Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Resipi Spaghetti Bolognese
May 29, 2012January 5, 2024

Spaghetti Bolognese Chef Hanieliza Mmmm Deliziosi!

Dah sarapan ker pagi nie? Jangan lupa ambil atau erti kata lain sengaja skip  breakfast kerana sarapan lah yang paling penting untuk kita memulakan tugas seharian. Korang suka saparan style Melayu ke western? Anak-anak Nina ni tekak omputeh makanya Nina ni dok ulang-ulang masak western ikut Resepi Spaghetti Bolognese Chef Hanieliza yang popular tuu..

Isi Kandungan hide
1 Resepi Chef Hanieliza
1.1 Resepi Spaghetti Bolognese Chef Hanieliza
1.2 Cara masak Spaghetti Bolognese Chef Hanieliza
1.3 Related posts:
2 Menu RARE yang harus korang cuba di ME'NATE STEAKHUB Buffet Ramadhan 2018
3 Resipi Ikan Talapia Kukus. Sedap !
4 Memang terpaksa mengadap gajet. Cara tips jaga mata terutama kanak-kanak
5 Cream Puff with Custard Cream....!! Walla~ Senang ajerr buat ni rupanya.....

Dengan makanan dan minuman yang berkhasiat di awal hari, pastinya minda akan cerdas dan tenaga yang dibekalkan dari sarapan tadi akan membuat kita berpositif sepanjang hari. Andai kata tak punya masa yang cukup untuk sarapan, sekadar sarapan ringkas simple sudah memadai  seperti susu, milo, oats, cereal ataupun roti. Tak perlu diet tanpa makan, bahaya tuuu..!! Perlu makan cuma dengan kuantiti yang betul dan yang penting makanan yang berkhasiat. 

Resipi Overnight Oats Chia Seed

Nina nie dok bilang orang, kekadang Nina pun ada juga terskip ambil breakfast. Masa dan keadaan tak mengizinkan… Hehehe . . Tak per, kita cuba sesama untuk jadi lebih baik yea …..

Resepi Chef Hanieliza

Hari nie Nina nak share resepi dari Chef Hanieliza yang cukup famous lagi popular. Masakan tidak, buku beliau selalu hot selling dipasaran. Resepi beliau sentiasa menepati citarasa Nina sekeluarga. Blogger-blogger  lain juga ramai yang telah mencuba resepi-resepi beliau dan rata-rata semuanya berpuashati.

Terima Kasih banyak Chef. Nina panjangkan resepi nya kat blog Nina yang tak seberapa nie pula yea. Dan juga buat rujukan Nina dimasa akan datang. Untuk kuah Nina doublekan sukatan supaya kuahnya banyakkk. HEhee

Resipi Spaghetti Bolognese

Resepi Spaghetti Bolognese Chef Hanieliza

Rujukan : Chef Hanieliza
bahan-bahan
1 paket spagetti
400 gm daging cincang halus [mince meat] (Nina gantikan dengan ayam)
1 tin cendawan butang [potong 2]
1 biji carrot [potong dadu]
2 biji putik jagung [potong kecil] (Nina tak letak punn)
4 biji tomato [potong dadu]
4 s/b cili mesin (Nina kurangkan dalam 2 sudu besar sahaja)
2 labu bawang besar [potong dadu]
1 ulas bawang putih [cincang halus]
1 s/b lada hitam (Nina tak letak)
1 cawan tomato sos tomato
1/2 cawan air (Nina letak 1 cawan air)
minyak
garam
aregano (Nina gantikan dengan mix herb)
daun sup [cincang halus] – sebaiknya daun parsley

Cara masak Spaghetti Bolognese Chef Hanieliza

  • Panaskan air dan garam. Bila mendidih masukkan spagetti. 
  • Biarkan lembut dan toskan.
  • Gaulkan dengan sedikit minyak dan masukkan dalam pinggan. (Nina gantikan minyak dengan marjerin)
  • Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar & bawang putih. Biarkan sehingga wangi.
  • Masukkan cili dan kacau sehingga wangi & naik minyak.
  • Masukkan daging/ayam  cincang dan kacau rata. Biarkan sehingga naik minyak lagi.
  • Masukkan sos tomato, sayuran yg dipotong, garam, air dan lada hitam. (Masa nie Nina letak mix herb dalam satu sudu besar)
  • Gaul rata dan biarkan naik minyak lagi.
  • Angkat dan tuangkan atas spagetti yg didalam pinggan.
  • Taburkan aregano dan hirisan daun sup.
Cara Masak Resipi PASTA CARBONARA Paling Mudah

Simple kan? Selamat mencuba!
Buat yang nak cuba pasta creamy, korang boleh laa cuba Resepi Pasta Carbonara Paling Mudah Sedap!

Related posts:

Menu RARE yang harus korang cuba di ME'NATE STEAKHUB Buffet Ramadhan 2018

Resipi Ikan Talapia Kukus. Sedap !

Memang terpaksa mengadap gajet. Cara tips jaga mata terutama kanak-kanak

Cream Puff with Custard Cream....!! Walla~ Senang ajerr buat ni rupanya.....

Lifestyle Resepi bekal anak sekolahBekal Nutrisibekal sekolahCara MasakChef HanielizaKids MenuMeemenu anak susah makan nasimenu minum petangpastaPasta CarbonaraResepiresepi mudahresipiresipi ringkasspaghetti BologneseWestern FoodWestern Menu

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (6)

  1. Jay says:
    May 29, 2012 at 11:12 am

    awesome..:)

    Reply
  2. Nina Mirza says:
    May 29, 2012 at 11:25 am

    Thank you Jay ;))

    Reply
  3. Ucu Faridah says:
    May 29, 2012 at 4:07 pm

    pagi tadi dah sarapan blm pegi kerja…tapi bila dah jam 11, perut ni berdondang sayang pulak…mcm mana tu…?

    kalau anak2 kat rumah ucu..bila buat jer pasta ..nasik tolak tepi (sbb lauk x sedap) hihihi..

    Reply
  4. Nina Mirza says:
    May 29, 2012 at 5:46 pm

    Ucu,
    nampak gayanya kena makan selalu tapi ambil yang ringan-ringan….
    kalau yg berat-berat nanti dacing timbang pecah.. hehehe

    Oooo … anak-anak Ucu pun suka pasta ehh
    sama lah ngan nak-anak Nina ;))

    Reply
  5. FnF Simple Life says:
    May 29, 2012 at 9:12 pm

    salam kenal…sedap nye spageti

    Reply
  6. Nina Mirza says:
    May 30, 2012 at 2:45 am

    Salam Perkenalan juga utk FnF..

    Boleh lah cuba resepi nie, memang sedapp !!!
    Pasti menepati citarasa FnF sekeluarga ;))

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes