Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Sinopsis Drama PENGANTIN 1 MALAM
August 18, 2020August 24, 2023

Sinopsis Drama PENGANTIN 1 MALAM lakonan Nazim Othman, Amelia Henderson, Fizo Omar

Ahaa… Amacam korang ending drama meletop-letop  7 Hari Mencintaiku 2 (2020) ? Happy ending maka pastinya semua peminat tegar followers 7HM2  tersenyum gumbira kannn? Terubat rasa bila jelmaan Buntat muncul masa scene terakhir tu kann?  Okies, berlalu pergi Mia Adriana dan Khuzairi dan kini slot Akasia meneruskan tirainya dengan hebat lakonan Nazim Othman bergandingan bersama Amelia henderson. Jomm baca Sinopsis Drama PENGANTIN 1 MALAM 

Isi Kandungan hide
1 Sinopsis Drama Pengantin Satu Malam lakonan Nazim Othman dan Amelia Henderson
2 Sinopsis Drama PENGANTIN 1 MALAM
3 Zahred ketawa sinis
4 Kenapa laa Tuan Rasul baik sangat pada Zulaikha
5 Info Drama PENGANTIN SATU MALAM
6 Watak dan Pelakon Pengantin Satu Malam
7 Related posts:
8 Mana Makan Buka Puasa? SHELL OUT Jommm…!
9 Kids Menu lagi....... Creamy Pasta Sauce!
10 Ohh ... Teratai bunga indah... Eh! bukan lirik... Ini Resipi Tauhu Bunga
11 llao llao Aiskrim Yogurt kayangan | Beli hari Rabu lagi murah!

Sapa tak kenal si cantik manis Amelia Henderson, pernah berlakon dalam Drama Pengantin 100 Hari 2 tahun yang lepas dengan Aiman Hakim . Awal tahun 2020 melakonkan watak Airis – cukup meninggalkan kesan pada lakonan beliau dalam Drama Rindu Yang Terindah , Amelia bergandingan bersama Redza Rosli

Sinopsis Drama Pengantin Satu Malam lakonan Nazim Othman dan Amelia Henderson

Dan kini dalam Drama PENGANTIN 1 MALAM bersama pelakon kacak hebat Nazim Othman yang terkenal dengan lakonan mantap tak pernah mengecewakan. Nak lagi bila Nazim berlakon jadi orang kaya bergaya yang berlagak lagi poyo! Natural. HEhee..

Sinopsis Drama PENGANTIN 1 MALAM

Kali ni dengan Amelia Henderson, ada chemistry kah lakonan mereka berdua? Eerrmm… Matching tak depa ni?

Dalam Drama Pengantin Satu Malam ini ramai lagi para pelakon yang mantap lakonan mereka dalam drama ini antaranya Edika Yusof, Norish Karman, Fizo Omar dan ramai lagi. 

Drama adaptasi novel karya Sophilea. Mengisahkan cinta antara dua darjat. Alaaa… Citer anak orang kaya, pastu  kawin paksa tanpa rela. Ok dengar cam typical jer kannn? Tapi ada kelainan yang pasti buat korang akan  terus menonton. 

Moh baca Sinopsis dan jalan cerita drama ini. Lebih mudah korang selami sambil nonton nanti. 

Sinopsis Drama PENGANTIN 1 MALAM

Satu malam yang merubah segalanya… Antara nyawa ibu dan maruah diri yang terpaksa di tempuhi oleh Zulaikha Nasreen. Semuanya terjadi tanpa kerelaannya dan bukan kehendaknya terjadi sebegini. Zulaikha tersepit!

Zahred Hadri lakonan Nazim Othman yang membenci wanita dan Zulaikha Nasreen lakonan Amelia Henderson yang terdesak tersepit terpaksa korbankan masa depannya angkara satu malam yang tak akan dilupakan sampai bila-bila.  

Zahred membenci wanita bilamana cintanya dikhianati. Zahred kecewa bagai nak rak bila balik dari Jepun ayahnya berkahwin dengan Balqis – bakal isterinya. 

