Slot Akasia diteruskan dengan Drama RAJUK KARINA lakonan mantap dari baru dan lama. Suka gandingan barisan para pelakon dalam drama ini kerana masing-masing membawa karektor yang cukup bersahaja. Sapa saja tak kenal dengan Nazim Othman kann? Setiap drama lakonan beliau memang menjiwai dengen jayanya! Paling best dalam Takdir Yang Tertulis. Terkini Siti Hariesa tak kurang hebat selepas berjaya menjadi penyondol dalam drama Perempuan Itu sehingga dikecam teruk. HAHaa
Dalam drama RAJUK KARINA, waktak Karina lakonan Siti Hariesa pula menjadi mangsa penyondol lakonan Puteri Aishah sebagai Anum. Mampukah Siti Hariesa membawa mood kesian pada penonton pada beliau setelah apa yang telah dia buat pada Khalishah? HAhaaa
Yang tahu je tahu je sebab tu korang kena jugak tonton Drama trending popular lakonan Siti Hariesa, Mimi Lana bergandingan dengan Zul Arifin dalam Drama Perempuan Itu.
Sinopsis Drama Rajuk Karina
Karina (Siti Hariesa) dan Mizan (Yusuf Bahrin) adalah sepupu dan mereka tidak pernah berenggang. Begitu juga hubungan keluarga besar mereka seolah-olah tiada batas dua keluarga. Mizan juga melayan Karina seperti adik sendiri dan boleh dilihat kasih sayangnya pada Karina melebihi adik kandungnya. Namun, penerimaan Karina terhadap layanan Mizan itu tidak sama dengan apa yang dirasai oleh Mizan. Dalam diam Karina jatuh cinta pada Mizan.
Saiful (Nazim Othman) pula adalah seorang pengajar di Kolej Kart’s yang merupakan milik keluarga Karina. Saiful sudah lama tertarik dengan Karina. Status mereka yang sejauh langit dan bumi itu membuatkan Saiful tercabar untuk memulakan langkah berkenalan dengan Karina.
Pada awalnya, Karina tidak menerima Saiful tetapi Saiful berjaya memikat hati Karina atas kesungguhannya. Tambahan pula, Karina kecewa dengan keputusan Mizan yang menolak cadangan Opah untuk menikahi Karina. Jadi, Karina tekad menerima lamaran Saiful dan melupakan tentang kesedihan perasaannya cinta dalam diam tak dibalas oleh Mizan.
“There’s no love for her. Maaf, Mizan takkan kahwin dengan Karina.” – Mizan
Penolakan Mizan atas cadangan opahnya buat Karina kecil hati. Ya, dia tahu mereka sepupu tapi, masih sah nikah.
Karina tekad ingin berkahwin dengan Saiful kerana
Akhirnya Karina menerima Saiful bertahta dalam hidupnya tanpa syarat.
Karina cuba melupakan Mizan. Move on Karina!
Namun kehidupannya selepas bernikah dengan Saiful tidak seindah yang disangkakan. Sikap Saiful dan ibu mertuanya yang kejam dan menggunakan hartanya untuk berbelanja membuat Karina derita dan merindukan kehidupan asalnya.
Paling terkesan red flag yang terjadi bila Karina mendapat panggilan dari Mizan mengatakan ibubapa Karina meninggal dunia dan ketika itu Karina dan Saiful baru je sampai tempat honeymoon. Sanggup Saiful tak benarkan Karina balik uruskan pengebumian ibubapa Karina dan minta Mizan yang uruskan semuanya. Cannot brain! Tergamaknya Saiful.
Kehadiran orang ketiga Anum (Puteri Aishah) merupakan bekas tunang Saiful yang merancangkan untuk memecah belahkan rumahtangga Karina ditambah pula dengan sokongan padu dari ibu mertua Karina yang sememangnya tidak sukakan Karina sebagai menantu pilihannya.
Saiful dan Anum kantoi
Terjadinya kes tangkap khalwat antara Saiful dan Anum membuktikan lagi kesahihkan hubungan terlarang antara Saiful dan Anum. Atas sebab kejadian yang memalukan, Karina membenarkan Saiful bernikah dengan Anum tapi dengan syarat Saiful harus melepaskan Karina. Ibu mertua lah yang paling seronok. Eewwww geram nengoknya! Sibuk suruh Saiful kawin dua tapi setelah disoal siasat oleh bapa Saiful, membuktikan sebenarnya Saiful tak mampu nak berkahwin dua sebab Saiful tak mampu dari segi kewangan yang selama ini Karina yang paling banyak menyara mereka semua.
Penyondol kannn, memang suka suami orang! Anum tu tak tahu selama ni Saiful dok belanja dia pakai duit Karina. Ibu mertua pun terkejut bila baru tahu selama ni gai Saiful tak banyak mana pun. Tapi sebolehnya ibu mertua tetap mahu Saiful berkahwin dengan Anum dan kos sara hidup mereka dikongsi bersama. HAhaa.. Dasar mata duitan!
“I izinkan you kahwin dengan Anum tapi dengan syarat, ceraikan I.” – Karina
Akhirnya Saiful lepaskan Karina dalam keadaan Karina sedang mengandung. Diceraikan ketika sarat mengandung buatkan Karina nanar. Namun, dia perlu kuat demi bayinya. Dan dia bernasib baik kerana masih ada Mizan di sampingnya.
Saiful menyesal tak sudah, Mizan tuntut janji pada Saiful
Saiful meneruskan perkahwinannya dengan Anum tapi dalam diam Saiful terasa hati bilamana Anum tidak menghormatinya sebagai suami dan layanan Anum tak seindah yang dibayangkan. Ternyata Karina lebih baik. Padan muka Saiful! HAhaa
Sebenarnya ada perjanjian antara Mizan dan Saiful tanpa pengetahuan Karina.
Saiful cuak bila berdepan dengan Mizan, mempersoalkan janji-janji Saiful padanya. Mizan lah yang menyelamatkan Saiful dari dibuang kerja oleh Datuk kahar dulu. Mizan juga yang menanggung perbelanjaan master Saiful sehingga lulus menjadi Pensyarah di Kolej milik Wisma Kart’s. Dia hanya menuntut supaya Saiful menyenangkan Karina namun semua itu gagal dilakukan Saiful. Mizan mahu Saiful berhenti kerja sebaik tamat kontrak, termasuk Anum! HAhaa… Padan muka mereka berdua.
Walau bersendirian menghadapi semua dugaan, Karina berjaya melahirkan seorang anak perempuan walau tanpa Saiful disisi. Kebetulan kehadiran Mizan di hospital, Mizan lah yang iqamatkan bayi Karina. Dalam diam Mizan cuba menawan hati Karina semula.
“Abang sayang Kar.” – Mizan.
Kali ini luahan sayang yang Mizan lafazkan bukan sayang adik-abang macam dulu lagi. Tapi sayang itu sudah berubah rentak. Namun kali ini, Karina lebih hati-hati. Kekecewaan dulu cukup mematangkan Karina.
“Susah-susah sangat, Mizan bawa Kar ke Siam. Nikah kat sana.” – Mizan
“Ingat sikit, belum kahwin lagi. Jangan suka-suka redah bilik Kar.” – Opah
Mereka bersatu juga walau banyak rintangan yang terbentang. Hidup sebumbung, baru Mizan tahu ‘nakal’ dan ‘manja’ seorang Karina. So cute tau Karina ni! Tidak lah setegas yang selalu kita dok tengok.
Karina nakal manja : Attention seeker hanya untuk Mizan
“Abang tidur pakai kain pelekat dan baju pagoda jer? Comel. Old school sangat!” – Karina.
“Kar tak nak pergi sekolah! Nak sambung tidur. Nak duduk dalam kain abang semula.” – Karina.“Kalau Kar budak sekolah, boleh je abang pontengkan. Tapi isteri abang ni cikgu, mana boleh suka-suka tak nak pergi sekolah.” – Mizan
Bahagia mereka, rahsia yang tak perlu dikongsi dengan sesiapa. Namun, Tuhan masih mahu menguji.
Hidup Karina tak lepas dari ujian. Dasar penyondol tak pernah puas! Anum masih berdendam, dia ingin menjatuhkan Karina, merosakkan lagi rumahtangga Karina dengan kebahagiaan yang Karina miliki.
Anum Anum …!! Dulu dah rampas Saiful, kali ni Anum nak rampas Mizan pulak.
“Kau tahu tak suami kau rogol aku! Dia rogol aku!”- Anum
“Kalau kau buat semua ni untuk dapatkan duit aku, jangan harap kau akan dapat. Dan jangan harap kali ni kau boleh dapat suami aku! Pandang suami aku pun kau tak layak!” – Karina
“Anum, you’re just wasting your time. Hentikan angan-angan kau nak rampas suami Karina.” – Saiful
Ending – Episod akhir RAJUK KARINA
Apa akan jadi bila Anum nekad dengan kegilaannya?
Kali pertama, dia berjaya rampas Saiful dari Karina.
Adakah dia juga akan berjaya rampas Mizan?
Adakah cinta Mizan beralih arah pada Anum?
Setelah bermacam dugaan Karina terpaksa lalui, membuatkan dia tekad untuk bangkit melawan nasibnya.
Dapatkah Karina mempertahankan rumah tangganya? Bolehkah dia bangkit semula dan cari kebahagiaan yang diimpikan?
Drama Rajuk Karina
Drama Rajuk Karina diadaptasi daripada novel karya Sufea Hareez bakal menemani penonton di slot Akasia TV3 mulai 10 Ogos 2023, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam.
Drama bersiri terbitan Country & Universal Sdn Bhd ini mempunyai 28 episod dan diarahkan oleh Harris Fadzillah. Menampilkan gandingan pelakon utama Siti Hariesa, Yusuf Bahrin, Nazim Othman dan Puteri Aishah.
INFO DRAMA RAJUK KARINA
Episod: 28
Tarikh Tayangan: 10 Ogos 2023
Waktu Siaran: Isnin – Jumaat, 7:00 malam
Rangkaian: Akasia TV3 / tonton
Penulis Novel: Sufea Hareez
Penulis Skrip: (PGR’s Team) Rozie Rashid, MoonRahdin
Pengarah: Harris Fadzillah
Produksi: Country & Universal Sdn Bhd
Watak Pelakon Drama RAJUK KARINA
Siti Hariesa sebagai Karina
Yusuf Bahrin sebagai Mizan
Nazim Othman sebagai Saiful
Puteri Aishah sebagai Anum
Eryna Nur Syifaa sebagai Batrisya
Anne Abdullah sebagai Asmah
Shweta Sekhon sebagai Jasmine
Zainol Ismail sebagai Pak Mud
Sera Melissa sebagai Syakila
Fara Nadiah sebagai Shidah
Rahim Omar sebagai Dato Kahar
Ainina Ahmad sebagai Milah
Zarina Zainuddin
Abd Manan Sulaiman
Haidar Hasanudin sebagai Daniel
Neera Azizi sebagai Balqish
OTS RAJUK KARINA
Lagu pembukaan “Jangan Mati Rasa Itu” – Aina Abdul
Lagu penutup “Jangan Mati Rasa Itu” – Aina Abdul
Amacam dah tonton?
Macam best kannn? Lakonan barisan pelakon drama RAJUK KARINA ni penuh chemistry kan? So far masing-masing berjaya bawa watak mereka dengan natural. Match pulak watak Puteri Aishah dengan style rambut panjang mengurai cantik sebagai penyondol tu kannn? Tergedik-gedik. HAhaa
Naskah hebat ini mengelongkar kisah antara kekeluargaan, tamak harta yang bukan dia yang punya, kecurangan yang dicurang, hasad dengki, isi hati, attention seeker dan banyak lagi. Semua ada je terjadi dikalangan kita. Cerita kehidupan biasa-biasa yang di olah jadi drama yang menarik.
Tonton Online Drama RAJUK KARINA
Buat yang tak done nak tonton waktu tayangan di TV3, korang boleh strim tonton online di tonton.com.my. atau esklusif iQIYIMalaysia Check it out!
CINTA – Kerana cinta pengorbanan dipersiakan. Kerana cinta dia melepaskan. Kerana cinta dia dimiliki. Perlukan dia mempertahankan cinta yang rapuh? Perlukan dia mengejar cinta yang semakin menjauh? Dia mahu mencintai dan dicintai – KARINA