Buffet Ramadhan Murah Shah Alam 2019 di Best Western i-City Shah Alam | Aladdin and The Malaysian Treasures
Tik tok tik tokkk…. Tak lama jer lagi masuk lah Bulan Ramadhan, bulan yang di tunggu tunggu oleh umat Islam dan seluruh rakyat Malaysia. Bulan Ramadhan, di mana segala harta karun, masakan, menu menarik yang ada di Malaysia akan di hidangkan di merata Buffet Ramadhan. Seronok kannn?? Malaysia pun terkenal dengan Syurga Makanan! BUFFET RAMADHAN MURAH SHAH ALAM
Kelmarin Nina dan kengkawan berkesempatan preview Buffet Ramadhan kat The View Cafe Best Western I-City Shah Alam . Tahun ni bertemakan Aladdin and The Malaysian Treasures. Meh Nina share apa yang best ada kat sini.
BUFFET RAMADHAN MURAH SHAH ALAM
Apa yang menarik di Buffet Ramadhan Best Western i-City Shah Alam ?
Apa yang menarik kat Buffet Ramadhan di Best Western I-City Shah Alam ni korang akan di hidangkan dengan pelbagai jenis hidangan yang ada di Malaysia , dari appertizers , salads , soups , main dishes , dessert , gerai masakan secara live dan yang paling heaven…. Kat sini ada Raja Buah! Ada DURIAN..!! oh my oh my diet… HAhaa . Giler tak suka kannn..?!
Suka suasana Best Western i-City Shah Alam yang cukup selesa, santai, kemas. Tengok tu… Pelbagai pilihan air yang ada. Air panas aje ada 4 jenis (tea, White Coffee, NEscafe, Milo) dan beberapa jenis air sejuk bakal menghilangkan dahaga korang nanti.
Kat sini ada 13 show stations stall yang akan masak fresh fresh as per order tuk korang dan ada yang self service. Antaranya Rojak Campur , Okonomiyaki , Teppanyaki Shawarma , Pasta Station , Bolognaise , Lala Meat Char Kuey Teaw , Ikan Bakar , Lamb Shoulder , Sliced Beef , Otak-Otak , Yong Tau Foo, Murtabak dan Arabic Marinated Roasted Whole Lamb .
Ini antara menu yang paling menepati selera Nina kelmarin. Ikan Merah Steam. Sedapnya kuah dia yang masam masam dan isi ikan nya segar! Nina dok ulang ambik ikan ni jer… Hehee
Lebih 160 Juadah Buffet Ramadhan di Best Western I-City
Memandangkan kat Best Western i-City ni bertemakan Aladdin and The Malaysian Treasures, maka harta karun yang dimaksudkan tuu adalah
lebih 160 menu masakan Malaysia yang akan dihidangkan tuk korang nanti.
Okey, antara hidangan tradisional juadah utama yang ada nanti seperti Kari Kepala Ikan , Daging Masak Hitam , Mutton Varuval , Ayam Masak Berempah , Udang Sambal Tumis Petai , Baked Honey Pumpkin , Lamb Shoulder with Mint Creamy Sauce , Teriyaki Honey Beef , Kambing Lada Hitam , Irish Lamb Stew , Beef Stroganoff , Bamboo Clam with Chili , Steamed Fish Teochew Style dan bermacam lagi , banyakkkk lagi…
Sup pelbagai pilihan pun ada! Antaranya Sup Kambing Berempah Mamak , Seafood Tomyam , Sup Lobak Putih Ikan Kering , Crabmeat and Corn Soup , Cream of Mushroom , Lotus Roots with Herbs , Soto Madura dan banyak lagi…
Memandangkan ada 13 stall, jommm Nina bawak korang tour stall yang ada kat sini. Kita mula dari outdoor dulu eh…
Stall 1
Rojak Campur, Rojak Sotong. Self service. Pepandai laaa korang buh apa yang korang suka dalam pinggan dan campurkan sekali sos atau kuahnya. Senangg aje!
Stall 2 ni best! Depa goreng panas-panas… Cendawan goreng tuuu sedap! Sila ambik lebih atau lambat kena laaa menunggu.. HEhee
Stall 2
Cucur Udang, Keropok Lekor, Keledek Goreng, Cendawan Goreng, Assorted Cucur, buah Kurma, Keladi Goreng, Pisang Goreng
Dipping : Chili, Tomato, Thai Sauce, Condensed Milk
Stall 3 (Noodles Stall)
Laksa Sarawak/Laksa Penang/Laksa Johor/Belacan Noodles/Curry Mee/Kuey Tiaw Tomato/Mee Rebus (2 type on rotation daily)
Stall 4
Okonomiyaki,Teppanyaki
Stall 5
Roti Canai, Murtabak, Vegetable Dhall
Stall 6
Roti John Berinti , Shawarma
Stall 7
ABC with Condiments, Cendol with Condiments. Kat sini pun ada durian tau! Sedap weyhhh buh atas ABC! Wallaaaaa… Sila bayangkan. HAhaa
Stall 8
Yong Tau Foo
Stall Segar dari Ladang ni memang akan bikin penggemar Raja Buah tak keruan duduknya. Manakan tidak, Durian Kampung yang wangi semerbak ni pastinya menggugat keimanan pecinta Durian. kannn..? Entahkan nanti tak tahu nak pekena durian dulu ke nak berbuka puasa dulu. Hahaa…!!
Stall 9
Durian & Nangka
Stall 10
Pasta Station Spaghetti/Macaroni/Penne Bolognaise Carbonara Aglio Olio. Bestnya Stall 10 menu Western ni, staff akan prepare as per order. So korang akan dapat masakan panas-panas! wallaaa…
Stall 11
Lala, Meat, Char Kuey Tiaw
Stall 12
Ikan Bakar (2 type) Lamb Shoulder Sliced Beef Sotong Otak2/Satar Ketam Udang Chicken and Beef Satay with Condiments Sauce Air Asam, Portuguese, Kicap Cili, BBQ, Peanut Sauce, Sambal
Stall 13
Arabic Marinating Roasted Whole Lamb Briyani Rice/ Arab Rice/ Nasi Minyak (1 type per day) Acar
Rambang mata dengan Dessert Buff Best Western i-City Shah Alam
Nah… Cuci mata please.. Hehee
Kuih-muih Tradisional Melayu opkos ada.. Selain tu ada Bread and Butter Pudding , French Pastries , Assorted Mousse , Jelly , Chocolate Fountain , Baklava , Tapai Dodol dan banyak lagi … Tak lupa ice cream untuk si manja dan Mak Pak SiManja. Hehee
Apa yang best kat Best Western i-City Shah Alam ni ?
Open air – rooftop level 5
Kot korang sukakan fresh air, boleh jer lepak santai makan kat luar tepi ni. Antara stall yang ada kat luar ni kambing golek, bakar bakar seafood ayam ikan daging, rojak pasembur rojak buah, pasta hot in pan, goreng goreng panas pisang, keledek, ubi, ABC, ice cream, mee rebus laksa dan opkos Terbaik Dari Ladang Raja Buah Durian dan Nangka kena makan kat luar ni tau. Syiokkk weyhhh sambil makan-makan snap ambik gambar view matahari terbenam. Perghhh… Gempak seyh!!
Surau
Best nya kat sini Surau dia sama level. Tak payah korang kena naik turun ke level lain. Allahu… Sangat memudahkan urusan. Sambil berbuka, rehat solat sat dan boleh sambung makan makan makannnnn. Pastu solat Isyak lak dan sambung makan lagi..!! HAhaa..
Parking
Jangan risau, ada banyak parking kat sini dan selain tu korang leh naik komuter turun Padang Jawa. (kurang sikit jammed turun sini). Naik grab dekat jer perjalanan ke Best Western I-City Shah Alam ni..
Ada cabutan bertuah!
Kuslasss laaaa… Sambil korang nikmati juadah berbuka puasa nanti, akan ada cabutan bertuah juga untuk di menangi setiap hari. Wahh…. Antaranya hadiah cabutan bertuah adalah hi tea vouchers , room diskaun , hotel stay dan banyak lagi hadiah yang bakal menjadi milik korang . Giler best kannn?? Manalah tahu ada rezeki ker kannn..
Harga Early Bird (13 March – 30 April 2019)
RM99 nett
Beli 9 FREE 1
Nampak tak, korang datang ber grouping ke reunion ke memang sesuai. Jimat banyakkk!!
