Buffet Ramadhan Zende Restaurant Seri Pacific Hotel KL BEST | Apa khabar kengkawan? Puasa tak hari ni..?? Jangan ponteng ehh…. Setelah 2 minggu lebih kita berpuasa, sekali sekala nak gak berbuka puasa kat luar bersama kengkawan. Kann….?? Jenuh gak hari-hari dok masak jer kann…. Sekali sekala Geng bagi off day alangkah indahnya.. Chewah… giler tak seronok..!! hehehe . . .
Buka puasa mana best ?
Memandangkan Nina dan kengkawan dah pernah datang pre launching https://ninamirza.com/buffet-ramadhan-2016-seri-pacific-hotel-sajian-nostalgia/ bertemakan Sajian Nostalgia dan ianya tidak menghampakan. Menepati citarasa selera Nina… Bila di undang sekali lagi ke Seri Pacific Hotel memang tak mau lepaskan peluang keemasan ni! Nak nak lagi kali ni kat Zende Restaurant. Wahh ….. dalam fikiran dah terbayang-bayang menu yang pasti buat mak buyung tak keruan nanti. buruknya perangai Hahaha …. Di Zende Restaurant bertemakan ‘A Truly Malaysian Feast’. Vavvaa…. Pasti lagi meriah menu nya!
Buffet Ramadhan pilihan terbaik
A Truly Malaysian Feast di Zende Restaurant, Seri Pacific Hotel
Usai melangkah masuk ke dalam Zende Restaurant, Seri Pacific Hotel tumpuan mata Nina kagum akan dekorasi restoran yang tenang, warm dan ada ciri romantik di situ… Susun atur yang kemas, layanan staf yang peramah dan sentiasa tersenyum, hati Nina seolah berbunga-bunga mekar bak kembang setaman. Chewah …. Memang nyaman tenteram kat sini. Suka laaa….
Pelbagai Menu Utama Buffet Ramadhan Hotel Seri Pacific KL
rambang mata dibuatnya
Pembuka Selera
Nina mula dari Menu Pembuka Selera – disajikan Murtabak, Roti Jala, Lemang bersama Rendang Daging, Kari Ayam , Massala Kambing…
Pastu ada Style Western. Ada Pizza dan Pasta bersama Bolognese, Carbonara.. Tak lupa kuih muih cucur goreng tradisional Melayu. Pelbagai jenis ada… Pisang Goreng, Cempedak Goreng, Cucur Sayur, Keropok Lekor, Cucur Udang. Kena lak ada sos pencecah yang pelbagai versi – ada sos cili, kicap ala Johor, gula, sos manis – layann…. Berketul-ketul gak Nina belasah.. hehee . . .
Sup Gear Box
Killer Menu kat sini… Orang beratur panjang nak pekena Sup Gear Box ni. Kuah Sup dia sedap! Pastu kann, korang pilih laaa nak taruk isi daging ke, perut ke, lidah ke. Macam-macam ada! Tengok laa … Pilih punya pilih nak yang paling kecik pun dapat besar gak! Memang puashati laaa… Hehe . .
Selain tuu.. Ada pelbagai lagi menu yang mengancam diet dan jiwa raga. Jom cuci mata…
Kambing Golek
Ini pun killer menu yang ini semestinya ada…!! Dan …. yang paling penting, menurut selera tekak Nina…. Kat Seri Pacific Hotel ni, kambing golek nya yang terbaik pernah Nina rasa. NIna cukup suka akan kelembutan, moist isi kambing yang dihidangkan bersama sos black peppernya! Chef… kenapa sedap ni?
Ulam-ulaman dan Pelbagai Sambal yang meletop
Dessert
Menu Iftar tak lengkap tanpa dessert aka pencuci mulut. Antara yang disajikan kat Zende Restaurant tuk Buffet Ramadhan 2016 kat Seri Pacific Hotel ni ialah Pengat Ubi, Pulut bersama kuah Serawa Durian. Alahai …. Teringat-ingat akan kesedapan kuah Serawa Durian kat Zende Reataurant ni. Awat laaa sedap sangat?? Chef, nak minta resepi boleh?? Hehehe . . . . Nikmatnya …
Tak lupa buah-buahan tempatan antaranya Rambutan, Nangka, Jambu Air, Langsat, Salak, Duku dan macam-macam lagi.. Ice-cream pelbagai rasa pun ada bersama topping pilihan hati.
Kek, Puding dan manisan lain turut disajikan. Rambang mata nak rasa yang mana….
Kelebihan berbuka puasa di Zende Restaurant Seri Pacific Hotel KL
Surau
Kat Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur semuanya lengkap, kat sini disediakan surau yang selesa dan luas kat tingkat enam sepanjang bulan Ramadhan. Selain tuu kalau nak cepat macam Nina, Nina turun kat level Ballroom tepi belah kiri ada disediakan surau juga. Selesa..
Wi-Fi
Ahaaa…. Laaa ni semua dok cari Wi-Fi kann.. Jangan risau! Kat Zende Restaurant ada! Korang tanya jer username dan password kat kaunter. Derang sedia membantu. Pastu boleh laaa korang selfie terus upload dan share gambar menu iftar korang yang sedap tuu ngan kengkawan media sosial. Acecehh…. Macam tak biasa buat lak kann…
Parking
Parking senang sangat. Banyak pilihan. Samada parking kat Seri Pacific Hotel, kat Sunway Purta Mall, PWTC atau kat Stesen Bas Putra pun ada. Ikut pilihan korang nak park kat mana .. . . Nina naik LRT aje… Cepat dan mudah.
Harga
Zende Restaurant (level 3)
8 Jun – 4 Julai 2016
Masa : 6:30pm – 10:30pm
Rm128 – Dewasa
Rm64 – Kanak-kanak (5-12 tahuun)
Sahur
Masa : 1:00am – 5:00am
Tempahan dan pertanyaan
Tel : 03-4042 5555 / 03-4049 4351 / 4352
Email : fbresv@seripacific.com
Untuk maklumat lanjut, korang terjah intai-intai kat
Website : www.seripacifichotel.com
Facebook : www.facebook.com/seripacificofficial
Tel : 03-4042 5555
Buffet Ramadhan Zende Restaurant Seri Pacific Hotel KL BEST
Selamat Berpuasa semua… Sempat lagi kalau korang nak merasa berbuka ala Buffet Ramadhan kat Zende Restaurant ni.. Macam-macam ada..!! Nina sekadar kongsikan beberapa menu yang sempat Nina snap… Ada banyakkkkkk lagi dan macam-macam ada..!!
Apa-apa pun, dinasihatkan untuk call dan booking duu sebelum datang. Bukan apa, risau penuh!
seram jugak tgk harga tu,
kalau org kaki makan dan tangki besar berbaloi ler,
shark memang perut kecik x dapat ler.
tengok je 😉
menu menu semua menarik… belum try dah rasa sedap..
Roti jala tu kalau cicah dgn serawa durian pun best tu. Adoii mencabarnya tgk pic ni siang siang hahahha
Duhhh bestnyaa ! Terbaik lah sis. Selamat berbuka nnti 😀
Nina.. memang puas hati n thorbaek kan g sini. Tak rugi..memang berbaloi baloi
baca di tangahari.mau tak gelodak perutt
Tak sabar nak gi selasa depan