Dugaan Zulaikha bertimpa-timpa. Mahkotanya hampir tercalar oleh majikannya lalu Zulaikha berhenti kerja.  Lebih mengecewakan, dihari merisik, kekasihnya Adi tidak hadir . Bukan itu saja, ibu Zulaikha mengidap penyakit yang memerlukan kos rawatan yang tinggi. 

Kehadiran Zulaikha sebagai pekerja baru di pejabat Zahred memberi tamparan hebat pada Zahred. Karektor Zulaikha yang amat peramah seakan Balqis membuat Zahred semakin benci pada wanita. 

Zahred ketawa sinis

“Tolak? Berapa? Seribu sebulan? Kemudian sehingga seratus bulan. Seratus bulan baru selesai? Berapa lama tu? Lapan tahun tiga bulan. Apa awak yakin selama itu awak akan terus bekerja di sini?” Sinis suara Zahred bertanya.

Zulaikha yang masih berdiri sedikit menggeletar. Dia harus kuat. Dia kena cuba dapatkan. Ini saja jalan yang dia ada. Serius Zulaikha buntu!

“Saya janji tuan, atau tuan boleh potong lima puluh peratus daripada gaji saya setiap bulan. Saya akan cuba langsaikan secepat mungkin.” Dia masih mengharapkan agar Zahred setuju. Ini sahaja jalan yang dia ada dan dia sudah kesuntukan masa demi ibunya.

Zahred diam seketika. Wajah Zulaikha ditenung lama. Zulaikha serba salah.

“Maaf tuan, tapi saya benar-benar mahu buat pinjaman dari syarikat. Kalau tuan nak saya cagarkan rumah saya pada syarikat pun boleh.” Zulaikha masih berharap agar dalam hati Zahred ada sedikit belas kasihan padanya.

“Saya tak nak rumah awak.”
“Saya tak ada apa-apa lagi nak dicagarkan sebagai ganti pinjaman saya. Tanah di kampung bukan sepenuhnya nama ayah saya. Saya merayu tuan. Izinkan saya buat pinjaman dari syarikat.”

Dia benar-benar mengharap ihsan Zahred.
“A night with me… Dan seratus ribu akan jadi milik awak.” 

Terkedu Zulaikha namun dia tak punya cara lain. 
Satu malam yang merubah segalanya! Antara nyawa ibu tercinta dan maruah diri… Zulaikha tewas terpaksa akur!

Hari demi hari Zulaikha terpaksa berdepan dengan Zahred. Bukan mudah untuk Zulaikha laluinya. Mampu kah Zulaikha bertahan?

Kenapa laa Tuan Rasul baik sangat pada Zulaikha

Sesuatu terjadi memberi sinar dan harapan pada Zulaikha. Benarkah?
Siapakah Rasul?

“Kenapa tuan baik sangat dengan saya?” – Zulaikha. Soalan Zulaikha dijawab dengan senyuman oleh Rasul.

“Saya tak ada jawapan, Zulaikha.” – Rasul

“Terima kasih Tuan Rasul Fadlan. Tuan dah buang banyak masa dengan saya hari ni.”

Rasul ketawa dan menggeleng.
“Salah tu tapi inilah masa paling berharga yang saya ada dengan awak.”

Zulaikha paling ke arah lain. Faham benar dia dengan maksud Rasul Fadlan. Tapi…

“Zulaikha…kalau mommy awak memiliki sedikit hati awak, bolehkah saya memiliki semua hati awak?”
Soalan Rasul tak mampu dijawab. Dia hanya diam sambil matanya dipejamkan.

“Saya tunggu jawapan Zulaikha biar seribu tahun.”

Zulaikha hanya senyum tipis dan menunduk. Kalaulah Rasul Fadlan tahu siapa dirinya ini. Kalaulah…

Mengapa Zulaikha tidak berterus terang? Why why??
Haruskah Zulaikha terusan bersama Zahred yang penuh dengan ego dan psiko nya!

Confirm hero kena kecam! Dan korang akan menyebelahi Rasul yang baik hati lagi penyayang. HAhaaa . . 

