Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Resipi Daging Masak Kicap Sedap Mudah Senang
July 4, 2019June 18, 2023

Daging Masak Kicap jer laa | Pening masak apa Daging ni..

Daging antara menu  yang jarang Nina masak.  Bukan  leceh tapi nak masak daging ni perlukan masa yang agak lama sebab dagingnya lambat empuk. Dan lagi Nina perasan sejak usia dah masuk alam remaja purba ni  asal terlebih makan daging Nina akan alami sakit gigi. Sakit sangat! Tapi sebab dah masak daging hari ni makanya Nina nak share ngan korang resipi daging masak kicap paling sedap senang yang Nina suka masak.

Isi Kandungan hide
1 Tips memilih daging segar Masak apa sedap
1.1 Resipi Daging Masak Kicap Paling Sedap Senang Mudah
1.2 Related posts:
2 SWiPEL berkesan halau serangga dengan berkesan dan selamat
3 CARA MASAK NASI SIHAT | TIPS MASAK NASI LETAK VCO HALIA BAWANG PUTIH RAMAI TAK BUAT LAGI!
4 Ssyyhh... Nina sorok pisang! Motif? Nak buat Apam Pisang Gebus Moist
5 Kengkonon Sarapan Urban Kontemporari : Roti Telur Sardine

Eh!  Sakit gigi ke gusi entah ler…. Sebab setiap kali sakit gigi terlebih makan daging,  besok nya pi klinik gigi check doktor  akan kata “saya tengok  gigi awak ok jer,  tak de apa-apa masalah.  Walaupun  gigi awak berlapis-lapis tak tersusun masih comel.  Ok yang lapis-lapis comel tu  tipu!  Poyo perasan lebih.  HAhaa… Selingan manjah gitu

Rasanya gusi yang sakit sebab penat mengunyah kot.  Selalunya lepas seminggu akan  baik dengan sendirinya.  Bila start sakit,  nina akan tukar ubat gigi.  Pi laaa speedmart ke tesco ke giant ke nobita ke beli ubat gigi sensitif. Gosok gigi,  2 ke 3 hari kemudian  reda dah sakit gigi gusi nya.

Tips memilih daging segar
Masak apa sedap

TIPS PETUA Daging segar

Maka sebab kejadian tu selalu laaa buntu tak tahu nak masak apa sama daging ni?! Asyik-asyik dok Daging Masak Kicap Lemak Manis , kadang tuu dok Resipi Daging Masak Kurma … Kadang tuu Daging Goreng Berempah. Kadang tuuu tengok jer…. dok termenung nak masak apa? Akhirnya ulang menu yang sama gak….!! Habis tuu… sapa suh beli daging. Kannn…. Padan muka sendiri Haha

Raya tu ari Nina masak rendang,  dah snap gambar nya,  lupa nak share resipi rendang  style Nina.  Nanti korang ingatkan eh…  Next resipi InsyaAllah..

Sudahnya dari dok buka katup pintu peti ais,  dah nyah beku daging ni, maka kata sepakat di capai.  Majoriti  request menu  – Amboi dah macam pilihanraya gamaknya.  HAhaa…  Pemenang nya ialah menu

Resipi Daging Masak Kicap Sedap Mudah Senang

Resipi Daging Masak Kicap  Paling Sedap Senang Mudah

Bahan-bahan
+-300g Daging – dipotong kecil2
1 labu bawang besar – mayang halus
2 ulas bawang putih – diketuk ajerr
2 inch halia – dihiris nipis
Rempah 4 sekawan
1/2 cawan sos tiram
1/2 cawan kicap lemak manis
Minyak masak
Sedikit air

Untuk hiasan
Bawang besar
cili hijau
cili merah

Cara-caranya
1- Daging dibersihkan lalu direbus hingga empuk. Nina guna magic pan HIG. So masa merebus tak lama. Daging cepat empuk.
2- Setelah daging empuk, masukkan rempah 4 sekawan (kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga) bersama halia, bawang merah dan bawang putih
3- Masukkan kentang dan carrot masak hingga empuk.
4- Setelah itu, masukkan kicap lemak manis dan sos tiram dan air tambahkan air lagi jika perlu. . Masak hingga sebati.
5- Jika mahu, pekatkan kuah dengan campuran sedikit tepung gandum atau tepung jagung bersama air Tuangkan dalam kuah dan kacau sebati hingga mendidih.
6- Tutup api dan sedia dihidangkan. Hiaskan dengan bawang besar, cili merah dan cili hijau

Selamat mencuba!

Resipi Daging Black Pepper Sedap Mudah

Hahaa…  Senang jer kann? Balik-balik ulang dok ulang  sampai penat mikirin,  masak kicap gak win! Resipi Nina paling senang mudah.  Tak payah tumis  bagai kann…?
Dah anak-anak yang akan makan,  maka tanya depa lagi senang. Iyer tak?

Ok, Nina kongsikan koleksi RESEPI DAGING yang sedap mudah untuk korang cuba
Ada dalam 13 Resipi Daging antara nya  Sup Tulang Merah, Daging Black Pepper, Daging Korban Berempah, Daging Singgang special untuk yang berdiet eat clean, Western food untuk anak yang picky eater Resipi Meatballs Ikea homemade, Daging Masak Kicap style Nina, Rendang Daging, Sambal Goreng Pengantin Singapore Menu Raya Nina, Daging Masak Kurma dan banyak lagi

RESEPI DAGING

Tapi selalunya Nina akan rebus daging dulu then baru fikir daging nak masak apa. resepi Daging Black Pepper ni pun antara menu kegemaran Nina sekeluarga.
Apa menu  kegemaran korang bila masak daging?

Related posts:

SWiPEL berkesan halau serangga dengan berkesan dan selamat

CARA MASAK NASI SIHAT | TIPS MASAK NASI LETAK VCO HALIA BAWANG PUTIH RAMAI TAK BUAT LAGI!

Ssyyhh... Nina sorok pisang! Motif? Nak buat Apam Pisang Gebus Moist

Kengkonon Sarapan Urban Kontemporari : Roti Telur Sardine

Resepi Tips Cara MasakDagingDaging lembutDaging masak kicapresipi mudahtips dari dapur

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (10)

  1. adianiez AIDA says:
    July 4, 2019 at 7:34 am

    sedap ni.
    couple kan dgn sambal ikan bilis, nina.
    menjadik la makan bertambah nasi 🙂

    aida ni jarang naw naw masak daging.
    anak2 x brape gemar.
    tapi kalau masak, aida akan buat sambal daging or asam pedas.

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      July 4, 2019 at 9:43 am

      Ooo… Anak² Nina layan jer apa mama dia masak. Tapi biasanya tanya derang dulu sebab Nina dan Geng kurang makan dah lately. Faktor usia kot…

      Reply
  2. sueizza says:
    July 5, 2019 at 12:29 am

    lama plak tak masak menu dagiing,nak cari daging la minggu ni hehehe

    Reply
  3. Jual Rumah Di Bangi says:
    July 5, 2019 at 2:22 am

    Macam sedap je ni sis, kena try buat skali ni hehehe

    Reply
  4. Pingback: Tips memilih daging segar. Masak apa sedap? Nina Mirza
  5. Pingback: TIPS PETUA elak daging berbau dan kekal segar walau dah beku
  6. Pingback: Ooo... Patut laaa cepat rosak! Ini TIPS penjagaan Non-Stick Pan
  7. Resepi Daging says:
    March 21, 2020 at 8:23 pm

    Terima kasih resepinya

    Reply
  8. Pingback: TIPS PETUA elak daging berbau dan kekal segar walau dah beku
  9. Pingback: 5 Tips memilih daging segar. Masak apa sedap? Nina Mirza

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes