Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

January 13, 2012January 11, 2016

Sup Ikan Jenahak

As’salam dan Salam Sejahtera buat semua …

Penghulu segala hari – Jumaat dan ia datang lagi …. Syukur Alhamdulillah. Apa khabar semua? Moga-moga sihat walafiat hendaknya. Rancangkan lah sesuatu yang lebih baik di hari Jumaat ini. Mulakan lah dengan ‘Bismillah’ disertai azam untuk jadi lebih baik. Berilah kemaafan sejujur dan seikhlasnya dari hati …. Segala yang baik Insya’Allah akan dikabulkan oleh NYA. Amin …

Dah lama rasanya tak makan sup ikan. Teringat ketika masih kanak-kanak … selalu makan nasi berlaukkann sup ikan. Sedappp nyer !! Lepas makan nasi sampai ‘licin’ pasti dapat hirup kuah nya banyak-banyak sepuas hati. Ahaks! Indahnya  zaman kanak-kanak, jika kehendak hati dapat dipenuhi dah cukup membahagiakan. Walaupun permintaan itu tidak lah sesukar mana pun sebenarnya kan …. 
Betapa gembira rasa hati bila lihat anak-anak Nina berselera makan nasi bersama Sup Ikan Jenahak. Terutama sekali Eilman… Niat di hati nak masak Sup Ikan Merah, malangnya masa Nina gi market tak der pula Ikan Merah. So, Nina gantikan ajer dengan Ikan Jenahak. Sedap juga 🙂
Resepi nie ambil terus dari paket Sup Ikan Adabi. Nina copy paste yea …



Sup Ikan Jenahak
Bahan-bahan
2 sudu makan minyak masak
1 paket Sup Ikan Adabi
600g Ikan Merah (Nina guna Ikan Jenahak)
8-10 biji bawang merah **
5-7 ulas bawang putih **
2 inch halia **
** Dikisar  (Tapi Nina hiris halus-halus ajer)
1500ml air
2 biji kentang
1 batang carrot (Nina tambah)
1 batang serai
1 biji tomato (Nina tak letak)
1 batang seleri (Nina tak letak)
Garam secukup rasa
Daun sup dan bawang goreng untuk hiasan

Cara-cara mamasak
  • Panaskan minyak. Tumis bahan diluar bunjut bersama bahan yang telah  dikisar sehingga naik bau.
  • Masukkan air, kentang, carrot dan bunjut.
  • Apabila kentang telah empuk, masukkan ikan, serai, seleri dan tomato. Masak selama 8-10 minit.
  • Kemudian masukkan garam secukup rasa.
  • Sediakan hidangan dengan menabur bawang goreng dan daun sup.

Isi Kandungan hide
1 Related posts:
2 SUCHI Set Travel Umrah Haji HALAL | Wajib bawa dan sesuai sebagai hadiah buat bakal jemaah
3 DoorGift My Mini Choc Moist Cake
4 Puding Ice-Cream Jagung
5 Ikan sekarang mahal kan? Ikan murah goreng berlada sambal cili hijau padang sedap weyy


Selamat menikmati Sup Ikan Adabi




Related posts:

SUCHI Set Travel Umrah Haji HALAL | Wajib bawa dan sesuai sebagai hadiah buat bakal jemaah

DoorGift My Mini Choc Moist Cake

Puding Ice-Cream Jagung

Ikan sekarang mahal kan? Ikan murah goreng berlada sambal cili hijau padang sedap weyy

Lifestyle Ikan

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes