Sambal Belacan Sedap Resipi mudah jer . Macammana buat?
Bayam Brazil dalam gambar ni bukan dari Italy
Entah kenapa nama nya ada brazil
Usah tanya kerna ku pun tak tahu
Walau nama slang omputeh
Mujur senang dijaga walau di bumi Malaysia
Cukup air dan tanah, mekar subur lah ia
Ohhh… Bayam Brazil
Segar subur cantik menghijau
Lalu ku petik-petik
Ku bilas bilas di air lalu
Ku toskan dan ketepikan seketika
Cili api, cili merah bersama belacan bakar
Ku tumbuk tumbuk mesra kesemuanya
Lalu ku perah limau kasturi mewangi
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Siap sudah sambal belacan ku
Tak kan tenung sambil dijeling jeling
Rugi laaa terteleng teleng
HAhaa..
Mmmmmm….
Enaknya bayam brazil segar Rangup crunchy cecah bersama sambal belacan #NinaMirza . Nyum Nyummyyyy!
Ni laaaa #MenuPKP aka #MenuJimat sempena #PKPB
Tak rugi berbakti pada tanah.
Alhamdulillah.. Selain bayam brazil, kat rumah ni Geng ada tanam Ulam Raja, Pokok Kari, Pokok Cili Padi, Pokok Daun Kunyit, Pokok Daun Salam, AloeVera, Pokok Mulberries yang belum berbuah eh.. Byk lagi.. Pokok hiasan pun ada tapi idok ler banyak mana.. Eh.. Terpanjang lak citer
Nak resipi #SambalBelacan KakNina?
Resipi Nina ni agak banyak sebab Nina memang suka bikin sekali banyak.
Senang nak makan nanti idok ler tengah sedap makan nanti sambal nya tak cukup , parah! Nangis tak berlagu nanti… So kalau korang family tak ramai, kurangkan sukatan Nina eh . . .
Resipi Sambal Belacan Sedap confirm jadi by Nina Mirza
Bahan-bahan
Belacan – agak-agak sebesar ibu jari X2
30 tangkai cili padi – nak lebih tambah lagi
5 tangkai cili merah
3 biji limau kasturi – perah ambik air nya aje
1 biji tomato – potong dadu
Sedikit garam pink dalam 1 sudu besar
Gula sesedap rasa – Nina buh dalam 1 atau 2 sudu besar
Cara buat Sambal Belacan Sedap
Nina suka tumbuk tapi kekadang malas Nina blend jer . Ikut mood.
Kedua-duanya ada beza. Kalau blend sedikit berair dan tumbuk lagi syok makan bila tergigit cili atau tomato sebab tak berapa halus macam blend.
Kalau tumbuk, memula tumbuk cili merah, belacan dan kemudian cili padi. Pastu masukkan tomato yang dah dipoong dadu kecik-kecik. Lenyek-lenyekkan..
Perasakan dengan garam dan gula dan perahan air limau kasturi. Siap!
Memang terangkat laaa cecah bersama ulam-ulaman. Kekadang makan sama nasi panas, ikan goreng garing pun boleh licin seperiuk nasik!
Tak caya cuba!
Ermmm… Cara korang pulak buat sambal belacan macammana? Sudi laaaa share… Kot kot ada tips atau resepi yang sedap Nina belum tahu..
Bagus kak nina share resipi ni. Thanks. Bokeh saya tiru cara kak nina buat sambal belacan.
ohoiiii terliur dah! sedapnya kite salu kalau ad lebih tu buat nasi goreng pastu letak budu síkit, pastu campur telur hancurkan dengan nasi . Ya ampunnnn sedap!
wahhh sedap sungguh sambal belacan tu. saya pun baru je lepas makan sambal belacan hasil air tangan mak saya. memang sedap jugak. resipi mak saya pun lebih kurang je 🙂
Sambal belacan ni mmg wajib ada, kalau tak, tak complete lauk. Kalau pergi holiday overseas pun rasa mcm nk bwk satu tupperware.
Yaaa Rabbi, melampau gile nengok gambo sambal belacan tu weiii…memang nak kena gesekk gak ni kang cili adeiiii
Saya kalau belacan mmg bakar dulu. Suka dengan keharuman belacan tu heheh
Ya Allah terliurnya tengok. Sambal belacan ni boleh kata wajin ada tau. Tq share resepi
Thanks for the recipe. Nice to make samba belacan at home. it’s great to use to cook dishes and pair with rice yay
fuhhh merah menyala sambal belacan sis nina! Memang terangkat lah kalau makan dengan bayam brazil ataupun ulam lain. Nyummm!
Sambal belacan memg sedap di makan dengan apa pun. Nad suka dua2 juga blend dan tumbuk. Kalau sedp tu menmbah la nasi.. Penting ekne pedas sambal belacan tu. Kadg org buat kureng pedas
Ai fav sambal belacan yang ada perah limau. Kalau tak, tak ummpphh.
memang kena sgt la bayam brazil, sambal belacan gitu.
simple. tambah la ikan goreng. fuh! bertambah nasi, nina.
aida baru aje replant bayam brazil. nak kena tunggu segar la, baru boleh makan.
wahh kalau ulam-ulam ke dimakan dengan sambal belacan.. fuh terangkatt,, TB tak pandai buat sambal belacan sebab memang jarang makan dekat rumah masa zaman remaja dulu.. Tapi dah kahwin ni pulak.. hubby perut sensitif.. so tak buat pun sambal belacan tu..