Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

January 13, 2012July 24, 2019

Resipi Vanilla Muffins Sedap Mudah with Almond

Selamat pagi semua …. Apa khabar? Bagaimana mood hari nie? Eermm …. Dah breakfast? Jangan abaikan breakfast kerana breakfast amat lah penting. Apa yang kita ambil sebagai sarapan di waktu pagi merupakan titik permulaan perjalanan harian kita untuk hari ini. Resipi Vanilla Muffins Sedap Mudah with Almond
Mulakan hari dengan makanan yang berkhasiat. Agak-agak tak sempat tuu, apa kata kita buat muffin ajer. Cepat ringkas dan mudah. Kenyang juga…… 
 
Kenapa Muffin?
Sebab muffin dari tepung yang kaya dengan karbohidrat, ada lagi susu UHT yang penuh dengan Kalsium-  bagus untuk anak-anak. Sesuai laaa buat breakfast sebelum anak-anak ke sekolah. Muffin pun tahan lama, boleh prepare malam ker besok pagi dah boleh makan. Muffin juga tahan beberapa hari walau letak kat suhu bilik.  Buh kat bekas kedap Udara tau!
Jom kita semak resepi muffin Nina. Amat sesuai untuk breakfast (sekadar alas perut bak kata anak-anak Nina), sebagai kudap-kudapan atau pun untuk minum petang 🙂
 
Resipi Vanilla Muffins Sedap Mudah with Almond

Resipi Vanilla Muffins Sedap Mudah with Almond

Isi Kandungan hide
1 Resipi Vanilla Muffins Sedap Mudah with Almond
2 Related posts:
3 Ikan Tenggiri Masak Taucu Menu Dalam Pantang
4 TUGAS SURI RUMAH - Sakit, Perlukah MC untuk Surirumah?
5 Spek Murah?! Cari William kat Kedai cermin mata viral EYE PRO VISION Sungei Wang
6 Resepi Udang ButterMilk Chinese Style ini paling mudah sedap! Rekemen korang cuba
Bahan A
1 biji telur
1/2 cawan minyak sayuran (Nina guna minyak jagung)
3/4 cawan susu segar
1 sudu kecil esen vanilla

Bahan B
2 cawan tepung gandum
3 sudu kecil baking powder
3/4 cawan gula
secubit garam

Bahan C
Almond slice – Nina letak kat atas dan dalam sikit.

 

Cara-caranya

  • Panaskan oven pada suhu 180c
  • Ayak Bahan B dan satukan dalam mangkuk
  • Buatkan lubang di tengah-tengahnya
  • Dalam mangkuk yang lain, satukan Bahan A, kacau rata .
  • Lalu tuangkan Bahan A ditengah-tengah ludang mangkuk yang berisi tepung tadi
  • Kacau rata TIDAK lebih 20kali guna senduk ajer (Adunan akan nampak berketul-ketul sedikit – tak mengapa)
  • Tuangkan adunan ke dalam muffin cup 3/4 muffin cup
  • Letakkan almond slice kat atas muffin tadi.
  • Bakar muffin selama 25 minit atau hingga kekuning-kuningan. (bergantung pada oven masing-masing)

Sedia dihidangkan.

Amacam senang jer kannn persediaannya? Nak buat pun cepat sekejap jer. Sesuai juga buat hidangan cepat siap buat tetamu tetiba datang rumah ker kann..

 
 

Related posts:

Ikan Tenggiri Masak Taucu Menu Dalam Pantang

TUGAS SURI RUMAH - Sakit, Perlukah MC untuk Surirumah?

Spek Murah?! Cari William kat Kedai cermin mata viral EYE PRO VISION Sungei Wang

Resepi Udang ButterMilk Chinese Style ini paling mudah sedap! Rekemen korang cuba

Lifestyle Resepi cakeKekkudap kudapanmenu minum petangMuffinresepi mudahresipiVanilla Muffin almond

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (0)

  1. Mirza Luv says:
    July 26, 2013 at 12:57 pm

    hi nina..tq byk berkongsi resepi…byk yg sy dh try..alhamdulilah menjadi..

    Reply
  2. Nina Mirza says:
    July 27, 2013 at 1:35 am

    As'salam Mirza Luv,
    sama-sama ….. Alhamdulillah resepinya menjadi 🙂
    Terima kasih sudi singgah dan mencuba resepi Nina
    Singgah selalu yea~
    Take care

    Reply
  3. Anonymous says:
    May 20, 2014 at 7:36 pm

    Assalam…Boleh x kalo susu segar tu digantikan dgn susu cair?

    Reply
  4. Nina Mirza says:
    May 21, 2014 at 9:40 am

    Wslm … boleh ajer

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2026 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes