Selepas drama 30 pesanan suara, drama Bukan Cinta Aku lak akan menemani petang senja korang.
Drama bersiri Bukan Cinta Aku yang dibarisi oleh Janna Nick, Syafiq Kyle, Baim Wong, dan Mimi Lana. Drama terbitan Layar Ceritera Sdn Bhd dibawah arahan Ejump Mohd. Naskah penulisan dari Erma Fatima. Fuhh… Nama besar dalam industri ni.. Best kot citer ni..!!
Macam baru jer nengok Janna Nick sama Maria Farida sebagai ibu anak dalam Drama Cari Aku Di Syurga . Kali ni derang sama peranan ibu dan anak. Alahai… Suka tengok! Maria Farida ni lawa gojes orangnya kannn… ?
SINOPSIS BUKAN CINTA AKU
Isi Kandungan
hide
Rania, seorang gadis yang cantik (opkos lakonan sicantik – Janna Nick) baru sahaja selesai pengajiannya dan kembali ke pangkuan keluarganya yang menetap di Florence, Italy. Kurlassss seyh. Family dok obersi!
Rania telah jatuh cinta dengan Arjuna, pemandu keluarga Rania. Namun, mereka pandai menyimpan rahsia. Suatu hari, ibu bapa Rania mendapat tahu hubungan antara Rania dan Arjuna. Mereka tersangat kecewa dan marah dan ingin menjodohkan Rania dengan Tengku Isma (lakonan hebat dari Syafiq Kyle) anak kenalan mereka.
Rania akhirnya dinikahkan juga dengan Tengku Isma dan terus dibawa pergi keluar negara. Namun, cinta Rania tidak pernah berubah. Dia tidak pernah mengizinkan Tengku Isma menyentuhnya, hinggalah Tengku Isma sudah hilang harapan dan berjanji akan lepaskan Rania sekiranya mereka berjaya menjumpai Arjuna yang sudah lama hilang sejak pernikakahan mereka. Alahai…. So sweet Tengku Isma.
Mereka membuat keputusan untuk meneruskan pencarian ke Lombok, kampung Arjuna. Berjayakah pencarian mereka? Andai dah jumpa Arjuna, adakah Arjuna masih cintakan Rania? Takkan laaa tak de sikit pun rasa cinta Rania pada suaminya Tengku Isma? Atau… Dah jumpa Arjuna nanti baru Rania sedar betapa cinta nya pada Tengku Isma dan pengorbanan besar Tengku Isma yang seharusnya dia pertimbangkan. Siapakah pilihan Rania sebenarnya!?
Jeng jengg jengggg… Banyaknya persoalan nanti. Tak sabar nengok Ustaz Adam. Eh.. Tengku Isma. Hehe…
JUDUL : BUKAN CINTA AKU
TARIKH TAYANGAN : 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENGARAH : Ejump Mohd
TERBITAN : Rumah Karya Citra Sdn Bhd
PELAKON : Janna Nick, Syafiq Kyle, Baim Wong, Mimi Lana, Daler Yusuf, Maria Farida, Eizlan Yusof, Marisa Yasmin, Eyka Farhana, Aishah Azman, Dini Schatzmann
WATAK PELAKON
Janna Nick sebagai Riana
Syafiq Kyle sebagai Tengku Isma
Baim Wong sebagai Arjuna
Mimi Lana sebagai Qisha
Eyka Farhana sebagai Nida
Marisa Yasmin sebagai Tengku Khaleeda
Kot korang tak sempat nonton, yelaaa musim cuti ramai beraya sakan! Korang boleh laaa ulang nengok kat www.tonton.com.my
Related posts:
16 KHASIAT CUKA KURMA OXYMEL : TIPS ELAKKAN SAKIT PERUT KETIKA PUASA
Masakan Panas Authentic Melayu Sedap kat Seksyen 10, Shah Alam : HOT PINDANG KITCHEN ... Recommended
Pergghhh ...!! Ayam Goreng RM1 Uncle Boss Sedap
Teh Misai Kucing Apotec! Oooo... Baru ku tahu rupanya banyak manfaat dan kebaikan nya. Minum TEH pas...