Drama adaptasi novel ‘Pengantin Satu Malam’ karya Sophilea di slot Akasia TV3. Menyaksikan gandingan pelakon Nazim Othman, Amelia Henderson, Fizo Omar dan Afifah Nasir. Drama terbitan A10 Alliance Sdn Bhd arahan Eoon Shuhaini. 

Sinopsis Drama PENGANTIN 1 MALAM

Info Drama PENGANTIN SATU MALAM

JUDUL : PENGANTIN 1 MALAM
EPISOD : 28
TARIKH TAYANGAN : Ogos 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS NOVEL : Sophilea
PENULIS SKRIP : Wan Mahani Binti Wan Hassan
PENGARAH : Eoon Shuhaini
PRODUKSI : A10 Alliance Sdn Bhd
PELAKON : Nazim Othman, Amelia Henderson, Fizo Omar, Afifah Nasir, Mustapha Kamal, Susan Manen, Edika Yusof, Sanjna Suri, Sharifah Shahora, Norish Karman, Farisha Irwayu

Watak dan Pelakon Pengantin Satu Malam

Nazim Othman sebagai Zahred Hadri
Amelia Henderson sebagai Zulaikha Nasreen
Fizo Omar sebagai Rasul Fadlan
Afifah Nasir sebagai Puteri Rihana
Mustapha Kamal sebagai Zakaria
Susan Manen sebagai Asiah
Edika Yusof sebagai Dato Haris
Sharifah Shahora sebagai Datin Asyikin
Norish Karman sebagai Tun Roziah
Farisha Irwayu sebagai Datin Sri Hartina

“Cinta itu didatangi ombak, api dan duri. Dipenghujungnya ada kemanisan yang sukar diungkap” 

 

Amacam Best tak? Hebat kannn lakonan Nazim Othman! Tetiba teringat Drama Monalisa. Tahap nyampah meluat nengok lakonan Nazim. Menjadi sungguh! HAhaa…

Kalau korang terlepas episod, boleh jer korang download dan tonton Drama Online iQIYI Drama Movie  atau di tonton Online Drama Sangat Official TV3

Related posts:

Mana Makan Buka Puasa? SHELL OUT Jommm…!

Kids Menu lagi....... Creamy Pasta Sauce!

Ohh ... Teratai bunga indah... Eh! bukan lirik... Ini Resipi Tauhu Bunga

llao llao Aiskrim Yogurt kayangan | Beli hari Rabu lagi murah!

Drama Movie Lifestyle Review Akasia TV3Amelia HendersonDrama Adaptasi Noveldrama TV3 7pmEdika YusofFizo OmarNazim OthmanNorish KarmanPengantin Satu MalamSinopsis Drama PENGANTIN 1 MALAM

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (26)

  1. amie says:
    August 18, 2020 at 9:26 pm

    Wah! Ada Fizo hensem tu laaa….

    Reply
  2. run 3 space says:
    August 28, 2020 at 2:11 pm

    Great blog post to read, interesting article.

    Reply
  3. Pingback: Sinopsis Drama RYAN ARALYN lakonan Zul Ariffin Raysha Rizrose
  4. Pingback: Homepage
  5. Pingback: Sinopsis Drama TAKDIR YANG TERTULIS TV3 Full Episod Akhir
  6. Pingback: ตู้ล่าม
  7. Pingback: https://boccadentalspa.com
  8. Pingback: ufabet
  9. Pingback: slot
  10. Pingback: Facebook Light
  11. Pingback: slot online sultan play
  12. Pingback: mobile car detailing
  13. Pingback: احمد بدير
  14. Pingback: คอนโดปูนา
  15. Pingback: ทางเข้า w88
  16. Pingback: laguqq
  17. Pingback: sagaming
  18. Pingback: Deutsche Dampfkessel
  19. Pingback: dewa qq
  20. Pingback: Paket Honeymoon Bali
  21. Pingback: sellswatches.com
  22. Pingback: aecasino
  23. Pingback: 원샷홀덤
  24. Pingback: sell dumps
  25. Pingback: Sinopsis Drama ROMANTIKA 4 HARI 3 MALAM Episod 1 - Akhir
  26. Pingback: Sinopsis TAKDIR YANG TERTULIS TV3 Full Episod Akhir

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes