• Tentang Nina
  • Contact
  • Arkib
  • Disclaimer

Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Resepi
  • Review
  • Parenting
  • Travel
  • Personal

Episod AKHIR TAKDIR YANG TERTULIS plot twist sangat!

February 17, 2021 by Nina Mirza 4 Comments

Tamat sudah drama trending TakdirYangTertulis yang menjadi perbualan hangat netizen. Drama ni jadi troll bilamana Ean lari keluar dari kereta ketika mengejar peragut, padahal dah memang ada dalam kereta, bawak gi laa kereta tu laju-laju. Kannn…? Ada netizen siap edit scene ni kete Ean jadi kete terbang! Lawak seyhh.. Episod AKHIR TAKDIR YANG TERTULIS

Amacam? Suka tak ending tadi?

Plot twist sangat kannn…
Rupanya Mika tu anak Hakim

Episod AKHIR TAKDIR YANG TERTULIS

Akhirnya happy ending untuk semua
Cuma paling kesian kat MakFiraun sampai ke sudah tak jugak dapat harta Bapak Juweta.
Dok penjara makan pakai semua tanggung bersama fruitson kesayangan dia Hakim.

Sian jugak kat semua sebab derang tak tahu Mika tu sebenarnya anak Hakim. Tapi kita semua penonton dah tahu! HAhaaa
Ker kita ni yang diperbodohkan? eerrkkk

Sampai part Azlan kecewa dia orang terakhir tahu Mika tu anak dia pastu dia pun move on, Juweta dah dapat semula harta dia, Ean pun nampak dah move on but keep in touh dengan Ruhila tak tau laa kawin ke tak, Mika di jaga sama Mama Ju dan Ibu Ila bersama-sama. Hakim dan Mak Firaun dah masuk lokap dah just nice! Yes just nice. Smooth jer ending. . .

Tuptup . . . Rupanya masa Ruhila dan Ean mabok sampai tak sedar diri, Hakim tu yang perkosa Ruhila. So Mika tu anak Hakim! Oh NO!
So Mika ada 2 mommy, 3 daddy!

Naskah hebat banyak pengajaran!

Usah ikutkan rasa cinta terlalu mendalam  hingga membawa pada kemudaratan diri sendiri. Payah nau derang tu nak move on sampai 7 tahun hidup dalam penipuan diri sendiri.

Usah percaya 100% pada sesapa walaupun orang tu acah² bff. Konon lemah lembut cantik lawa macam Elvina. Eh! Hehee…

Fruitson sendiri jangan percaya sebab dalam diam perosak sepupu sendiri.

Oh ya, jangan mabuk!
Pastu tak sedar diri, pengsan sampai tak tahu apa yang terjadi. Punca Ruhila dan Ean mabuk laaa semuanya terjadi. 7 tahun semua orang kena tunggu ianya terbongkar.

Episod AKHIR TAKDIR YANG TERTULIS plot twist sangat

Sebab dendamkan Mak Juweta, Mak Firaun hidup tak aman. Materialistic sungguh! Sangguop korban anak sendiri

“Janji apa aku nak aku dapat”

Kalau semua ni tak jadi, tentu seluruh staff  Juweta benci tak sudah dengan sikap Bossy Juweta. Dah insaf Juweta sponsor kos rawatan   suami PA dia, naikkan gaji Kak Jo.

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Terima kasih makcik cleaner! Eh…
Memang dia kann penyelamat Juweta. HEhee..

Kalau korang tak sempat tonton don’t worries
Install jer Apps WeTV Malaysia  saluran rasmi Drama Ini  dan tonton dengan enjoynya sebab ianya ditayangkan tanpa iklan. PERCUMA

Tekan link : https://bit.ly/TakdirYangTertulis

Wajib tongon episod minggu terakhir Ita sekolahkan mak Firaun dia memang kurlass!
Siap pakej nyanyikan lagu nasyid utuk Mak dia sebelum keluar rumah konon katanya nak pegi kelas Usrah! Terhibur sangat scene ni. HAhaa

Pelakon Drama TAKDIR YANG TERTULIS Nazim Othman Elvina Mohamad

Baca sinopsis : Full Sinopsis Drama TAKDIR YANG TERTULIS

Popular kejap ‘Milo Taboorrrr… ‘ ayat ketika Ruzita adik Ruhila menghulurkan minunman pada Azlan dengan gaya yang menggoda. Ita Senget, Ita mental, Ita psiko.. macam-macam lagi gelaran untuk Ita. Namun dia laa yang menceriakan drama ini.

Drama ni pun banyak scene flip hair. HAhaa.. But serius lawa!
Cermin mata Azlan pun beberapa kali ‘terbang’ ketika Azlan sedang marah. Amboi . . .!! Marah sungguh!

Nad Zainal punya lakonan usah dipertikaikan. Superb!
Time dia marah, dengan kita rasa nak marah sama. Time dia sedih nangis walau pun dia nangis sikit-sikit, kita kat rumah ni bergelen-gelen air mata. Touching giler.. Saat Juweta kena halau dari rumah dia sendiri, saat Juweta dipisahkan dengan anaknya Mika, touchingnya..

Scene paling touching ketika Azlan turut tak berbuat apa-apa ketika Juweta dihalau keluar rumah. Azlan nangis! Tapi dia hanya diam membatu. Jahat mu Azlan! Kejam sangat masa tuh

Tapi bila Azlan tahu kebenaran Mika bukan anak kandungnya, sedih kesian down giler kat Azlan. Raut wajah Nazim real kekecewaannya! Kerana cinta sanggup buat apa saja hingga merana membinasakan diri sendiri. Sukarnya Azlan untuk mengecapi bahagia. Ayat last tu touching beb

Ending Episod AKHIR Drama TAKDIR YANG TERTULIS

Scene Mika peluk Juweta beri kata semangat, mahukan Mama juga mencari bahagia nya. So matured Mika! Cara dia, percakapan dia, intonasi dia penuh kasih sayang. Superb!

Serius tak sangka Alvin Chong berjaya membawakan watak dia sebaiknya! Penuh emosi saat Ean bergadoh dengan Azlan. Renungan mata Ean pada Azlan penuh dendam dan ketidakpuashati. Jiwa dia, hati dia, Aku yang punya! Hebatnya cinta Ean dan Ruhila tuu sampai 7 tahun pun tak boleh move on. Dasat giler!

Elvina dibenci netizen kerana digelar perampas! Berkarektor lemah lembut, penyayang, cantik lawa sesuai dengan Elvina si perampas. Namun hakikatnya Ruhila baik, dia tersepit. Semua nya terjadi tanpa kerelaannya. Sian dia kannn

Semua nya sebab Mak Firaun yang materialistik dan berdendam dengan mak Juweta. Katanya Mak Juewita dulu perampas. Bapak Juweta kaya raya orangnya, so Mak Firaun kecewa tak dapat kawin dengan orang kaya. Sampai bapak Juweta dah takde pun dia masih berdendam nak kan harta yang Juweta ada. Sibuk nak jawatan CEO syarikat Juweta. Comel sungguh datang office acah-acah bakal CEO dengan baju theme Mekdi. Merah kuning. HAhaaa

Semua hero heroin dalam drama ni punya sisi gelap mereka tersendiri. Takde sorang pun yang betu-betul mulia gitu. Semua ada kesalahan, semua buat salah, dan semua menerima pengajaran dari apa yang mereka buat.

Lain-lain semua all out! BEST giler drama ni…
Kak Jo, Makcik Cleaner, secretary, staff office Juweta semua bagus. Menjiwai watak dengan berkesan.

Tahniah team Takdir Yang Tertulis
Trending nya kamu!
Semua superb

Mmmm… Nanti Hakim keluar penjara  for sure dia akan  tuntut harta tu semua sebab Mika kan anak dia?
Korang rasa perlu ke ada sambungan TAKDIR YANG TERTULIS 2 ?

Share this:

  • Facebook
  • WhatsApp
  • Twitter
  • Pinterest

Filed Under: Drama Movie, Personal, Review Tagged With: Alvin Chong, Drama 10pm, Drama best, Drama sangat, Drama Terbaik 2021, Elvina Mohamad, Episod AKHIR, Full Episod hingga Akhir, My Review, Nad Zainal, Nazim Othman, Sinopsis Drama, TAKDIR YANG TERTULIS, Tonton Drama Online, tonton Online, WeTV Malaysia

  • Resipi MUFFIN paling Mudah Sedap menu kudap cepat siap sesuai untuk sarapan atau minum petang
    Resipi MUFFIN paling Mudah Sedap menu kudap cepat siap sesuai untuk sarapan atau minum petang
  • MISS MATCH drama komedi  cari jodoh di WeTV Malaysia
    MISS MATCH drama komedi cari jodoh di WeTV Malaysia
  • Idea Menu Sarapan Minum Petang Resipi JEJARI KENTANG KRISPI Mudah
    Idea Menu Sarapan Minum Petang Resipi JEJARI KENTANG KRISPI Mudah
  • Sinopsis Drama AKU YANG KAU GELAR ISTERI Seram! Realiti tentang Susuk Sihir  Syirik
    Sinopsis Drama AKU YANG KAU GELAR ISTERI Seram! Realiti tentang Susuk Sihir Syirik
  • Episod AKHIR TAKDIR YANG TERTULIS plot twist sangat!
    Episod AKHIR TAKDIR YANG TERTULIS plot twist sangat!
  • Stress dengan Kelas PdPR! Silibus ke laut dalam dah ni...
    Stress dengan Kelas PdPR! Silibus ke laut dalam dah ni...
  • TIPS renovation ubahsuai rumah yang korang kena tahu  . . . .
    TIPS renovation ubahsuai rumah yang korang kena tahu . . . .
  • Kempen ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ Bantu 420 Pelajar Orang Asli Disokong TESCO dan JAKOA
    Kempen ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ Bantu 420 Pelajar Orang Asli Disokong TESCO dan JAKOA



Comments

  1. Cik Nor says

    February 17, 2021 at 9:25 pm

    we want takdir yang tertulis 2..haha

    Reply
  2. Ai says

    February 18, 2021 at 11:24 am

    Belum tentu lagi tu anak Hakim. Boleh jadi Hakim tak sempat buat apa-apa malam tu Cik Salmah call suruh jumpa. Hahaha!

    Reply
  3. Nadia johari says

    February 19, 2021 at 9:17 pm

    Haha,memang semau kene tipu..geram rasa. Nak kena ada Takdia Yang Tertulis 2

    Reply

Trackbacks

  1. AKU YANG KAU GELAR ISTERI Seram! Realiti tentang Syirik Susuk Sihir says:
    February 19, 2021 at 6:08 am

    […] Zainal, Nazim Othman, Elvina Mohamad dan Alvin Chong. Meletop letop drama ni. Buat yang belum tahu Episod Akhir Drama TAKDIR YANG TERTULIS click jer baca tulisan merah tadi. Slot Samarinda diteruskan lagi dengan drama baru, AKU YANG KAU […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


CARIAN

 

Social Media

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • YouTube

Kelab Blogger Ben Ashaari

BACA NI LAK!

  • RESIPI BUN KELEDEK OREN
    By : Tiffin Biru
  • Senaman untuk hilangkan lemak di pinggang atau Love Handles !
    By : Ben Ashaari
  • Ezydurian, Beli Durian Online Tanpa Kulit Lebih Murah?
    By : Hafiz Rahim
  • Teringin Nak Bercuti ke Pulau Pinang!
    By : Mama Kembar Tiga
  • KHASIAT DAN MANFAAT TIMUN JERUK UNTUK KESIHATAN
    By : Saidila Lifestyle
  • BANTUAN KHAS ANIS DIBUKA UNTUK PERMOHONAN
    By : YB Shehan
  • Dah Bayar Zakat Perniagaan Ke Tu? Jangan terlepas Info ni..!
    By : Sohoque

Archives

© 2021 · NinaMirza.com · Setup by Hafiz Rahim & eXplorasa