Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

May 28, 2012February 15, 2016

Homemade Mashed Potato with Gravy…

As’salam dan Salam Sejahtera …

Isi Kandungan hide
1 Related posts:
2 KASUT SEKOLAH PALLAS BELI ONLINE JE MUDAH
3 Sukatan Dos Ubat Demam Yang Betul 250mg 120mg
4 RESEPI ICE CREAM OREO HOMEMADE TANPA TELUR | Guna 5 bahan aje
5 Kasut Sekolah yang bagus semestinya PALLAS! Beli Online lagi mudah jimat selamat
Cuti sekolah kembali lagi …..  Kemana cuti sekolah nie? Pasti ibubapa akan membawa anak-anak pergi bercuti tak pun balik ke kampung halaman. Buat Nina sekeluarga, belum plan lagi utk holiday ke mana-mana.  Kadang-kadang tuu kalau terasa nak kemana-mana terus ajer pegi tanpa planning. Pack ajer baju terus berangkat ke destinasi. Cuma …. Untuk tahun nie, masa tak begitu mengizinkan kerna weekend Nina pula dah sibuk bersama urusan kuliah. Tengok laaaa anak-anak yea….. Pasti akan mama adakan  aktiviti bersama sempena school holiday nie. Pasti ada ~~~~ 
 
Sebelum nie Nina ada post entry Chicken Grill with Black Pepper Sause tapi Nina lupa lak nak masukkan entry resepi mashed potato yang interframe sekali  kat chicken grill tuu …
Resepi chicken grill tu boleh refer kat SINI – Checken grill with black pepper sause.
Mashed Potato nie amat mudah penyediaannyer. Anak-anak pasti suka ~~~~
Bak kata anak-anak Nina, “sayanggg mama….” sambil peluk ketat-ketat. (ketat-ketat tuu ayat kak Che CT) Nina pinjam kejap yea … Hehehe . . . 
Ok laaa, jom tengok resepinya..

Mashed Potato
Rujukan : Buku Komplilasi Hidangan Si Manja (Alaf21)
Bahan-bahan
300g kentang
30ml air rebusan ayam
1 sudu besar mentega
garam, serbuk lada sulah secukup rasa


Cara-caranya

  • Kentang dibuang kulit dan direbuskan dengan sedikit garam hingga empuk
  • Kemudian kentang dilenyek.
  • Campurkan mentega, lada sulah dan air rebusan ayam. Gaul rata.
  • Dah siap boleh lah dimakan bersama kuahnya.



Bahan Kuah
250ml air rebusan ayam
1 sudu besar mentega
1  1/2 sudu besar tepung jagung
beberapa titik kicap hitam (untuk mewarnakan)
Garam, serbuk lada sulah secukupnya



Cara penyediaannya

  • Larutkan tepung jagung dengan sedikit air
  • Panaskan mentega, masukkan bancuhan tepung jagung & masak sehingga bertukar keperangan
  • Kemudian masukkan lebihan air rebusan ayam tadi, kicap, garam & serbuk lada sulah (masa nie kena kacau rata-rata sebab tepung jagung tuu akan sedikit berketul-ketul. Nina kacau guna whisk tuk kasi kuah rata/halus) 
  • Bila kuah pekat, curahkan ke atas kentang lenyek.
  • Lebih enak dimakan bersama roti bawang putih


Anak-anak pasti amat menggemarinya …. Dah tak perlu beli kat KFC lagi~~~~
Note : Untuk kuahnya, Nina tak menggunakan resepi nie, Nina guna resepi black pepper sauce. Boleh tengok SINI ehhh ….. Lagi Uumpphh….!!!!


 



Selamat mencuba !!









Related posts:

KASUT SEKOLAH PALLAS BELI ONLINE JE MUDAH

Sukatan Dos Ubat Demam Yang Betul 250mg 120mg

RESEPI ICE CREAM OREO HOMEMADE TANPA TELUR | Guna 5 bahan aje

Kasut Sekolah yang bagus semestinya PALLAS! Beli Online lagi mudah jimat selamat

Lifestyle Parenting Resepi Homemade Mashed Potato with Gravykudap kudapanmenu anak-anakresepi mudahresipiSayur-sayuranWestern Menu

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2026 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes