayar dan Set Pakej Katering ‘Take- Away’.
Amacam… macam best dan berbaloi-baloi kann..?? Kot korang nak booking ke, nak tahu info lagi terperinci pasal promosi ni, korang berhubung terus ngan En Azli bin Ariffin, Pengurus Jualan & Pemasaranditalian 019 3822 100 atau layari www.klitel.com.my.
Ppssttt >>>> Ampun maaf yaaa andai entri Nina ni membuat jiwa raga korang terasa sakit nya tuh di sini… Bukan niat tapi sharing is caring info tuk korang 🙂
Salam Ramadhan buat semua..
jom la kak nina kita p makan disini. boleh rasa makanan bestnih
Ketam ngan Siput Sedut tu MENGGODA
Kari ketam cicah roti.,.perghhhh dapnyaaa!
Walaupun tati x boleh makan ketam.. tapi tgk gambar nina ni mmg kecuq ayaq liuq baq ang..
Sedapnya kari ketam tu.. Nampak menggoda
sakit jiwa pulak tengok gambar makanan ni pagi-pagi… menggoda aihh
Sedapnya pilihan kerabu tu. Pastu harga bufetnya pun xdelah mahal sangat, berpatutan!
jahat sangat menu menu dia.
kari ketam tu kalau dapat memang puas hati.
kena dengan harga.
Harga dia not bad.. menu mengancam aduuuu
Aduhhhh menggodanyaaaaa, ketam tuuuu!
Lauk kampung kegemaranku….nak kena pergi ni…
Siput seduttt febretttt tu aarghhh
Menggodanya menu diaaa…kerabu tu pun fevret IQ!
Owhhhh tiiiddaaakkkkk… smua favorite Eyda… ketam, siput sedut kerabu… huwaaaaa….
Sedapnya!! ❤️❤️
sedapnya, siput sedut, kerabu..masyallah..