Nama Amelia Henderson trending tahun lepas 2020 angkara penangan hebat dalam Drama PENGANTIN 1 MALAM . Bergandingan dengan Nazim Othman. Kali ni slot Akasia TV3 diserikan kembali Amelia Henderson bersama Sean Lee. Hurmmm . . . Sean Lee not bad jugak lakonan beliau dalam Drama Sweet Dreams . ROMANTIKA 4 HARI 3 MALAM
Ada chemistry kah gandingan Amelia Henderson dan Sean Lee dalam Drama ROMANTIKA 4 HARI 3 MALAM ini.
Sebelum ni suka dengan lakonan Syafi Tee dalam Hadiah Dari Tuhan. So kali ni hope semakin bagus lakonan beliau. Ada beberapa barisan pelakon lain yang agak baru menjayakan drama ini antaranya Wafariena, Nynaa Harizal. Tak lupa pelakon senior Aida Aris , Lisdawati , Zila Baharin , Ohsin Ahmad memantapkan lagi drama ini.
Drama ni agak catchy! Ada beberapa icon comel memeriahkan scene. Contohnya saat Amar terpandang kali pertama kat Lana , tetiba lak adanya icon ‘LOVE’ sup dap dup dappp kat dada Amar. HAhaa . . . Lawak seyhhh tapi ok laaa comel.
Suka lak tengok style rambut Sean Lee dalam drama ni kannn?
Bakal trending kah sepertimana style rambut Ben Amir dalam Sweet Dreams?
Sinopsis Drama ROMANTIKA 4 HARI 3 MALAM
Lana Analia lakonan Amelia Henderson memang menjadi impiannya untuk menjadi seorang wartawan yang hebat. Dia ditugaskan oleh bosnya yang amat tegas lagi garang lakonan Aida Aris untuk menulis rencana untuk ruangan Blind Date . Maka berlakunya janji temu demi janji temu diatur. Setiap kali dating yang di atur untuk segmen Blind date itu, dia berharap agar dipertemukan dengan lelaki sempurna.
Namun entah apa malangnya, lelaki-lelaki yang dating dengannya ada sahaja yang tidak kena. Macam-macam perangai hado! Yang pertama semasa dating sibuk nau dengan smartphone dia. Ingatkan sibuk keje dengan phone rupanya sedang berjuang main game. Hadoi . . . Parah sungguh!
Perangai playboy, cakap besar, anak manja, sombong, selekeh, pengotor dan macam-macam lagi. Psiko pun ada! Menerusi artikelnya disampaikan setiap kekecewaan itu. Artikel pertamanya Blind Date bersama Mr. Tak Boleh Brain disukai dan mendapat pujian bosnya. Seronok sakan Lana. Terus-terusan pula rencananya mendapat pujian dan semakin diminati sehingga namanya dikenali ramai. Artikel ke-2 Mr Poyo meletop letop. Femes Lana! Terus jadi anak emas bos dia..
Amar lakonan Sean Lee seorang yang berjaya tapi sentiasa rasa sunyi , tiada teman wanita dan jiwa kacau katanya. Ibu Amar asyik bertanyakan perihal calon isteri dan ini membuatkan Amar lebih tertekan. Amar punya teman baik – Hisham lakonan Syafi Tee seorang playboy cuba mengajar Amar cara mencari teman wanita untuk Amar.
Satu hari semasa Amar dan Hisham minum di sebuah cafe, Amar terjatuh cinta pandang pertama pabila ternampak Lana yang sedang makan di cafe yang sama. Entah kenapa, sejak itu Amar selalu terbayangkan Lana tanpa tahu siapakah dia.. Atas desakan ibunya Amar ditunangkan dengan gadis pilihan ibunya Aida Safia. Tertekan dengan pelbagai masalah, Amar membawa diri bercuti ke Pulau Impian mencari ketenangan.
Semasa Lana shopping, adanya tawaran hebat promosi di butik berkenaan. Teruja dengan hadiah yang lumayan Lana pun borong beberapa helai baju . Alkisahnya tanpa diduga, Lana memenangi hadiah percutian ekslusif tersebut.
Hadiah percutian eksklusif 4 hari 3 malam di Pulau Impian yang dimenanginya mencipta pertemuan tanpa dirancang. Seorang lelaki yang dianggapnya panas baran telah berjaya mencuri hati dan jiwanya. Segala-galanya cukup indah sepanjang 4 hari 3 malam di pulau itu.
“Jangan lupakan saya!” – Amar
“Tak mungkin!” – Lana
“Janji?” – Amar
“Janji!” – Lana
“Awak jangan tipu tau. Awak janji kat atas awan ni!” – Amar
“Ya! Tak tipu! Saya janji kat atas awan!” – Lana
Namun, kata cinta tidak sempat dilafaz. Salah faham menyebabkan Amar pulang lebih awal. Lana kehairanan kerana ditinggalkan tanpa pesan. Berkali-kali cuba dihubungi lelaki itu, tapi Amar seolah-olah hilang begitu sahaja. Lana putus harap. Dia cuba meneruskan hidupnya seperti biasa, namun percutian itu telah mengubah dirinya. Rindu dan cintanya terlalu dalam buat Amar. Kenangan demi kenangan begitu payah dilupakan.
Lana penat dan hampir berputus asa. Satu demi satu berlaku. Kisah cinta yang tidak kesampaian, konflik, tragedi serta pembunuhan kejam. Juga kisah tentang lelaki misteri yang menghantar warkah-warkah biru yang cukup menakutkan. Dia mengambil keputusan untuk meletakkan jawatannya. Percutian indahnya bersama Amar dijadikan bahan coretan terakhirnya dalam ruangan Blind Date. Sempatkah lafaz cinta yang tertangguh diucapkan? Mampukah kenangan indah di Pulau Impian diulang kembali?
Perghhh . . . Mendalam!
So far nampak menarik jalan ceritanya. Maklum lah drama adaptasi novel selalunya best belaka kann?
Terjemahan lakonan para pelakon harap buat drama ni trending. Lately ni banyak juga drama barisan pelakonnya biasa-biasa tapi bila digandingkan bersama tak sangka boleh meletop lagi trending. Mungkinkah netizen dah boring dengan acting pelakon popular? eerrkkk . . . . Ayooo tak tahu. So sebenarnya Malaysia punya ramai pelakon yang berbakat kann? Cuma mungkin dolu mereka ni tak diketengahkan.
Drama adaptasi novel ‘Romantika 4 Hari 3 Malam’ ni karya hebat dari Wizana Emilia di slot Lestary TV3.
Menampilkan gandingan Sean Lee dan Amelia Henderson sebagai teruju utama. Drama 13 episod arahan Nizam Zakaria, terbitan Wiranusa Corporation. Disiarkan bermulaa 10 Mac 2021, setiap hari Rabu hingga Sabtu, pukul 9 malam di TV3.
JUDUL : ROMANTIKA 4 HARI 3 MALAM
EPISOD : 13
TARIKH TAYANGAN : 10 Mac 2021
WAKTU SIARAN : Rabu-Sabtu, 9:00 malam
SIARAN TV : Slot Lestary TV3
PENULIS SKRIP : Wizana Emilia
PENGARAH : Nizam Zakaria
PRODUKSI : Wiranusa Corporation Sdn Bhd
PELAKON : Amelia Henderson, Sean Lee, Syafi Tee, Nynaa Harizal, Wafariena, Zila Bakarin, Sahronizam Noor, Lisdawati, Aida Aris, Oshin Ahmad, Daniesh Suffian, Dottie, Izzendra, Jesse Lim
WATAK PELAKON
Amelia Henderson sebagai Lana Analia
Sean Lee sebagai Amar
Syafi Tee sebagai Hisham
Nynaa Harizal sebagai Aida Safia
Wafariena sebagai Raina
Oshin Ahmad sebagai Nia Erlina
Daniesh Suffian sebagai Baim
Dottie sebagai Zeti
Izzendra sebagai Azlinda
Jesse Lim sebagai Encik Masri
Aida Aris sebagai Cik Norsira
Lisdawati sebagai Mak Salmah
Sahronizam Noor sebagai Dato’ Zahid
LAGU TEMA (OST)
Naqio – Masih Ada
ROMANTIKA 4 HARI 3 MALAM Tonton Online Episod 1 – Akhir
Okies, mana yang terlepas tonton siaran di TV3 korang boleh layan di saluran rasmi Tonton Drama Online ROMANTIKA 4 HARI 3 MALAM di Apps WeTV Malaysia. hanya type nama drama kat ruangan search. Simple jer kann? Lagi best tonton sini sebab drama tanpa iklan dan ianya PERCUMA! Korang boleh tonton sejam selepas drama ditayangkan di TV3. Boleh save download tonton bebila suka atau seberapa banyak kali nak ulang tonton pun buleh! Gigih nya kamu. HAhaa
Ni nak habaq – tok sah laaa pi tonton kat telegram sokmo tu semua sebab korang tahu tak, telegram tu cetak rompak. Baik tonton di Apps yang sah. Percuma lak tu . . . Tanpa iklan, gambar lebih bagus kualitinya so nikmat apa lagi yang kau dustakan. Chewah . . .
Jommm support drama local, tonton di saluran yang betul. Alrite!
Suka lakonan Amelia dalam drama ni.
Tak sangka Romantika 4 hari 3 malam pun best layan. Sean pandai jugak berlakon rupanya.
Nina tulis sinopsis drama best. Aku suka
Cerita ni jarang tengok..hhahaa..haritu tengok episod 1 je..pastu takdan tengok…tak tau la kalau bab2 cintun ni mals nor nak tengok