Baca sinopsis macam best cerita ni. Tapi tuhlah tak berkesempatan tengok
baca sinopsis dah macam movie hindustan je yang pernah kutengok..last2 jatuh cinta dengan suami sendiri lepas dah penat-penat pi jejak kasih si kekasih hati dengan bantuan sui suami juga….kalau tak silap lakonan salman khan dengan aishwarya Rai..
Memang betul pun dari cerita hindustan ni,pelakon die aishwarya rai salman khan ngan ajay devgan..tajuk cite die hum dil de chuke sanam,sye ad cd die..mmg sbiji la die copy cite ni..
betul tu terutama part suami teman isteri pergi cari ex kt lombok sama dgn crite hindustan tu.. so no originality
Setuju..no originality. .especially coming from a big name, erma fatima
Ye betoi tu…same je ngan cite industan.mcam ni tk bestlah…sbb not orinaly cite ni.kite dah boleh agak last episode mcam mne….!!!
Jln cita mcm filem hindustan HUM DIL DE CHUKE SANAM..dh tau ending dia..last2 riana pilih tengku isma
Citer ni juga sama dgn citer *kau yang terindah* lakunan neelofa n nadzim othman. Bcinta dgn anak org gaji lakonan erma fatimah. Bkahwin atas pilihan keluarga wpun masing2 sudah mpunyai kekasih hati. Suami rela mgalah n bsabar demi melihat kebahagian isteri. Mcari kekasih hati isteri tp x bjumpa n akhirnya btemu tanpa sengaja di mekah. Tp akhirnya neelofa memilih suaminya nadzim. Kedua2 drama ni hasil tulisan erma fatimah
mmg ada persamaan..tapi kekuatan cerita ini ada pada kerektor 3 pelakun Utama janna,baim& kyle…
Jln cite macam hum Dil de Chile sanam….
Nape mesti nk ikut macam sama…kalau cite hindustan. Isteri pilih sumai nya…Cuba…ubah kn cikit cite….Isteri pilih jln lain pulak.
Sudah tau endingnya kayak film India nie yg riana balik sama isma jiplakkk copy film India ahhhh mana si baim juga nanti perannya di ganti sama bintang lain masakkk arjuna nya di ganti sama arjuna wajahbaru makin tak seronok alias tak seru lagi nie film
Best citer ni….minta endingy riana bahagia dg kekasih hati arjuna.
tak boleh bla citer ni tmbh2 Janna berlakon..memang tak suka dengan dia…Baru up entry kat blog, rasa jalan citer BCA ni macam satu citer hindustan tu, tak ingt tajuk..bila baca komen2 kat sini, betul la dia tiru movie hindustan…
Klu riyana kembali pd Isma.. Sebiji mcm cite hindustan..
Knp tak tukar jln cite..Riyana akhirnya bersama Arjuna.. Riyana bantu Arjuna utk pulih krn punca adalah de Riyana.. Family riyana bersimpati dgn keadaan Arjuna krn dato dan datin satu ketika dulu pernah mengangap arjuna mcm anak mereka.. Mereka dah cukup kaya… Tak perlu kawinkan anak dgn org kaya mcm mereka… Bantu Arjuna tamatkn pljrn dan bantu Arjuna utk bangun semula..tu baru terbaik…
Sy brsetuju dgn pndangan Salmi Osman..and than pd sy pula at laest arjuna ada/ mndapat “pembelaan cinta” pd endingnya di mana sekian lama mnderita & pnntiannya agak luar biasa sbb cintanya yg amat mndalam sehingga mnjadi gila..so, adil la kalau pnntian cintanya terubat dgn pertemuan semula walaupun situasi kekeluargaan amat berbeza…endingnya kluarga riana kna akur dgn kekuatan & kesucian cinta mereka berdua..di sini barulah menampakkn ruang dan ada jurang perbezaan antara dua darjat yg berbeza yg mesti dikuti W. pun dlm apa jua keadaan.. .good luck director…