Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Pelakon Drama TAKDIR YANG TERTULIS Nazim Othman Elvina Mohamad
January 25, 2021August 24, 2023

Naskah hebat! Stress meroyan tonton. Sinopsis Drama TAKDIR YANG TERTULIS gandingan hebat Nad Zainal, Nazim Othman, Elvina dan Alvin Chong

Tamat sudah drama best trending BOUGAINVILLEA lakonan Nora Danish, Beto Khusyairi dan Intan Ladyana. Tak dinafikan barisan pelakon drama ni memang superb walaupun mereka ini dah lama tak muncul dalam TV. Slot Samarinda diteruskan dengan sebuah naskah yang lagi hebat! Jomm baca Sinopsis Takdir Yang Tertulis lakonan hebat Nad Zainal, Nazim Othman dan Elvina Mohamad.

Isi Kandungan hide
1 Ending BOUGAINVILLEA
2 Sinopsis TAKDIR YANG TERTULIS
2.1 Sinopsis TAKDIR YANG TERTULIS
2.2 Sinopsis Drama Takdir Yang Tertulis TV3
2.3 Info Drama Takdir Yang Tertulis
2.4 WATAK PELAKON Drama
2.5 LAGU TEMA (OST)
2.6 Sinopsis Drama Takdir Yang Tertulis TV3
2.7 Related posts:
3 Bila baby Eilhan dah pandai menyelongkar.... terhasillah interior design terkini. HSE first!
4 Doa untuk dia
5 Cara masak Resipi MEE GORENG paling senang sedap
6 Makan mana BEST Sedap area Sentul KL Selangor? Restoran ZK AL-Azmi Garden menepati citarasa

Ending BOUGAINVILLEA

Memula kita sangkakan Mimie yang terlalu obsesi pada En. Adrian rupanya kawan baik Aryana yang musuh dalam selimut! Rupanya punca kemalangan Aryana adalah rancangan hasad dengki Hazira. Dia yang obsesi dengan Adrian sampai sanggup nak bunuh kawan baik dia sendiri. Giler laaa… Eh! Memang Hazira tu mental problem.

Paling Nina suka lakonan Nora Danish. Aduyai awat laaa comel Nora Danish ni? Umur dah hampir patplohan tapi still cute comel.
Beto Khusyairi memang in dalam watak dia. Renungan dia, body language dia superb! Pelakon tambahan lain semua bagus. Kalau korang belum tonton, rekemen korang pi tengok tau!

Sinopsis Drama TAKDIR YANG TERTULIS

Slot Samarindra diteruskan Drama TAKDIR YANG TERTULIS. Barisan pelakon hebat, antaranya Nazim Othman, Nad Zainal dan Eilvina Abdullah. Teringat-ingat konteversi lakonan Nad Zainal dalam Drama HATI YANG TERSAKITI. Meletop mantap lakonan dia!

Sinopsis TAKDIR YANG TERTULIS

Mengisahkan tentang Juweta (Nad Zainal), Ruhila (Elvina Mohamad), Azlan (Nazim Othman) dan Ean (Alvin Chong).
Juweta dan Ruhila adalah kawan baik sejak Universiti. Mereka berdua amat akrab namun perkenalan yang bermula sejak zaman Universiti menjadi huru hara apabila persahabatan dicabar dengan kesetian dan kepercayaan.

Kifarah Cinta , Mengejar Bahagia

Azlan yang menyukai Ruhila bak cinta pandang pertama sebelum mengetahui bahawa Ruhila adalah kekasih sahabat baiknya Ean. Hal tersebut sedikit menggugat Ean. Juweta amat mencintai Azlan tapi mereka selalu berselisih faham pelbagai hal.

Juweta amat marah pada Ruhila apabila mengetahui Azlan menghantar rombongan meminang Ruhila. Ruhila memujuk Juweta kerana ianya terjadi tanpa pengetahuan Ruhila sendiri. Ruhila menerangkan dia amat mencintai Ean manakan sanggup menerima pinangan Azlan.

TAKDIR YANG TERTULIS

Azlan kecewa lalu melamar Juweta. Akhirnya mereka berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Mika. Hubungan suami isteri, Azlan dan Juweta semakin meruncing hari demi hari

Urusan anak mereka Mika di uruskan oleh Ruhila sebagai Personal Assistantnya. Mika terasa hati setiap kali Juweta mungkir janji akan menjemput Mika balik sekolah kerana Juweta selalu sibuk uruskan syarikatnya. Namun Mika cukup matang di usianya dan memahami tugasan mama nya. Kasih sayang mereka utuh lebih dari segalanya.

Hari demi hari pergaduhan Juweta dan Azlan membuatkan Mika trauma dengan pergaduhan ibu bapanya. Jiwa Mika lebih tertekan tatkala terdengar ayat cerai. Mika tak ingin ibubapa nya bercerai.

Sudah lama Azlan bersabar dengan karenah Juweta namun setiap kali permasalahan terjadi Azlan akan cuba mengambil hati isterinya. Malangnya berakhir dengan pergaduhan yang lebih besar.

Sinopsis Drama TAKDIR YANG TERTULIS

Karektor dan jiwa Bossy Juweta penuh dengan keanguhan kesombongan sebagai CEO syarikat arwah bapanya terbawa-bawa hingga ke rumah. Juweta sering memerintah Azlan dan pernah Juweta memarahi menengking Azlan di hadapan pekerja mereka hingga menjatuhkan martabat Azlan sebagai suami kepada Juweta. Keterlaluan kamu Juweta!

Satu hari, Azlan nekad menceraikan Juweta melalui status nya di Twitter!
Juweta tertekan dan meminta pertolongan Ruhila agar memujuk Azlan kembali pada Juweta seperti mana pernah Ruhila lakukan dahulu sehingga Azlan berubah hati lalu melamar Juweta .

Walau apa pun yang terjadi, saya nak awak tarik balik niat awak nak ceraikan Juweta! – Ruhila

Satu persatu dugaan menimpa Juweta hingga Juweta hilang segalanya termasuk syarikatnya dan Mika! Semuanya kerana sikap Juweta sendiri. Aargghhhh…!! Cuai nya aku! Begitu mudah mempercayai Azlan, sign membabi buta segala dokumen. Kesian Juweta . . .

Terjadi kah perceraian antara Juweta dan Azlan?
Mampukah Juweta selamatkan perkahwinannya dan syarikat nya? Why why…
Mengapa Azlan tak sanggup lagi bertahan dengan Juweta?
Adakah Azlan mempunyai isteri lain selain Juweta? Siapakah?
Bagaimana pula dengan Ean?
Adakah semua ini dirancang demi harta dan persahabatan atau dendam?

Sinopsis Drama Takdir Yang Tertulis TV3

Pelakon Drama TAKDIR YANG TERTULIS Nazim Othman Elvina Mohamad

Nantikan drama bersiri ‘Takdir Yang Tertulis’ bakal mengisi slot Samarinda TV3. Dibintangi oleh Nazim Othman, Nad Zainal, Elvina Mohamad, dan Alvin Chong. Drama arahan Shahrulezad Mohameddin. Akan bersiaran mulai 21 Januari 2021, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam.

Info Drama Takdir Yang Tertulis

JUDUL : TAKDIR YANG TERTULIS
EPISOD : 15
TARIKH TAYANGAN : 21 Januari 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENULIS SKRIP : Shahrulezad Mohameddin & Uchee Fukada
PENGARAH : Shahrulezad Mohameddin
PRODUKSI : Radius One
PELAKON : Nazim Othman, Nad Zainal, Elvina Mohamad, Alvin Chong, Isaac Iman, Didie Alias, Uchee Fukada, Iman Suhana, Muaz Fitri Maslan

WATAK PELAKON Drama

Nazim Othman sebagai Azlan
Nad Zainal sebagai Juweta
Elvina Mohamad sebagai Ruhila
Alvin Chong sebagai Ean
Muaz Fitri sebagai Hakim
Didie Alias sebagai Che Salmah
Uchee Fukada sebagai Kak Jo
Iman Suhana sebagai Ruzita
Isaac Iman sebagai Mika

LAGU TEMA (OST)

Lagu : Karma
Artis : Kaka & Jaz hayat
Lirik : Aisha Retno
Komposer : Farouk Roman

Sinopsis Drama Takdir Yang Tertulis TV3

So far dah tonton beberapa episod, memang BEST Superb laaa gandingan Nad Zainal, Nazim Othman dan Elvina Mohamad. Tahun 2020 Nazim Othman popular dengan watak Tuan Zahred dalam Drama PENGANTIN 1 MALAM.

Nad Zainal trending hot meletop dalam Drama HATI YANG TERSAKITI . Giler tak trending, power menjadi lakonan dia terutama babak melepaskan kemarahannya! Dengan kita kita pun stress sama nak marah pada Haris dan Farah di perampas rumahtangga dia. Tapi salah dia jugak, baik sangat pada kawan baik dia Farah tuu…!!

Adakah dalam Drama TAKDIR YANG TERTULIS ini, Nad Zainal sebagai Juweta akan ditikan belakang oleh kawan baiknya Ruhila?
Konflik yang mengupas tentang persahabatan, kesetiaan, kejujuran dan tentu sekali harta!

Kalau korang terlepas episod dont worry. Korang boleh jer Tonton Online Drama Online TAKDIR YANG TERTULIS setiap Episod hingga Akhir di WeTV Malaysia . So check it out! Jommm sesama meroyan. HAhaaa . . . Chillexx drama jer pun, dah nama pun Drama Sangat kann. Layan jer..

Yang pasti Drama dari Radius One tak pernah mengecewakan dan ada pengajaran yang disampaikan. MOga kita sesama muhasabah diri dan memperbaiki diri hari demi hari.

Untuk semua perampas di luar sana, cerita ini untuk anda!

Hurmmm . . . Tak sabar nak tunggu episod Juweta bangkit semula tuntut segalanya! Orang macam Juweta tu berjiwa besar, tentu tak mudah kalah. Dia akan lebih kuat! Kann kannn kannnn?

Korang team mana?
TeamJuweta ke
TeamAzlan ke
TeamRuhila ke
TeamFiraun ?? HAhaaa . . .

Related posts:

Bila baby Eilhan dah pandai menyelongkar.... terhasillah interior design terkini. HSE first!

Doa untuk dia

Cara masak Resipi MEE GORENG paling senang sedap

Makan mana BEST Sedap area Sentul KL Selangor? Restoran ZK AL-Azmi Garden menepati citarasa

Drama Movie Lifestyle Review Alvin ChongDrama 10pmDrama bestDrama InfoDrama sangatDrama TV3Elvina MohamadFull Episod hingga AkhirINFO DRAMA TERKININad ZainalNazim OthmanRadius OneSamarinda TV3SinopsisSinopsis DramaTAKDIR YANG TERTULISTonton Drama OnlineWeTV Malaysia

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (19)

  1. Laila says:
    January 29, 2021 at 11:32 am

    Best drama kali ini. Terlayan episod 2, terus tunggu episod seterusnya.

    Reply
    1. Yanie Yusuf says:
      February 2, 2021 at 11:37 am

      Yanie tak trngok pun drama ni tapi bila baca sinopsis akk ni.. haih rasa nak tgk drama ni. Best lak rasa baca nak tahu apa jadi pada mereka

      Reply
  2. Tuan Director says:
    February 2, 2021 at 2:39 pm

    As’salamualaikum cik,
    Selama ni aku silent reader blog ni.
    Serius aku suka baca sinopsis drama dari ninamirza.
    Aku suka cara penyampaian penceritaan yang ninamirza sampaikan.
    Ada persoalan yang buat aku nak rasa nak tonton drama yang ninamirza kongsikan.

    Drama Takdir Yang Tertulis ni aku jumpa dari google. Tak sangka jumpa blog ninamirza lagi. Rupanya bukan naskah drama ni jer hebat, blog cik ninamirza juga hebat! Tahniah.

    Teruskan perkongsian dan olahan yang berbeza dari blog drama lain. Aku suka!

    Reply
  3. bae roslan says:
    February 2, 2021 at 4:12 pm

    viral drama ni sekarang, bru nak marathon tengok…moga tak stress tengok cite ni haha

    Reply
  4. iena eliena says:
    February 3, 2021 at 12:28 am

    MEmang sakit hati tengok cerita ni.. geram betul..tak sangka ruhila dengan azlan tu jahat..iena pun tak sabar tunggu juweeta tu bangkit and balas dendam

    Reply
  5. Sis Lin says:
    February 3, 2021 at 8:22 am

    Bermula episod semalam naik nyampah lagi geram dengan si Ila tu.. eeee…
    Tak sabar tunggu bantuan Ean kepada Ju tu.. Sis dapat agak mesti Mika tu anak Ila dengan Ean..

    Reply
  6. JMR says:
    February 3, 2021 at 9:58 am

    Isteri punya hal ajak tengok sama cerita ni dr episod pertama..terus melayan sampai ke episod latest huhu

    Reply
  7. ZHARIF AZIS says:
    February 3, 2021 at 10:57 am

    hebat lakonan Nad Zainal dalam cerita nie. ramai yang tweet sampai trending kot. best tengok !! SANGAT-SANGAT MENJIWAI WATAK DAN BERBAKAT

    Reply
  8. Kitkat Nelfei says:
    February 3, 2021 at 1:23 pm

    Menarik drama ni ye,, seriously dah lama tak tengok drama2 macam ni skrg.. dulu kat university memang rajin ikut drama ni ye, best partner while studying ahh… nak tengok ni la, 3 of 4 my favorite actors actresses.

    Reply
  9. CINDY TONG says:
    February 4, 2021 at 12:15 am

    interesting ye drama ini……lasttime used to watch alot these type of drama juga..senang la ada synopsis

    Reply
  10. Ayu Rafikah says:
    February 4, 2021 at 4:09 am

    Nampak cerita ni trending dekat twitter. Nad zainal lakonannya mmg mantap. Suka tgk

    Reply
  11. Ummi Nadrah binti says:
    February 4, 2021 at 4:27 am

    Ni satu-satunya drama yg saya follow sekarang, sbb suka drama terbitan Radius One. Lagi satu, memang minat dgn lakonan Nad Zainal dan Uchee Fukada. Power habis lah!

    Reply
  12. Grace Ng says:
    February 4, 2021 at 10:58 am

    what a great review. malay dramas are honestly the best to watch. cant wait to add it to the list!

    Reply
  13. Halimah says:
    February 4, 2021 at 3:10 pm

    Jarang layan drama2 kat tv3 ni satu hari tayang sampai 2/3 drama melayu, kdg2 confius sbb pelakon yg, sama berlakon setakat tgk2 gitu adalah

    Reply
  14. siennylovesdrawing says:
    February 5, 2021 at 8:15 am

    after reading your review here about this drama, am now tempting to check it out this weekend, thanks for sharing. cheers,siennylovesdrawing

    Reply
  15. Pingback: Episod AKHIR TAKDIR YANG TERTULIS plot twist sangat! - Nina Mirza
  16. Pingback: Sinopsis Drama SCAMMER Astro Ria Lakonan hebat Fasha Sandha
  17. Pingback: LAYANGAN PUTUS Tonton WETV Full Sinopis Episod Akhir
  18. Pingback: DRAMA RAJUK KARINA : - Nina Mirza

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes