
20 Mar Buffet Ramadhan Hotel Royal KL Khazanah Warisan Melayu
Nikmati 13 menu Khazanah Warisan Melayu setiap Negeri di Buffet Ramadhan Hotel Royal KL
Buat yang kerja di tengah metropolitan ibukota, bulan Ramadhan antara bulan yang agak busy kann? Rushing nak balik awal nak masak, nak siapkan juadah berbuka puasa, tak campur dengan nak hadap jammed lagi. Huhuuu… Pernah alaminya satu ketika dulu. Kesibukkan kerja hakiki yang melambak-lambak kebiasaannya antara penyebab terpaksa ambil keputusan berbuka puasa bersama kengkawan di ibukota aje.. Buffet Ramadhan 2019 Hotel Royal KL murah
Kat mana Buffet Ramadhan murah sedap berpatutan area KL ni?
Okey.. Baru-baru ni, Nina bersama kengkawan dijemput oleh Hotel Royal KL untuk food tasting esklusif Buffet Ramadhan nanti yang bertemakan Khazanah Warisan Melayu. Wahh … Syiokkk beb!
Pertama kali Nina jejakkan kaki ke sini, tertawan dengan lokasi nya yang cukup stategik ditengah bandar ibukota. Betul-betul sebelah Lot 10. Nina datang sini naik monorel, turun station Bukit Bintang, jalan kaki dekat jer… Tak sempat pun kalori ni nak terbakar. Huhuuu
Level M terletaknya Kafe Makan2 Coffee House Hotel Royal KL. Dekorasi nya nya minimalis cukup selesa, kemas dan santai jer… Nina suka!

Kafe Makan-Makan Coffee House Hotel Royal KL yang minimalis, santai, kemas dan selesa. Boleh menempatkan 250 pax. Paling penting ada pensijilan HALAL dan Gred A untuk kebersihan. Cayalah … Tahniah! Ini lah kita cari..
Sempena tema Khazanah Warisan Melayu, Chef Sudin Bin Ahmad dan team menyajikan 13 menu Melayu setiap Negeri dan ianya bertukar setiap hari setiap negeri. Dengan hanya berbuka puasa kat Hotel Royal KL jer korang boleh nikmati kepelbagaian menu setiap negeri sekaligus. Bilang aje korang nak menu dari negeri mana, Selatan Johor? Pantai Timur – Pahang, Terengganu, Kelantan? Utara Kedah? Penang? Sabah Sarawak? Semua pun ada! Tak payah gado-gado.. Nikmati aje. hehee..

Chef Sudin kata jemput laaa datang berbuka puasa di Hotel Royal KL nanti yaaa… Acecehcehh… Memandai jer Nina bikin dialog. HEhee
Antara menu yang ada nanti seperti Rendang Tok dari Perak, Gulai Ikan Tempoyak dari Pahang, Ayam Percik dari Kelantan, Kerutuk Itik dari Terengganu, Ketam Bercili dari Sabah, Sayur Pucuk Ubi Masak Lemak dari Perak dan banyak lagi. Menarik kannn?
Moh lerrr cuci mata tengok menu apa yang menarik Buffet Ramadhan Hotel Royal KL

Ini Rendang Tok usah di tanya sapa nama Tok tuu? sebab Nina pun tak tahu, yang pasti Rendng Tok air tangan Chef Sudin Hotel Royal KL ni paling sedap pernah Nina rasa. Walau nampak hitam gini, hitam ni laaa yang menawan sekali. Nanti korang berbuka puasa kat sini, jangan lupa ambik tau! Please laaaa ambik rasa. Serius sedap tak tipu ni… Kalau boleh Nina nak pi dapur tapau sepiuk, tak dapat daging nak rempah nya aje pun tak pe. Aduhhh… Teringat-ingat ni. Parah tul

Aduyai … Tengok! Ikan Patin Gulai Tempoyak Terengganu dari Hotel Royal KL ni memang menggugat selera tau.. Nanti korang pi laaa rasa sendiri. Kuah dia akan buat korang tak cukup pinggan. i tell you! HAhaa

Ini nama dia Kerutuk Itik. Lembut moist isi dia, rempah kerutuk ni sedap buat cecah dengan nasi impit ke, pulut kuning ke, lemang lagi laaaa sodap bak hangg!

tengok jangan tak tengok… Ketam Bercili ni sekejapan licin! Wajib pi terjah rasa sebelum hilang dari pandangan…

Ayam Percik Hotel Royal KL ni menepati citarasa Nina. Last Nina makan ayam percik yang sedap masa Nina kecik dulu. Ayamnya dibakar, isi nya moist kat dalam dan curahan kuah nya yang buat Nina teringat ingat. Masa makan ni, dok terfikir kalau laaa ada nasi impit ni lagi syiokkk!

Atas : Gulai Pisang Muda Ikan Bilis, kuah dia sedap weyhh…. Dok hirup hirup terhirup di buatnya. Bawah : Pucuk paku masak lemak, dah nama Khazanah Warisan Melayu wajib ada menu sayur kampung gini.
Kerabu
Kerabu pun ada! Antaranya Kerabu Mangga Muda Kerabu Pucuk Paku, Kerabu Nangka, Acar Rampai, Hinava, Kerabu Utara Tomato Berkerisik. Dalam banyak banyak ni, paling Nina suka Kerabu Mangga dan Kerabu Utara. Nina ratah gitu ajer…!! Ya ampun.. Teringat-ingat. Huhuuu
Dah ada Kerabu , Jeruk pun ada… Ada Jeruk Cemai, Kelubi, Kedondong, manga, Mempelam, Betik dan Buah Pala.
Ulam ulaman
Khazanah Warisan Melayu wajib ada ulam-ulaman. Pelbagai ulam ulaman ada kat sini. Antaranya ada Ulam Raja, Ulam Pegaga, Daun Selom, Kacang Botol dan Timun. Tok nenek ita dulu semuanya makan ulam sebab tu depa kuat cergas awet muda. Dan opkos sambal pencecah pun ada! Antaranya Sambal Belacan, Sambal Tomato, Sambal Mangga, Sambal Tempoyak, Sambal Kelapa Budu dan Cencaluk. Ada gak Cucur Udang dan Gado-Gado. Wahhh …. Asyik ni kann..!!

Ulam ulaman wajib ada. cecah lak ngan sambal belacan, budu, sambal tempoyak. Perghhh….!! terus eat clean diet gitu. HEhee..
Selain tu kat sini pun ada Pulut Kuning, Ketupat, Lemang. Mmmmm…. Asyiknya cecah dengan Rendang Tok Chef Sudin.
Ada gak yang suka makan Pulut Kuning dengan ikan masin kannn? Don’t worry, buat penggemar ikan masin kat sini ada Ikan Sepat, Ikan Bulu Ayam, Ikan Talang Masin, Ikan Gelama, Pekasam.
Keropok buat kudap-kudap pun ada. Keropok Ikan, Keropok Malinja dan Papadom.
Dessert Kueh Mueh pun ada!
Buffet Ramadhan tak lengkap andai tak de manisan. Antara dessert dan kueh mueh tradisional yang ada antaranya Seri Muka, Kuih Ketayap, Pulut Panggang. Pelbagai Tapai pun ada antaranya Tapai Pulut, Tapai Ubi, Tapai Pulut Hitam. Pemanis mulut lain ada Puding Gula Hangus, Sago Gula Melaka, Agar-Agar dan banyak lagi kek dan pastry dan aneka buah-buahan. Tak lupa kurma pun wajib ada!
Amacam? Menarik terliur kann..?? Ooppss… sorry!
Ok, memandangkan hati dah tertawan, tekak tetiba rasa gatal-gata, perut lak berkeroncong tahap acah-acah macam ibu mengandung mengidam gamaknya maka… Nina sarankan korang book awal sebab harga promo early bird. Jimat murah banyakkk awak!
Promo Early Bird hanya RM50 jer…!!
Harga Early Bird
RM50 jerr…. 18 Mac – 22 April 2019
Kot korang terlepas tarikh early bird, korang masih boleh beli voucher.
RM60 nett per person – dapat diskaun tiket Hop On Hop Off sebanyak 10%
Harga Buffet Ramadhan Hotel Royal KL
Bermula 7 May 2019 – 3 June 2019
RM78 nett dewasa
RM38 nett kanak-kanak / warga emas (kanak-kanak umur 4 tahun ke bawah percuma)
Murah kann..? Sebenarnya kannn, Nina sendiri tak percaya adanya Harga Buffet Ramadhan hotel murah kat tengah ibukota Kuala Lumpur. Tak sampai pun seratus dan Nina sendiri dah rasa food nya sedap, suasana nya selesa, berbaloi-baloi laaa korang berbuka puasa kat sini.
Ada Live Performance
Ahaa… Ada lagi best tuk korang. Berbuka puasa kat sini siap ada persembahan live band lagi awak dari Ani Mayuni dan Kelly Azman. Pasti lagi terasa kemeriahannya nanti.
Surau dan Kaunter Zakat
Hotel Royal KL ada sediakan Surau Khas sempena Ramadhan bertempat di level 2. Korang pun boleh berterawih kat sini so idok lerr korang rushing nak balik solat terawih kat surau kat rumah korang. Surau yang sedia ada kat Level 3 pun ok tuk korang Magrib kat sini. Dapat laaa korang santai makan-makan nikmati keenakkan juadah Khazanah Warisan Melayu Hotel Royal KL ni..
Selain tu sambil korang berbuka puasa kat sini, kot kot risau nanti tak sempat nak bayar zakat, kat sini juga ada sediakan Kaunter Zakat untuk korang menunaikan tanggungjawab.
Parking valet
Untuk makluman korang, kat sini tak de parking khas tapi … Korang boleh jer guna perkhidmatan parking valet Hotel Royal Kuala Lumpur sediakan. Korang hanya perlu bayar RM15 jer untuk sekali masuk parking tanpa had masa. Ok kannn dari korang park merata sesuka hati sekali kena saman acaner? Sila nangis.. Huhuu
Monorail turun Bukit Bintang
Nak lagi senang korang naik aje public transport, monorel paling senang. Pastu korang turun Bukit Bintang station. Jalan kaki ke Hotel Royal KL dekat jer… Jangan risau korang jalan kaki tak akan berlepoh sampai lencun punya. Lelemak tepu yang korang bertahun simpan tak akan tersingkir punya. Still there! HEhee…
Tempahan :
Call : 603-2148 6888 ext 2855 / 2887
012-2024694 Cik Qis
Email: info@hotelroyalkl.com
Alamat:
Hotel Royal KL (Bersebelahan Lot 10)
Jalan Walter Granier
55100 Kuala Lumpur
Untuk info lebih lanjut korang layari
Facebook : Hotel Royal Kuala Lumpur
Instagram : https://www.instagram.com/hotelroyalkl/
Okey… Amacam? Menarik tertarik tuk ajak kengkawan berbuka puasa kat sini nanti?
Lokasi stategik, harga Buffet Ramadhan murah, hotel lak tu… Kemudahan ada, pilihan menu pun banyak, dari satu Malaya ada kat sini! Berbaloi-baloi kann…
Selamat Menyambut Ramadhan dan Selamat Berpuasa!
Maaf Zahir dan Batin
Buffet Ramadhan 2019 Hotel Royal KL murah
Chrissella
Posted at 12:06h, 21 MarchKat Hotel Royal ni, makanan dia memang semuanya sedap-sedap. Cuti sekolah ni nak pergi la. hihhihihi
Nina Mirza
Posted at 19:44h, 22 MarchNanti datang makan sini share with me your experience lak ya…
yanieyusuf
Posted at 14:55h, 21 Marchwahhh terliur yanie tgk..
Nina Mirza
Posted at 19:43h, 22 MarchSila lap. Air liur tu eh… Hahaha
comel
Posted at 15:43h, 21 Marchhuhu dalam banyak2 tu.. omg rendang tu xle tahan.. macam sedap je..
Nina Mirza
Posted at 19:42h, 22 MarchComel, yes. Rendang Tok tu paling win. Sedap seyh. Should try
Sherry
Posted at 15:43h, 21 Marchwow nice place to dine, yeah buffet is everyone favorite as can eat many times. I like slowly choose what to eat, then go again for another round meal.
Nina Mirza
Posted at 19:40h, 22 MarchSherry… betul betul… Kena makan slowly. Baru dapat rasa semua
Chaza Xiaojie
Posted at 16:50h, 21 MarchSeronokya! Dahlah harga affordable, environment pon just nice. Luas dan kemas. Makanan paling menarik sebab ada semua jns hidangan seluruh negeri . Taklah tercengang orang luar yang berbuka disana hahaah. Bagus sebenarnya sbb dpt rasa semua jns makanan setiap negeri.
Nina Mirza
Posted at 19:39h, 22 MarchChaza.. Yes tempat Seles, Food sedap. Nanti datang KL singgah laaa berbuka kat sini eh
Nadia johari
Posted at 17:53h, 21 MarchSedapnya semua tengok mwnu makann ni.. Buln puasa pun dh nak dekat.. Boleh masuk list dlam buka puasa ni.. Terliur terus tengok gmbr kak nina
Nina Mirza
Posted at 19:38h, 22 MarchHahaa… Sila lap air liur sebelum terjejes kat laptop tu. Jomm Nad kita berbuka sesama nanti kat sini
Faries
Posted at 23:13h, 21 MarchAmboi semua makanan mengiurkan sungguh. Suka konsep die, makanan melayu klasik macam ni. Harga pun not bad. Boleh try kesini ramadhan nnti.
Nina Mirza
Posted at 19:36h, 22 MarchFaries, jommm…. Nak datang nanti roger eh, kita pi sesama
Syamimi
Posted at 23:32h, 21 MarchBest nya menu menu dia..
Kalau masuk bulan puasa nanti, tinggal tengok list nak berbuka kat mana.
Ramai juga kawan kawan dah buat review tuk ramadan ni.
Semua menu memang best best.
Nina Mirza
Posted at 19:36h, 22 MarchKannnn…. Ramai dah start review buffet Ramadhan. Kita ni yang kelibut tak tahu nak berbuka mana nanti. HAhahaa
Mahamahu
Posted at 01:41h, 22 MarchYa Allah sedapnya Rendang Tok dan juga Patin Masak Tempoyak tu memang menyelerakan. Nanti boleh lah kita cuba makan kat sini hehehehe memang tak pernah pergi lagi hotel ni bestnya…. Banyak makanan puaslah makan ramadhan nanti…
Nina Mirza
Posted at 19:35h, 22 MarchJom …. Gerenti you pun teringat ingat rendang tok dia beb! Sedapppp berbintang bintang. Rekemen you try!
Bonde Zaidalifah
Posted at 03:49h, 22 MarchMenarik pakej bufet Ramadhan dekat sini, macam-macam menu ada.. Bonde tak boleh tengok masakkan kampung.. cepat jer rasa terliuh ha ha ha.. Nanti kalau teringin boleh ambik pakej dekat sini… nak makan nampak selesa sekali he he he
Nina Mirza
Posted at 19:33h, 22 MarchBonde, rekemen makan berbuka kat sini. InsyaAllah bonde puashati punya laaa…. Taste the different. Memang ohsem masakan kat Royal KL ni. Sedap beb
Mimi
Posted at 07:49h, 22 MarchSelera makanan melayu tetap jadi pilihan. Nak nak rendang tuh uit buat meleleh air liur tau. Memang murah harga yang ditawarkan. Boleh makan apa saja yang kita nak tapi rasanya makan menu satu dua pun dah kenyang kan. Nak dekat ramadhan ni memang banyak tawaran buffet dibeeikan
Nina Mirza
Posted at 19:32h, 22 MarchMimi, yes… Rendang Tok dia memang ohsem! Rekemen you try… Sesekali berbuka makan sedap, reward pada diri sendiri. Asyikkkk
Liez
Posted at 08:21h, 22 MarchKalau bulan puasa mmg permintaan nak makan masakan melayu mmg tinggi. Liez terliur tgk rendang tu.. mmg all time fav.. harga buffet hotel royal pun murah.. yg keje area2 BB boleh la pergi berbuka dekat situ.. senang dan ada public transport
Nina Mirza
Posted at 19:31h, 22 MarchLiez, memang rendang Tok dia padu terangkat beb! Rekemen you berbuka kat sini.
Min Shamsuddin
Posted at 08:47h, 22 MarchOoo banyak menu dari pantai timur ye sebab ada patin tempoyak & kerutuk itik juga. Harga pun berpatutan nanti leh la try sini
Nina Mirza
Posted at 19:30h, 22 MarchMin, nanti datang berbuka kat sini. Serius cakap, berbaloi dengan harga dan rasa dia memang Uumphh..!!
budak bandung laici
Posted at 13:15h, 22 Marcheh boleh tahan murah RM78 pax.. dah la semua menu favorite BBL. boleh la datang iftar kat sini time bulan puasa nanti..nasib baik dekat dengan area office housemate.
Nina Mirza
Posted at 19:29h, 22 MarchAhaaa… Cepatan book early bird. RM50 jer
nikkhazami
Posted at 13:24h, 22 Marchkalau dapat menikmati masakan kampung ketika berbuka memang seronok. semua lauk kena dengan anak tekak. puas hati puasa satu hari hehe
Nina Mirza
Posted at 19:28h, 22 MarchKannn…. Terasa kenikmatan Bila semua menepati selera kan. Kat sini harga pun murah . Sapa sangka RM50 early bird makan kat hotel kannn
Alia
Posted at 14:52h, 22 MarchSedap nampak masakan dia.
Kalau hotel royale dekat penang ni memang sedao2 hidangan dia. Company husband mmg selalu buat kt situ sebab hrga berpatutan and rasa pun sedap
Nina Mirza
Posted at 19:13h, 22 MarchAlia, nanti datang KL leh laaa try Royal KL pula ya… Rasai kesedapan air tangan Chef sini lak. Hehee
emi
Posted at 17:43h, 22 MarchAmboi, tengok gambar semua nampak menggiurkan. Kecur air liur kita wak. Pandai betul ambik gambar. Btw harga dia consider murah la ni sebab bawah 100/pax.
Nina Mirza
Posted at 19:09h, 22 MarchEmi, food tu mmg mengiurkan . Kita bukan pandai sangat pun ambik gambar. Pakai hp jer awak… Tapi harga dia berpatutan kann… Below RM100 untuk. Makan kat hotel tu kira murah giloss! Kannnn?
Wui Kathy
Posted at 01:44h, 23 MarchEarly bird RM50 tu berbaloi ni! Mesti dah ramai booking kan. Nak ajak famili dengan kawan-kawan sekali feast jugak.
Nina Mirza
Posted at 08:31h, 23 MarchJommmm Kathy… Nanti nak pegi roger eh, manalah tahu same date. Leh selfie
Lia Hasty
Posted at 14:42h, 24 MarchTengok gambar makanan sekarang ni rasa lapar nya. Lagi2 tengok ikan patim dengan ketam tu. Plus plak ada ulam-ulaman lagi memikat selera. Harga pun berpatutan bawah RM100. Nak letak dalam list tempat berbuka nanti.
Lya
Posted at 21:12h, 24 MarchHuhuhu terliur plak kita tgk semua makanan kat atas ni . Semua nampak sedappp jer ni .
Ai
Posted at 10:13h, 27 MarchSedap-sedap nampak menunya.
Bella idura
Posted at 13:35h, 11 MayNak pergi cuba. Tapi kena tanya kawan2x setuju tak.