Harga Buffet Ramadhan Best Western Shah Alam
RM119 nett dewasa
RM69 nett kanak-kanak / warga emas
Untuk tempahan
Contact : 03 55219000
Email : enquiry@bestwestern-icity-my
For Grouping Booking : sales@bestwestern-icity.my
Okies… Selamat menunaikan ibadah puasa dan Salam Ramadhan
OOpsss…!! Lupa lak.. Nak share info tuk korang. Tadi kann Nina ada cerita Best Western i-City Shah Alam ada 13 stall menu yang menarik dan setiap hari juadah yang berbeza akan disajikan. Nahh … Nina share kan tuk korang apa yang bakal dihidangkan
Daily Menu
Bubur, Bubur Lambuk, Bubur Berempah
Sweet
2 type of sweet porridge
Assorted Dates (8 on display)
Bread Station
Selection of Homemade and Local Bread
Butter
ROTATION MENU-MONDAY
Kari Kepala Ikan, Rendang Daging, Daging Masak Hitam, Ayam Masak Berempah, Ikan Tenggiri Masak Pindang Berbendir, Sayur Goreng Campur, Sotong Goreng Bercili, Udang Sambal Tumis Petai, Mutton Varueal, Keladi Tumis Cili, Sayur Campur & Cendawan Sos Tiram, Kentang Goreng Ikan Bilis, Ketam Bercili, Tahu Sambal, Ikan Goreng Berempah, Herb Baked Potato, Fish with Dill Creamy Sauce, Chicken Casserole, Stew Vegetables
ROTATION MENU- TUESDAY
Sotong Tumis Lada, Udang Tumis Serai, Ayam Ubi Kayu, Daging Goreng Halia, Daging Rusuk Masak Merah, Umbut Masak Lemak, Kambing Panggang Lada Hitam, Ikan Kukus, Sayur Asam, Ketam Goreng Berempah, Sotong Sambal Bawang, Ayam Penyek, Ikan Patin Masak Tempoyak, Kacang Panjang Goreng Belacan, Japanese Tofu with Salted Eggs, Udang Sambal Pedas, Baked Honey Pumpkin Roast Chicken with Au Jus, Lamb Shoulder with Mint, Creamy Sauce Gratin Vegetables
ROTATION MENU- WEDNESDAY
Teriyaki Honey Beef, Ayam Masak Rendang, Telur Masak Lemak Cili Api, Kambing Lada Hitam, Keli Masak Berlada, Daging Dendeng, Ayam Kapitan, Ikan Tenggiri Goreng Berempah, Udang Goreng Pegaga, Ketam Masak Nenas, Ikan Bilis Tempe Tahu Sambal, Kacang Panjang Goreng Belacan, Kambing Kuzi, Sotong Goreng Cili, Braised Tofu with Chicken, Meat Braised Roasted Carrot with Herbs, Grilled Dory with Tomato and Olive, Broccoli with Butter and Garlic Irish Lamb Stew
ROTATION MENU- THURSDAY
Udang Gulai, Ayam Percik Kelantan, Daging Rendang, Kambing Masak Kari, Ayam Masak Kicap, Perut Masak Berempah, Opor Ikan Tenggiri, Ikan Patin Masak Tempoyak, Ketam Gulai Nenas, Sotong Sumbat, Kacang Buncis Lemak Putih, Ikan Pomfret Goreng Chili & Bawang, Pajeri Nenas, Udang Goreng Kunyit, Tahu Goreng Ikan bilis, Roast Chicken with Red Pepper Sauce, Potato Gratin Vegetable Panache Spanish Omelette
ROTATION MENU- FRIDAY
Udang Tumis Daun Kunyit, Ayam Palembang, Kambing Goreng Kicap Berempah, Daging Masak Merah, Batang Keladi Tumis Cili, Kambing Panggang Lada Hitam, Ikan Siakap Kukus, Terung Asam, Ketam Sambal, Sotong Goreng Bersayur, Ayam Ponteh, Ikan Keli Bercili, Sayur Santan Putih, Ikan Masak Sambal, Steamed Tofu with Minced Chicken, Peria Goreng berempah, Baked Potato with Herbs, Stir Fry Mixed Vegetables with Oyster Sauce, Beef Stroganoff, Fish Lemon Butter Sauce
ROTATION MENU- SATURDAY
Ayam Kukus Herbal, Daging Asam Pedas, Ikan Masak Lada Hitam, Sayur Rampai Cendawan, Kari Daging Berkentang, Daging Dendeng, Ayam Rendang, Ikan Masam Manis, Udang Goreng Berkrim, Ketam Masak Bercili, Ikan Bilis Tempe Tahu Sambal, Kacang Panjang Goreng Belacan, Kambing Goreng Berempah, Tahu goreng bercili, Sayur Petola Tumis Air, Baked Honey Chicken Wing, Vegetables Stew, Lamb in a Pot, Two Potato with Cheddar
ROTATION MENU- SUNDAY
Ikan Masak Asam Pedas, Rendang Daging Minang, Daging Salai Masak Lemak, Ayam Rendang, Ikan Lemak Merah, Sayur Lodeh, Sotong Goreng Berempah, Udang Assam, Kambing Masak Tomato, Kacang Panjang Goreng Sohoon, Pajeri Terung, Bamboo Clam with Chilli, Ketam Lemak Nenas, Ayam Bakar Sos Cili Pedas, Labu Lemak Udang Kering, Rosemary Potato, Steamed Fish Teochew Style, Mongolian Lamb, Stir Fry French bean with Streaky Beef
Amacam? Pastinya dalam list tuuu ada menu kegemaran korang kann..? Atau menu yang selalu korang tertunggu tunggu tatkala berbuka puasa nanti. Apa pun, nak datang berbuka puasa kat sini nanti, korang booking laaa dulu eh.. Nak datang pun senang aje, kat waze tu type aje Best Western i-City Shah Alam dan ikut aje arahan En.Waze tu confirm sampai sini…
Selamat berpuasa dan Salam Ramadhan
Ikan stim tu menggoda betul. Sedap sangat.
Kannnn… Sedap ikan steam tu. Kak nina dok ulang makan. Hehee
Sedapnya semuaaa..
Sedapppppp..!! ♥♥
Ikan stim tu memanggil-manggil.
Amazing blog about the foods and cutlery really writer have chosen the unique content in blog.
The information article was very helpful! I simply began in this and I’m attractive more familiar with it better! Thanks, keep doing amazing…