Last week Nina sekeluarga tak ketinggalan pegi intai promo apa yang menarik ada kat Matta Fair PWTC. Kami ni jenis wajib pi survey dulu bila nak pi holiday. Yelah… “Kenapa berbelanja lebih sedangkan boleh dapat harga yang lebih murah?” Acecehhh …. Macam pernah dengar tak iklan ni kat TV! HAhaaa…
Alang alang dah sampai area PWTC, maka kami pun ber Saturday Hi-Tea buffet kat sebelah nya. Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur. Hi-Tea buffet ni kiranya merangkap lunch sekali. Dok santai makan-makan, borak-borak, family time gitu…
Buat yang selalu follow Nina, korang akan perasan dah beberapa tahun Seri Pacific Hotel KL ni antara hotel yang kerap Nina pi makan teruatamanya Buffet Ramadhan. Selalunya Nina dengan kengkawan jer tapi kali ni untuk Hi-Tea Nina bersama family lak… Sebab apa tau.. Stay tune tau sampai habis!
Seri Pacific Hotel KL
Hotel ternama , sapa pun kenal bila sebut namanya yang terletak kat tengah bandar ibukota metropolitan. Lokasi yang stategik berdekatan dengan stesen LRT Putra dan Komuter Putra. Restoren Zende kat level 1 cukup selesa. Nina suka! Konsep minimalis, kemas dan agak luas. Sesuai laaa bawak anak-anak. Staff dia pun ramah dan helpful.
Apa yang best Saturday Hi-Tea kat Seri Pacific Hotel KL
Okey .. Kalau tanya Nina yang cerewet makan ni banyak juga yang best ada kat sini. Antara menu yang paling Nina suka kat section noodles nya. Korang tengok ni… Nina ambik Mee Udang. Macam biasa rencah ikut suka nak buh apa, buh udang banyak! Paling win kuahnya. Perghhh …. Sedap weyhh! Terasa air udang dia, cukup kombinasi nya bila tabor bawang goring, daun sup! 3 kali Nina ulang makan …Ssyyhhhh… Malu lak TERcerita. HAhaa
Seafood Fresh
Yang ni favorite Geng. Dia memang penggemar seafood style gini. Katanya sedap! Udang, tiramnya segar. Dah suka sila ambik bebanyak yaaa Abang.. Kat rumah idok lerrr Nina akan buat menu ni. Geng sorang jer makan. HEhee…
Malaysian Food
Opkos laaa kita ni payah nak lari dari makan nasi iyer tak? Typical Malaysian orang kata. Dan macam biasa nasi kat Seri Pacific Hotel KL ni menepati citarasa Nina. Jangan tak tahu, nasi aje pun Nina cerewet awakk …! Nasi kalau keras memang out. Bagi Nina , nasi yang sedap kena lembut tapi bukan lembik. Camner eh… Susah nak citer tapi kebanyakkan nasi kat mana-mana hotel café restaurant lain banyak yang keras. Nape tah?
Antara menu local delights yang ada satay, popiah basah, rojak, nasi tomato, ayam masak merah dan banyakkk lagi!
Lauk pauk yang ada pun variety. Ada style mamak, malay dan chinesse style. Favorite Nina yang ni.. Nina ambik lauk jer.. Kengkonon diet. HEhee..
Bread Bar
Kat Bread Bar ni ada pelbagai jenis roti. Kot korang jenis tak makan mee atau nasi jangan risau sebab pilihan roti ada banyak! Ada 6 jenis kesemuanya. Whole bread – whole meal, rye, ciabatta, focaccia, french loaf, croissant, toast, pita bread, lavish, cheese and grissini stick. Macam Nina pandai semua nama ni kannn? HAhaa… Nina catat apa yang tulis kat situ jer.. HEhee..
Dim Sum
Aduyai … Dimsum ni pun berkali kali Nina dok ulang! HAhaa… dah nama pun buffet iyer tak? Rugi laaa tak makan puas puas menu kegemaran kita kann..
Dessert yang memukau. Ooppsss…! Oh my diet
Ok, seleksi dessert kat Zende Seri Pacific Hotel KL memang cantik! Pastu ada pelbagai pilihan dan sedap. Yang Nina ambik ni korang kena try tau. Asyikkkk….!!
Kueh mueh tradisional pun ada
Anak-anak Nina ni unik. Kueh mueh tradisional memang antara kuih kegemaran derang. Tekak orang tua gitu. Ikut sapa entah lerrr…
Gambar atas : Yang ni depa laaa yang punya.
Gambar bawah : Nina yang punya. Omputeh panggil crepe, kita panggil lempeng! HEhee…
Bubur / Pengat Section
Aduhh … Ada 4 jenis pengat dan bubur awakk…!! Bnayak kann…? Larat tak larat jer nak rasa kesemuanya. Fuhhh … Tak rasa rugi lak kann… Sedap! Roti Jala pun ada, dan …. Mee Goreng Mamak dia terlajak sedap ni pun korang wajib cuba.
Section hot drink dia harus di beri pujian. Kemas tersusun dan bersih. Bagus! Selain pilihan air panas, Saturday Hi-Tea Zende Seri Pacific Hotel KL pun ada Lai Che Kang atau ABC. Pepandai laaa korang mix match ikut citarasa. Anak-anak Nina lak dok ngadap Ice Cream. Makan laaaa sayang, all you can eat!
Drink section
Ada hot drink yang kemas bersih. Bahagian sejuk ada Ice kacang, ABC, Cendol dan Lai Chee Kang.. Korang pepandai laaa ambik apa yang korang nak dan mix match. Ice cream pun ada!
Salad section
Nina suka kombinasi section salad ni. Ada western, ada Malaysian ala kerabu. Sedapnya ratah begitu saja. Kat sini pun ada gado-gado. Korang jangan bergadoh kat sini udah ler yaa… HAhaa
Rojak buah terbaik!
Dah beberapa tahun Nina dah makan rojak buah kat sini dan tak pernah berubah rasa kuah dia. Masih sedap seperti tahun tahun sebelumnya. Pekat, cukup pedas dan kombinasi nya uummphhhh..!! Apa paling best rojak buah kat Seri Pacific Hotel KL ni kuahnya tak akan cair sambil kita makan. So sampai ke titisan terakhir calitan rasa kuah rojak nya superb!
Cantik kannn deko section buah buahan dia!
Kids Corner
Ahaaa… Ini laaa sebab nya Nina bawak anak-anak Nina. Ada pelbagai menu yang pastinya jadi kegemaran bala tentera anak-anak Nina nan berderet ni. Masing-masing ada citarasa dan bila Chef Zende Seri Pacific Hotel KL ni deko cecantik cute gini, laju jer anak-anak makan. Suka mak!
Antara menu yang ada kat Kids Corner ni adalah Speghetti Bolognaise , Breaded Checken Boxing with Mild Herbs, Macaroni Carbonara, Mushroom Soup, Crispy Fried Chicken Wing, Sausage, Nugget, Cute Mini Beef Burger, French Fries, Pop Corn, Wanton with Dip, Dougnut, Mini Cup Cakes, Muffin, Biscuits, Candy dan banyak lagi..
Hi TEA ZENDE SERI PACIFIC HOTEL KL
Amacam, menarik tertarik tak? Kot korang nak Hi-Tea Nina rekemen korang try datang sini. Keselesaan dan food Seri Pacific Hotel KL ni memang tip top! Mungkin sebab tu laaa full house.
Harga Hi-Tea Zende Weekend Treats
Hotel Seri Pacific KL
RM75 nett Dewasa
RM38 nett Kanak-kanak ( 6 hingga 12 tahun)
Masa : 12.30pm – 4pm
Kot korang rajin mentelaah kroang boleh laaa pi website depa
Website : www.seripacifichotel.com
Seafood dia indeed nampak fresh and sedap. I yet to try this place and will definitely try it soon with my family.
Jane, nanti try ya… Yes, really puashati. Berbaloi dengan harga dan taste dia! ♥
I lama tak pergi hi tea camni. Rasa boleh makan sampai pengsan kat sini .Menu selection dia nampak best and the price super reasonable too. Boleh ar try nanti.
wow..semuanya sdap2..tiba2 saya rasa lapar la k.nina..huwaa
MasyaAllah meriahnya Mee Udang akak…mmg betul dia boh berekor-ekor udang dalam tuu…hahahaha…Sally kalau pi sini mmg serang terus ke pengat dgn bubur tuu…mmg minat betul!
Semua menyelerakan aduhai setiap hari buffet ramdhan ah gini hehehe
Kalau macam ni bukan akak je puas hati saya pun puas hati. Dahlah banyak menu leoas tu semua nampak sedap dan menyelerakan. Dim sum tuh buat iols kecur liur saja tau. Semua meriah lah makanan..nak makan semua je rasa.
Kannn…. Pilihan banyak! Tinggal larat makan ngan tidak jer. Hehee
Ya Allah terliur saya dibuatnya. Tambah2 dessert table tu. geram dibuatnya. Warna warni cantik je tersusun. Banyak pilihan yer pilihan makanan buffet di sini. Nanti nak ajak satu family datang lah
Wah hitea pun banyak pilihan makanan dia.. Dekat dh ni.. Kids corner ade tu best.. Tenang sikit mak pak nak makan.. Hehehe..boleh try ni
Meriahnya makanan kat sini. Nampak sedap semuanya ye! Hi-tea kat sini nampak sgt2 berbaloi la if bawak family
Alamak sedapnya Hi-tea dekat sini. Tak pernah datang sini lagi. Macam-macam hidangan ada. Kalau buat event pun best kat sini ni.
Alahai..
Banyaknyaaa menu sesedap..
Kita pulak rasa lapar tengoknya..
Kalau dapat terjah syok ni..
Makan puas puas. Hehe
Ya ampun sedapnya makanan kat sini. Banyaknya pilihan makanan. Kalau saya x tahu nak mulakan dari mana hehehe. Tapi mmg rekomen la utk org datang berbuka di sini
The amount of food and the price is totally worth it. I wish I had more time at Matta Fair, then at least I could have grabbed more deals, also.
Waahh siap ada dimsum tuu . Kita suka benar ngan dimsum . Sedap sangat . Makanan lain pon tak kurang hebatnya semuanya nampak menyelerakan . Jadi kena la cuba nanti .
I would love to try the pengat which is very difficult to be found elsewhere. 🙂 Seems like you and your family had a great time. Will try to give this hotel a try if I am in KL. 🙂
Seronok hi-tea satu famili kan, boleh sambil makan sambil sembang sambil cerita, makanan pun nampak pelbagai dan menarik.
Sedapnya makan2 kat hotel. Dah lama x buat food review ni. Nanti boleh la makan kat sini ya.