Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

TIPS PETUA Daging segar
October 25, 2019June 18, 2023

Aduyai… Camner ni, daging dah berbau, elok lagi ke ?? TIPS PETUA elak daging berbau

Sapa suka makan daging? Daging ni antara makanan yang tinggi khasiatnya. Cuma nya tak digalakkan makan berlebihan. Biasanya camner korang kekalkan kesegaran daging tuu? Pernah tak terkena beli daging pastu terus frozen, masa nak masak kita nyah bekukan tup tup daging dah berbau. Aduyai … Camner ehh? Apa nak buat? Ketahui TIPS PETUA elak daging berbau 

Isi Kandungan hide
1 TIPS PETUA elak daging berbau dan kekal segar
1.1 Potong kecik rebus separuh masak
1.1.1 Jimatkan masa memasak
1.2 Bakar, grill buangkan air daging
1.3 Perap dengan garam dan halia
1.3.1 Elakkan daging segar kena air sebelum masak
1.4 Cuci dengan cuka? Tepung gandum?
1.5 Dah berbau? Tolong laaa buang sebab
1.6 Related posts:
2 Menu Ringkas dan Mudah.. Sotong Goreng Kunyit. Semua pun masuk dalam ni.....
3 Day10 EGG BENEDICT Menu Acah Omputeh English Style Bekal Sekolah Eilhan hari ni
4 Pantang Bersalin : Ini kata Doktor Imelda
5 Nina Dah cuba! CRYSTAL SKIN RISHBEAUTY buat Kulit Semakin cantik

TIPS PETUA elak daging berbau dan kekal segar

Potong kecik rebus separuh masak

Ok, Nina kongsikan cara Nina.. Cara orang lain Nina tak pasti. Cara Nina memula sekali korang potong sesiap daging tu potong kecik-kecik  pastu rebus sekejap. Masa rebus tu korang letak jintan manis dan halia.

Tips Petua Daging segar

Tujuan rebus daging tu untuk buang darah pertama yang ada kat daging tu. Nina rebus air sikit jer, Air rebusan pertama tu korang nampak darah nya keluar kannn? Nina buang air rebusan pertama tu. Sebab darah tu yg buat daging tu berbau.

Lepas tu, sejukkan daging dan baru lah simpan dalam sejukbeku. Nina asingkan air rebusan. Kot nak pakai untuk maskan berkuah contohnya mee, bihun ker … Tapi kalau masak rendang ker, Nina buh semua air rebusan tu..

Jimatkan masa memasak

Kalau memang dah plan nak masak rendang atau daging masak kicap ke, masak sup ke, singgang ke, Nina bekukan sekali ngan air rebusan tu. Nanti hanya rebus semula daging tu dan masukkan bahan-bahan lain. Teknik ni lebih cepat tempoh masak kita sebab kita dah sedia separuh masak. Korang boleh cuba Resipi Daging Masak Kicap Paling Sedap Senang style Nina sebab resepi daging masak kicap ni Nina tak tumis. Senang sangat!

Resipi Daging Masak Kicap Sedap Mudah Senang

Bakar, grill buangkan air daging

Tips dan petua ni ramai gak buat terutama masa Raya Aidiladha. Sebab upacara korban dibuat kat kampung dan perjalanan untuk balik ke rumah tu biasanya makan masa lama. Nak elakkan daging berair dan berbau memang digalakkan bakar, grill atau rebus daging tu dulu supaya lebih tahan kesegarannya.

Perap dengan garam dan halia

Selain rebus dulu kot korang tak punya masa extra daging segar yang korang beli tuu sebelum korang simpan dalam frezer korang potong ikut citarasa dan perapkan dulu dengan garam dan halia. Garam tu jangan lah buh banyak, tabur sikit-sikit jer.. Halia tu korang hiris atau tumbuk lagi bagus.

Nanti masa nak masak, nyah bekukan dan boleh laa goreng ker atau masak menu kegemaran korang. Daging dah perap halia ni selalunya lebih sedap dan cepat empuk masa masak.

Resipi : Daging Korban Goreng Berempah

Daging Korban Goreng Berempah Simple Mudah Lembut moist sedap

Elakkan daging segar kena air sebelum masak

Ahaa… ni TIPS PETUA paling basic korang kena tahu. Tok nenek dah pesan, sebelum masak atau simpan daging tu korang elakkan daging segar TERkena air. Kalau laaa dah TERkena, masa baik korang terus cuci dan rebus daging tu. Lebih selamat.

Terus perap buat daging pekasam. Sedap!

Alang-alang korang perap daging tu lagi senang terus perap dengan garam dan jus limau kasturi/nipis dan biarkan dalam chiller. Siap dah daging pekasam korang! Senang kannn…??

Baca : TIPS beli pilih daging segar

Cuci dengan cuka? Tepung gandum?

Pernah baca ada tips kata letak cuka atau rendam dalam air tepung gandum untuk bersih kan daging yang dah berbau. Hurmm …

Daging yang dah terlalu lama terdedah dengan udara akan tercemar dengan bakteria. Bakteria ni yg kita tak nampak walaupun dah cuci bersih berkali-kali, dah rendam dalam air tepung gandum laaa..  Tolong jangan ikut tau! Daging yang dah tercemar ni boleh akibatkan keracunan makanan.

Dah berbau? Tolong laaa buang sebab

Tolong laaaa… Nehi nehi! Daging dah berbau maksudnya dah rosak. Kena buang!

Sayang? Memang laaa sayang tapi sila laaa sayangkan kesihatan dan keselamatan serta nyawa insan-insan yang tersayang. Mencegah lebih baik dari mengubati.

Ok, setakat ni yang Nina tahu dan praktikkan. Kot korang ada tips dan petua lain boleh laaa share kat komen, kita sesama berkongsi ilmu dan petua untuk yang memerlukan.

Salam ikhlas,
Nina Mirza

Related posts:

Menu Ringkas dan Mudah.. Sotong Goreng Kunyit. Semua pun masuk dalam ni.....

Day10 EGG BENEDICT Menu Acah Omputeh English Style Bekal Sekolah Eilhan hari ni

Pantang Bersalin : Ini kata Doktor Imelda

Nina Dah cuba! CRYSTAL SKIN RISHBEAUTY buat Kulit Semakin cantik

Resepi Tips Daging lembutdaging masak apa sedapElakkan daging berbauTips dan Petuatips dari dapurtips masakan

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (3)

  1. Cik Puan Ena says:
    November 3, 2019 at 9:42 am

    Tq tips ni. Ena pon suka rebus siap2 lepastu simpan beku jadi senang nak masak takdela lama nak tunggu lembut. Hehe

    Reply
  2. Pingback: 5 Tips memilih daging segar. Masak apa sedap? Nina Mirza
  3. Pingback: RESEPI DAGING YANG SEDAP MUDAH WAJIB CUBA! -

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes