Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Order Food Panda Online Delivery
November 15, 2020March 31, 2023

Kini Makanan Itali Hanya Di Hujung Jari

Kini Makanan Itali Hanya Di Hujung Jari

Isi Kandungan hide
1 Kini Makanan Itali Hanya Di Hujung Jari
2 Order Food FOODPANDA Online Delivery Makanan Itali Kini Dihujung Jari
2.1 Foodpanda Menawarkan Pelbagai Menu Itali Yang Menyelerakan
3 Related posts:
4 PAKEJ HAJI SWASTA BERSAMA MKM TRAVEL
5 RESORT AGROFARMSTAY MELAKA | Tempat best seminar/ team building / wedding
6 JANGAN SEDIH LAGI! INI CARA PALING BERKESAN HILANGKAN PARUT JERAWAT BERLEKUK BERLUBANG MENGGERUTU
7 Sinopsis Drama AKU YANG KAU GELAR ISTERI Seram! Realiti tentang Susuk Sihir Syirik

ITALI. Sebut saja tentang Itali terus terbayang akan pemandangan negara itu yang sangat cantik. Tetapi untuk bercuti semestinya sudah tidak boleh seperti dulu lagi. Itali tidak hanya terkenal dengan rupa bentuk negaranya malah pada jenis makanannya juga. order food FOODPANDA Online Delivery

Dari tiramisu berkrim hingga carbonara yang mengenyangkan, tak lupa juga spaghetti pedas dan lasagna sayuran termasuk pelbagai pasta beraneka bentuk, semuanya adalah gambaran sebenar untuk negara Itali.

Dan kita di sini agak bertuah kerana walaupun jauh dari lokasi sebenar negara Itali itu tetapi makanan Itali tersebut ada di dalam negara ini. Kemunculan restoran Itali yang semakin banyak dengan menu makanan lazat berbeza, benar-benar boleh menambat selera sesiapa saja yang ingin mencuba menu-menu asli dari negara Itali ini.

Tidak hanya itu, makanan Itali ini turut boleh dipesan secara online hanya dengan menggunakan hujung jari. Terpaksa berada di rumah sepanjang tempoh berkurung nampaknya bukan lagi satu alasan kerana saat ini, makanan Itali seperti pizza, pasta, tiramisu dan sebagainya sudah ada dalam talian.

Bagaimana nak order food untuk menu Itali ini? jawapan yang paling mudah adalah FOODPANDA!

Terdapat puluhan pilihan restoran yang menggoda dalam senarai Foodpanda, jadi kita boleh memanjakan diri dengan pilihan-pilihan ini. Sekiranya terasa sukar untuk memilih menu makanan Itali manakah yang patut dicuba dan tidak mengecewakan, apa kata kalian cuba salah satu dari lima menu di bawah ini.

Order Food FOODPANDA Online Delivery Makanan Itali Kini Dihujung Jari

#1 – Pizza Margherita

Suka pizza panas dan segar yang baru keluar dari oven? Jika suka maka Margherita Pizza adalah pilihan yang paling tepat. Ia merupakan salah satu hidangan Itali yang paling digemari dan hanya memerlukan beberapa ramuan sederhana saja. Tetapi rasanya memang sangat sedap dengan kombinasi bahan segar seperti tomato dan keju mozzarella yang tidak akan mengecewakan.

#2 – Risotto Cendawan

Risotto Order Food Panda Online Delivery

Sepinggan risotto yang digabungkan dengan kebaikan cendawan. Semangkuk risotto cendawan yang sihat mempunyai faedah lebih banyak daripada yang kalian fikirkan. Ia merupakan sumber protein yang hebat, antioksidan kuat dan bahkan mempunyai sifat melawan kanser. Dan bagi yang belum tahu, risotto merupakan hidangan dalam bentuk nasi.

#3 – Spageti Aglio Olio

Spaghetti Aglio Olio Order Food Panda Online Delivery

Spageti merupakan satu hidangan pasta Itali yang asli. Ia boleh dimasak dalam pelbagai cara dan salah satu daripada menu yang paling mendapat sambutan ramai adalah spageti aglio olio yang enak.

#4 – Tiramisu

Tiramisu Order Food Panda Online Delivery

Perkataan ‘tiramisu’ dalam bahasa Itali bermaksud ‘pick-me-up’. Tiramisu ini pasti akan menggembirakan hati para pencinta pencuci mulut. Dengan biskut kek jari span yang direndam dalam kopi, diletakkan pula secara berlapis-lapis dan dioleskan dengan campuran mascarpone berkrim. Gabungan krim dan kopi ini memang sangat mengagumkan.

#5 – Lasagna

Lasagna Order Food Panda Online Delivery

Hidangan Itali tidak akan lengkap tanpa Lasagna dan rahsia lasagna terbaik terletak pada sos bolognese buatan sendiri yang sempurna. Lasagna merupakan sebuah hidangan hasil gabungan daging, keju parmesan, sayur-sayuran dan roti bacon. Sekali makan pasti akan jatuh cinta kerana lasagna ini mempunyai aneka rasa seperti masam manis pedas yang bercampur menjadi satu.

Foodpanda Menawarkan Pelbagai Menu Itali Yang Menyelerakan

Nama Foodpanda sebagai salah satu penghantar makanan di Malaysia memang sudah tidak asing lagi. Warna merah jambu dengan maskot panda yang comel dengan sangat mudah mampu diingati dan melekat di hati para pelanggan.

Lagi-lagi dengan pelbagai menu yang ada di dalam website atau aplikasi mereka. Dari makanan tempatan asli sehinggalah kepada makanan cina, barat dan Itali, semuanya ada di Foodpanda.

Order Food Panda Online Delivery

Paling penting, ketika membuat pesanan pastikan di baca segala butiran lengkap mengenai makanan tersebut. Sila ambil peduli tentang status Halal dan Non-halal yang turut ditunjukkan. Takut nanti akibat terliur dengan jenis pilihan menu hingga terlupa untuk lihat status mengenai makanan tersebut.

Secara keseluruhan, dengan adanya perkhidmatan penghantaran makanan hanya dengan hujung jari seperti ini, secara tidak langsung ia dapat membantu ramai pelanggan. Lagi-lagi jika yang terasa penat saat baru pulang dari kerja atau mungkin kebetulan rasa tak sihat dan ingin makan itu dan ini.

Asyik dengan nasi dan lauk pauk, sesekali ubah selera dengan memesan pizza, pasta, tiramisu dan spageti secara dalam talian begini seronok juga. Makin best bila dapat nikmati secara beramai-ramai dengan pasangan dan anak-anak.

Related posts:

PAKEJ HAJI SWASTA BERSAMA MKM TRAVEL

RESORT AGROFARMSTAY MELAKA | Tempat best seminar/ team building / wedding

JANGAN SEDIH LAGI! INI CARA PALING BERKESAN HILANGKAN PARUT JERAWAT BERLEKUK BERLUBANG MENGGERUTU

Sinopsis Drama AKU YANG KAU GELAR ISTERI Seram! Realiti tentang Susuk Sihir Syirik

Review Travel Food DeliveryFood PandaFood reviewFOODPANDAInfo - Food ReviewMakanan Hantar RumahMakanan ItaliOnline DeliveryOrder FoodService delivery KLTempahan Online

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (18)

  1. bae roslan says:
    November 17, 2020 at 6:51 pm

    lasagna memang forever favourite food. cuma susah nak cari lasagna yang menepati selera.

    Reply
  2. Fiza Aizzawa says:
    November 17, 2020 at 7:33 pm

    mmg dasyat food panda nie.. nak
    makan apa cari je kat apps tu..

    Reply
  3. Sis Lin says:
    November 17, 2020 at 8:03 pm

    Harini pagi tadi sarapan kita order Foodpanda hehehe beli Laksa Johor..
    Senangkan ada kemudahan online gini.. pilihan menu pun banyakkk… camne laa nak kurus ek hahahaha

    Reply
  4. Fadima Mooneira says:
    November 17, 2020 at 9:16 pm

    Wow……what a good package. I love eating Italian foods. Thank you for sharing this with me.

    Reply
  5. Fadima Mooneira says:
    November 17, 2020 at 9:16 pm

    Wow……what a good package. I love eating Italian foods. Berbaloi sgt package nie. Thank you for sharing this with me.

    Reply
  6. Ana Suhana says:
    November 17, 2020 at 9:40 pm

    Alahai kak, memalam baca makanan itali ni buat kita craving teruk dekat lasagna dengan aglio olio tu. Aishh ada gak yang buka FP esok ni order satu menu itali. Hehe

    Reply
  7. Veronica says:
    November 17, 2020 at 10:14 pm

    With this kind of food at home, I can really felt that I am in Italy! The lasagna looks so tempting! Time to order food panda! But it depends on the area though! Hopefully, food panda will arrange to send to 42200,Kapar. This is where I stay.

    Reply
  8. Nadia johari says:
    November 17, 2020 at 11:50 pm

    Sedapnya semua.. Makanna itali semua nampak menyelerakan. Senang bila ordr dengan foodpanda.. Search je..

    Reply
  9. Ummi says:
    November 18, 2020 at 4:01 am

    Dalam banyak2 makanan Itali, cuma risotto je saya belum pernah cuba. Teringin juga. Yg dalam gambar tu nampak sedap!

    Reply
  10. siennylovesdrawing says:
    November 18, 2020 at 4:38 am

    totally buy in to you that we can now enjoy italian foods, not limiting, we can also enjoy Indian dishes, western dishes with just order with food panda 😀 so conveniene easy 😀 yummy!! cheers, siennylovesdrawing

    Reply
  11. Grace Ng says:
    November 18, 2020 at 9:50 am

    oh my god all these italian food you mentioned are divine and i cant decide which one i like best. gonna foodpanda it later

    Reply
  12. Rane Chin says:
    November 18, 2020 at 11:03 am

    I love Italy food and dessert a lot. Miss those I indulge in Europe trip last time. Their pizza sooooo goood!

    Reply
  13. Mi says:
    November 18, 2020 at 11:22 am

    Alamak italian food ni mmg peberet pastu now food panda pun dah ada buat penghantaran so mmg kena sgt la..k nak order now!

    Reply
  14. Ayu Rafikah says:
    November 18, 2020 at 12:24 pm

    Sedapnya makanan kat sini semuanya… Boleh dikatakan fav.. nanti nak cubalah .. teringin

    Reply
  15. Aisya Ismail says:
    November 18, 2020 at 4:27 pm

    Uiiii sedapnya. Terus tengok food panda tapi xde pun. huhuhu

    Reply
  16. laptop bags says:
    December 17, 2020 at 2:29 am

    Very beautiful blog. Thanks for share

    Reply
  17. Laptop bags in Pakistan says:
    January 22, 2022 at 10:53 pm

    laptop Bags in Pakistan on low-cost best laptop Laptop backpacks bags price in Pakistan. At Bag store, we offer messenger bags, sleeves, classic bags, premium bags, backpacks, travel bags, rollers, and MacBook bags of reputable brands such as Targus, genius, Logitech, Tucano, and verbatim.

    Reply
  18. Laptop bags says:
    January 23, 2022 at 3:21 am

    laptop Bags on low-cost best laptop Laptop backpacks bags price in Pakistan. At Bag store, we offer messenger bags, sleeves, classic bags, premium bags, backpacks, travel bags, rollers, and MacBook bags of reputable brands such as Targus, genius, Logitech, Tucano, and verbatim.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes