As’salamualaikum dan Salam Sejahtera… Hari ini 1 Februari 2016 Wilayah Persekutuan cuti sempena Hari Wilayah. Bestnya MyGang tak keje. Memandangkan Nina dah lamaaaaa tak keluar jengjalan sendiri ala single so MyGang dengan berbesar hatinya izinkan Nina merewang jalan ngan kengkawan blogger Nina. So tugasan Nina sebagai surirumah untuk hari ini MyGang ambil alih uruskan anak-anak. Yeayy…!! Sayang abang…. muahhh..!! OOpsss..!! Censored Tuuttt~
Nina dok perati tengok ramai kengkawan lain dah terjah makan kat Garage 51 Cafe Bandar Sunway yang ala hipster dan tengok banyak menu yang best lalu menikam selera di kalbu. Gempak-gempak nampak gambar derang. Bila Bella dan Lan Careno ajak lepak kat sini hari ni, Nina pun apalagi…. Yes nak join..!! Teruja nak keluar jalan sendiri dan menikmati saat santai bersama kengkawan lak. Paling terbayang-bayang dari semalam, nak pekena air dia yang nampak sangat syiokkk pada pandangan mata Nina. Hari ni nak tengok live dan rasai sendiri menu lain daripada yang lain yang ada kat Garage 51 Cafe ni.. Tak best laaa dok tengok gambar aje kann..??
Dari rumah Nina naik tren komuter dan turun kat Stesen Komuter Subang Jaya. Pastu naik teksi depan Subang Prade. Memang sengaja jalan jauh sikit, tak mau naik kat depan stesen. Mahal cekik darah harga depa! Standard harga tak pakai meter. Abaikan jer ya…. Ok, Nina naik teksi (pakai meter – baik Pakcik ni.. Terima kasih ya ikut undang-undang) terus ke Bandar Sunway Jalan PJS 11/9 betul-betul depan Sunway University. Nak tau berapa kena – RM10 aje. Pakcik ni ikut shortcut jalan kawasan rumah. Hehee… ***Untung Nina*** 😉 Kawan lain kata, waze jer pun sampai…
Usai masuk ke Garage 51 Cafe ini, mata Nina tertumpu pada dekorasinya yang simple, kemas, santai. Bertema kan Garage kereta. Ada tong minyak besar yang dijadikan kerusi. Meja kayu yang klasik. Berkonsepkan warna hitam yang menawan. Oooo… ini lah kot yang depa dok kata cafe ala Hipster. Mmm…. Menarik! suka suka
Semua dah sampai, part order yang haru… Dah laa sekarang ni Nina dok kekurangan DHA, lagi laaa lambat nak buat keputusan. Nina paling last order! hehe… Mau tak, semuanya nampak sedap, menarik tertarik kau memang debomm. Alahai… Apa nak order ni. So masing-masing order berlainan menu dan dapat rasa semua! Bijak kann…?? Hahaha . . .
Tadaaa…!! macam biasa, air sampai dulu… Hah… jemput cuci mata naaaa.. Tolong jangan jilat skrin tau! Malu aih orang nampak. Hehee . . . Sila simpan gambar ni masuk dalam mimpi, mana lah tau kot esok bangun pagi tetiba dah ada kat sebelah! Iyer dak?? Poyo sungguh punya statement HAHAHA…!! **Saje gelak huruf besar** Ehh.. Bukan, simpan gambar pastu esok pegi terjah okey!


Tengok air macam tak caya kann tu air? Nampak heavy…. Acutally tak juga, rasa yang sedang elok manisnya, memang kena dengan main menu yang lain. Kot mana yang diet tuu, minum air ngan appetizer yang ringan pun dah cukup kenyang dan berbaloi.
Pastu Sue Izza order appetizer Mushroom Soup. Vavavaa…. Garage 51 punya citarasa nya yang tersendiri – lain dari lain. Sedap! Terasa mushroom mahal yang digunakan. Banyak lak tuu isi mushroom nya. Cecah roti memang heaven.
Amacam ..?? Dah tengok ada terasa teruja ala hipster macam Nina tak? hehee . . . Kot korang teringin nak try sendiri, pi terjah dan nikmati menu-menu istimewa di Garage 51 Cafe. Ini hanya sebahagian menu tau… banyak lagi yang kebabomm…!! Sila kuatkan semangat pi intai-intai menu lain kat
Facebook : www.facebook.com/garage51my
Instagram : www.instagram.com/garage51my
Alamat :- Garage 51, 51, Jalan PJS 11/9 Bandar Sunway47500 Petaling Jaya.
Landmark :- depan Sunway University
Waktu perniagaan : 11pagi – 11 malam

Hurmm…. Selesai sudah episod makan-makan, minum-minum, lepak-lepak santai.. Sesekali terasa indahnya ada kawan yang sama kepala dan citarasa. Tambahan lagi punya hubby yang amat sporting.. Beruntung bertuah laa hai Nina. Syukur Alhamdulillah . . .
ppssttt >>>>> Tadi kan, staff dia yang sangat ramah-tamah, helpful sempat pesan.. Chinese New Year nanti, Garage 51 Cafe beroperasi seperti biasa. So korang boleh laaa serbu..!! Lagi satu Nina lak nak pesan, kalau jadi pegi nanti kannn.. jangan lupa ajak Nina tau! Belanja ehh… hehee . . . . Tak sabar nak pegi lagi, dah sampai rumah pun dok terbayang-bayang lagi menu mereka. Haru haru hahaa
nampak sedap oke…ice blended pakcik tu macam perghhh !
menarik nampak makanan tu..tempat pun unik…..
Teringin nak datang!
terujaa angat bila la nak bole p nii..
Gigil tengok. Pegi x hajak.. sob sob.. hihi
Semua nampak sedap!
Hehehe semangat tgk gambar kak nina nie..rasa nak terjah tapi jauh..kikikikiki..enjoy jer nampaknya..makanan minuman pon nampak sodappp tuuu..
Menarik sangat deco dan menu makanan..teringin nak pergi ..
Nak ice blended satu!!!
Spray to pun sedap!
Next cafe hopping spot!
Nampak sedap tu. Dekat je dengan rumah
alahai…terliur tgk air tuu di pagi hari…huhuhu
Sedapnye…. Banje kak nina… Hehehe
Sedapnye kak nina…. Banje mera.. heheheh
mochatella tu nampak menarik…tapi memang semuanya nampak sedap dan menarik…kak long percaya dengan selera nina…..hihih tak sabar jugak nak cuba…..
Menarik la ada picagari tu hehehehe lain dari yang lain besar plak tu hidangan puas makan.
adeh terasa2 plak kat tekak air dengan biskut jkering tu…ada pegi lagi ni kang heheheh sedap tul
hipster gileeeeee
and gambar kak nina membuatkan minuman and makanan nampak tempting okayy
Nampak menyelerakan..rasa nak terjah je sekarang
terliur tengok makanan tu hahahah
Ok SA dah teruja..nak pi gak..tgh pujuk cik abe tu…harap2 lulus..
jalan2 kat blog akak ^^
Madihah… jalan-jalan terleleh ayaq liuq tak? Hehee