Begitu pantas masa berlalu, sekejap jer dah nak tengahari. Masak apa tuu …??
Hari nie tak der menu special sekadar menu harian yang biasa-biasa ajer. Buat makan bersama anak-anak …. Bak kata CMG, resepi main campak-campak jerr. Janji boleh makan dan sedap! Maklumlah HomeMade.. dah tentu bersih, kesedapannya terserlah dari air tangan mamanya.
Kut-kut ada yang buntu, jom masak Taugeh Goreng Kicap bersama Nina 🙂
Taugeh Goreng Kicap
Bahan-bahan
150 gram taugeh – dicuci dan ditoskan
setengah cawan ikan bilis – dibersihkan dan ditoskan
1 biji bawang besar – dihiris
3 ulas bawang putih – diketuk
1 biji cili merah – dihiris
1 camca besar sos tiram
4 sudu besar kicap manis
Sedikit air
1 batang carrot – dipotong bulat-bulat
daun kuchai untuk hiasan
Cara-caranya
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, goreng ikan bilis hingga keemasan
- Tumis bawan besar dan bawang putih hingga wangi.
- Masukkan sos tiram, kacau dan tuang air.
- Masukkan carrot, tunggu agak2 lembut.
- Kemudian masukkan kicap manis. Gaul rata dan masak sekejap.
- Masukkan taugeh, cili merah dan daun kuchai kacau rata. Bila taugeh sedikit lembut, boleh matikan api.
- Hidangkan dengan menabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan..