Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

October 23, 2015November 4, 2016

Daging Masak Kicap.. Mudah lagi cepat. Anak-anak pun suka…

As’salamualaikum dan Salam Jumaat… Daging korban masih ada dalam fridge ni… Uolls percaya tak? Betapa lama dok dalam freezer kan sejak Raya Korban lepas. Simpan lelama, mana tau kot beranak daging tu tetiba jadi 2kilo.  Untung kann?? Hahahaa… Daging Masak Kicap Lemak Manis

Ppsstt >>> Jangan lah ikut perangai buruk Nina ni ya.. Perap lelama dalam freezer. Hehe… Ker ramai macam Nina gak?? Cepat ngaku…. Tak baik bohong tau. Hahahaa.. HAHAHA…. **gelak jahat..!!**

Isi Kandungan hide
1 Daging Masak Kicap Lemak Manis
2 Related posts:

Sebenarnya tak tau dah nak masak apa daging ni. Ulang-ulang dok masak sup, goreng, Satay Goreng, masak Kicap. Hurmm…. Akhirnya masak Kicap juga pilihan di hati. Hitam tu kan menawan..!! Chewah~ Bukan apa, menu ni senang, anak-anak pun suka. 

Jom intai resepi mudah dan ringkas ni. Mana lah kot ada yang tak reti masak Kicap rujuk aje sini…. Hehe.. Ada ke yang tak reti masak kicap?? Hurmm… Tak per, sekarang semuanya dihujung jari. Zassss>>>>>

Akhirnya masak Kicap juga pilihan di hati. Hitam tu kan menawan..!!

Daging Masak Kicap Lemak Manis

Bahan-bahan
+-300g Daging – dipotong kecil2
1 labu bawang besar – mayang halus
2 ulas bawang putih –  diketuk ajerr
2 inch halia – dihiris nipis
Rempah 4 sekawan
1/2 cawan sos tiram
1/2 cawan kicap lemak manis 
Minyak masak
Sedikit air
 
Untuk hiasan
Bawang besar
cili hijau
cili merah
 
Cara-caranya
1-  Daging  dibersihkan lalu direbus hingga empuk. Nina guna magic pan HIG. So masa merebus tak lama. Daging cepat empuk. 
2-  Setelah daging empuk, masukkan rempah 4 sekawan (kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga) bersama halia, bawang merah dan bawang putih
3-  Masukkan kentang dan carrot masak hingga empuk.
4-  Setelah itu, masukkan kicap lemak manis  dan sos tiram dan air tambahkan air lagi jika perlu. . Masak hingga sebati. 
5-  Jika mahu, pekatkan kuah dengan campuran sedikit tepung gandum atau tepung jagung bersama air  Tuangkan dalam kuah dan kacau sebati hingga mendidih. 
6-  Tutup api dan sedia dihidangkan. Hiaskan dengan bawang besar, cili merah dan cili hijau
 
Selamat mencuba!
 
Daging Masak Kicap Lemak Manis

Related posts:

1st Anniversary CoratCoret Nina Mirza...
RESIPI Kek Coklat Lembab Moist versi bakar.. yang ini sememangnya menepati citarasa 🙂
Cucur Carca Marba (macam-macam ada ~~~) Hehee ...
Puding Coklat Oreo yang sedap lagi mudah... Sesuai untuk menu Open House nanti
Lifestyle Resepi DagingDaging Masak Kicap lemak Manismenu anak-anakmenu kegemaran anak-anakResepiresepi mudahresipi ringkas

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2023 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes