Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

December 20, 2011March 20, 2016

Cendawan Goreng Tepung Crispy

Apa khabar ….
Hari nie mendung ajer cuaca di luar. Hrrmmm …. mendung tak bererti hujan bak kata lagu Deddy Dores duet ngan Mayang Sari. Best lagu tuu .. Dah lama tak dengar.

Isi Kandungan hide
1 Related posts:
2 Roti Telur Mayonnaise | Menu mudah, ringkas buat anak
3 Sinopsis BIDADARI KIRIMAN TUHAN watak Autism lakonan hebat Mira Filzah
4 Kek Batik Milo Sedap nya...
5 Bubur Jagung Barli... lagi dan lagi....

Jangan pisahkan aku dan dia
Tuhan tolonglah ku cinta dia
Biarkan kami hidup bersama
Didalam suka dan duka

Chewahhh ….. bernyanyi plak Nina nie kan … kang hujan turun dek suara sumbang Nina tak ker parah.  . . . “Erni, angkat jemuran.. hujan dah turunnnn” antara petikan dialog Pendekar Bujang Lapok . Hehehe . .. .  


Hari nie Nina nak share resepi yang selalu kita nampak kat pasar malam. Kalau beli secawan RM2 dan dah tentu setakat secawan tak cukup untuk kudap-kudapan seisi keluarga. Mau-mau nak kena beli sorang satu cawan.  Untuk family Nina dah tentu berabis RM10-RM16. Sorang satu cawan dan tambahan untuk siaran ulangan kat rumah lagi. Itupun pejam celik sekejap ajer dah habis. Parah ~~~~


Kebetulan semasa Nina pergi Giant tempoh hari, Nina pun ambil lah 2paket cendawan tiram. Ingat nak buat untuk buat sayur tambahan kat sayur campur atau letak kat Tom Yam. Sekali dah sampai rumah, masa dok kemas-kemas terperasan…. Aik !! Kenapa ada banyak sangat cendawan tiram nie, sampai  5paket?? 
Tetiba Nina teringat yang anak-anak ada tunjuk cendawan tersebut dan kata “Mama mama, nie kan mushroom yang selalu mama masak” kata anak Nina yang sulung. Dan seingat Nina lagi “Mama mama…. Eilman suka makan nie, kan, kan,   kannnn ….”
Adoi ~~~ Rupa-rupanya, masa anak-anak dok bertanya depa dah masukkan cendawan kat dalam troli. Padan lah banyakkkkk !! So, dah kebetulan banyak stok nie Nina pun selongkar lah dapur kak MaDiHaA kat SINI   dan terjumpa lah resepi yang sedapppp nie. Anak-anak… makan puas-puas ehhhh … (Abah dia yang ‘ter’over lajuuuuuu) Hehee ..





Cendawan Goreng Tepung Crispy
Bahan-bahan

250 gm cendawan (guna cendawan tiram)
6 s/b tepung gandum
4 s/b tepung beras
1 s/b serbuk kari
½ s/k serbuk jintan manis (Nina pun tak letak sbb kehabisan stok)
½  s/k serbuk jintan putih
½ s/k serbuk ketumbar
garam secukup rasa
2 biji telur
Cara-caranya
  •  Basuh cendawan & toskan ~ kalau yg jenis besar2 tu, koyak2kan skit (MaDiHaA perahkan sikit air yg meresap pd cendawan)
  • Gaul ngan garam secukupnya.  Pecahkan telur, gaul sekali ngan cendawan.
  • Satukan bahan2 tepung dan bahan2 lain masukkan dlm cendawan tadi dan gaul rata.
  • Goreng hingga garing dengan memasukkan cendawan satu persatu ke dalam kuali. (Jangan tuang semua dlm kuali yek). Balik2kan cendawan hingga garing. Angkat & tos.
  • Sedia dihidangkan panas2.
Kalau ada yang tak kenal cendawan tiram, kat sini Nina attached gambar dari Mr.Google.
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Related posts:

Roti Telur Mayonnaise | Menu mudah, ringkas buat anak

Sinopsis BIDADARI KIRIMAN TUHAN watak Autism lakonan hebat Mira Filzah

Kek Batik Milo Sedap nya...

Bubur Jagung Barli... lagi dan lagi....

Lifestyle Resepi Cendawan Goreng Tepungkudap kudapanmenu anak susah makan nasimenu minum petangMenu Ringkasresepi mudahSayur-sayuran

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes